Khamis, Oktober 13, 2011

1001 RAGAM DI HALFEST 2011

Berikut pelanggan pertama membeli baju Penyingkap Fakta 666!


Nama syarikat miliknya, Cocolati Chocolatier Sdn, Bhd, berpejabat di Klang, Selangor dan Amer boleh dihubungi di talian 03 3325 9496.

"Berbelit sikit lidah untuk menyebut nama syarikat saya," guraunya.

Bahan dipamerkan oleh kru 666 ternyata menarik perhatian ramai pengunjung seperti sebelumnya, klik di sini.


Kru terbaharu 666, Ishak Omar tiba di gerai 3165 Dewan Tun Razak, Pusat Dagangan Dunia Putra pada jam 3.45 petang dengan senyuman.


Setelah disoal siasat, dia mengaku bakal menemui gadis istimewa di The Mall terletak di kawasan berhampiran sebaik sahaja Halfest ditutup pada jam 7 malam.

Tidak hairan, senyumannya lebar sampai ke telinga sekaligus bersemangat melayan pengunjung di gerai kami kongsikan bersama pengusaha minyak wangi Kasturi Syifa'.


Boy dan Adam tiba lebih awal, juga turut menyumbangkan tenaga, berkongsi informasi berhubung 666 bersama orang ramai.


Sebaik tiba di gerai sama, ustaz Mohamad Hafiz Ahmad terus dikerumuni pengunjung. Sebilangan mereka dirawat oleh beliau.


Perhatikan gelagat pelajar kolej di bawah sewaktu cuba menggunakan alat perakam audio parabola.


"Jiran sebelah bagi cucur badak," ujar Razali.

Lihat betapa gembira kru dilokasi 'membaham' kuih terbabit. Bak kata pepatah Melayu, orang memberi, kita merasa.


Lokasi kami berada juga turut dikunjungi warga emas dari Iran, bertanyakan pelbagai soalan berhubung aktiviti dijalankan kru 666 selama ini.


Saya kemudian menepuk bahu Adam dan berkata ...

"Tidak hairanlah awak ini anak lawyer"

'Bakatnya' dalam bidang komunikasi dua hal amat terserlah dan begitu mengujakan.


Ehem! Ehem! Mengganas nampak.

Apapun Adam selaku kru Penyingkap Fakta hanya sekadar melayan pengunjung berminat dalam bidang tinjauan membabitkan entiti paranormal.


Tiba-tiba muncul wanita berasal dari Pontian, Johor, Hazaiah Mohamed Yunos.

"Saya menjual lempeyek herba di sini," ujar beliau dengan senyuman.


Ibu kepada 10 anak itu sudi membeli baju Penyingkap Fakta. Terima kasih kami ucapkan kerana turut sudi memberikan secara percuma beberapa bungkus kerepek dan serunding kepada kru kami.

Sedap.


Pada masa sama, Adam terus menyingkap fakta ...


InsyaAllah, kru 666 akan berada di gerai sama pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad akan datang bagi memeriahkan Halfest 2011.

Terima kasih kepada semua sudi datang menemui kami termasuk pembaca setia blog ini.

Bekalan minyak wangi Kasturi Syifa' juga boleh didapatkan dari Puan Lin di talian 012 6277 300 pada bila-bila masa.

9 ulasan:

  1. Syabas kepada semua kru dan terima kasih kepada semua yang sudi berkunjung ke booth 666 dan Kasturi Syifa.

    Seronok menyingkap fakta hari ini. Hehe

    BalasPadam
  2. klu sampai ke Batu Pahat, mgkn saya org pertama nak beli T-shirt & wangian al-syifa' tu..

    apepon tahniah pada KRU 666. Terutama buat sdra mazidul...
    tahniah!!

    BalasPadam
  3. Sambutan hebat, 666 semakin dikenali dan informasi turut dikongsi kepada pengunjung.... terbaik!!!

    BalasPadam
  4. Saya singgah di booth waktu lunch break tadi, saya dah beli perfume Kasturi Syifa.

    BalasPadam
  5. kan best klau sume doktor beralas tgn mcm dlm gmbar tu..betol x?

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.