"Saya jumpa dia masa kecil lagi, waktu kami berumur 13 tahun di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Mula mula rasa tidak suka akhirnya ...," ujar Zalina Zaini.
Dia dilahirkan di Pulau Pinang dan sudah menjadi isteri selama 26 tahun.
Saya bertemu Zalina petang tadi di Shah Alam, Selangor.
"Apakah antara cabaran utama menjadi isteri pemain bola sepak?," soal saya kepada ibu 5 anak itu.
"Masa, kita kena sacrifice a lot, anak anak membesar, dia bukan ada sangat di rumah. Macam sekarang, seminggu 3 kali dia balik ke Kuantan. Masa aktif bermain bola dahulu, dua hari seminggu sahaja dia ada di rumah. Tetapi Alhamdulillah, semuanya ok," ujar pemilik butik LinaLoolie itu lagi.
Kru 666, Razali dan Adam sebelum itu menjamu selera di restoran terletak di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor.
"Huh! Banyaknya sungguh abang Zali makan kali ini, jarang berlaku ini," tegur Adam.
"Saya memang suka makan asam pedas sebab itu sanggup drive ke Melaka semata-mata untuk makan asam pedas black pepper," jelas Razali sambil meratah ikan kembong masak asam pedas.
Hidangan itu dihabiskan bak tendangan penalti, kencang. Mengenali Razali, saya berpendapat kejadian itu luar biasa seperti kemunculan entiti paranornal. Jarang benar dia makan nasi dan lauk sebanyak itu.
"Nasi campur dia memang best!," celah Razali.
Saya memilih juadah Nasi Ayam Hainan, sup disajikan berasa amat enak.
"Sedap ke?," tanya taukeh restoran.
Saya menghirup sup sebelum menjawab soalan dikemukan taukeh berusia 48 tahun itu.
"Sedap sangat," balas saya ringkas.
Teh ais dihidangkan juga mengalahkan keenakan minuman sama disediakan di restoran mamak.
"Sabtu malam Ahad ini, Astro Arena hendak datang membuat liputan di sini masa perlawanan Selangor dan Terengganu. Kena beri tahu kepada orang ramai," kata taukeh.
"Abang add saya di Facebook, nanti saya tolong sebarkan," pohon saya.
Pantas beliau mencapai dan membelek I-Pad.
Saya menunggu.
Skrin android itu ditekan berulangkali, saya masih sabar menunggu.
Saya terus menunggu.
Akhirnya ...
"Bagi Aisyah tolonglah," kata beliau.
Beliau dimaksudkan, lagenda bola sepak negara, Zainal Abidin Hassan. Selain menjadi jurulatih bola sepak, beliau kini bergelar usahawan, pemilik Restoran Lagenda 17.
Klik imej di bawah untuk melihat butiran lokasi restoran lebih jelas.
"Apapun bang, saya bangga melihat orang berusia 49 tahun sudi menerima teknologi moden (biarpun slow)," usik saya.
Pantas saya mendekati anak bongsu beliau berusia 9 tahun duduk bersama ibunya di meja berhampiran.
Diakui anak zaman IT seperti Nur Zahira Aisyah lebih pantas untuk 'add' rakan di Facebook berbanding kami sudah berusia 40 an.
Duduk di restoran sama, seorang lagi bekas pemain bola sepak negara, Dollah Salleh, 47 tahun.
Beliau dilahirkan di Tangga Batu, Melaka dan membesar di Singapura.
"Saya sejak kecil lagi main bola. Duduk di Singapura, sekolah di Johor, berkahwin dengan orang Johor. Sekarang coaching pasukan Pahang," jelas beliau.
"Abang main bola, macam saya tengok orang bercakaplah, saya tahu dia berbakat atau tidak," gurau saya.
Dollah tertawa besar.
"Saya 23 Oktober ini masuk 48 tahun, dia (Zainal) 9 November, 49 tahun," jelas Dollah.
"Jomlah!," celah Zainal.
"Berapa kali aku dengar jom, jom, tidak jalan juga," balas Dollah secara gurauan.
Untuk rekod, mereka berdua sepatutnya bertolak lebih awal ke Kuantan, Pahang tetapi meluangkan masa melayan kami buat sementara.
Dalam pertemuan singkat itu saya berpeluang membongkar kisah silam lagenda itu.
"Macam mana berjumpa dahulu?," soal saya.
"Babah saya, Haji Zaini Idris dahulu pengurus bola sepak Selangor, dia orang main bola di padang Kelab Sultan Sulaiman. Saya selalu pergi kelab, itu selalu jumpa dia (Zainal). Masa itu umur kami 13 tahun. Kita orang rapat tidak begitu lama sebelum berkahwin masa umur saya 23 tahun. Dia memang baik dengan babah saya, babah saya menjaga dia masa main bola dahulu. Masa dia kecil, abah tengok, budak ini boleh main bola so dia bawa main di Kelab Selangor," teranga Zalina.
Arwah Haji Zaini berpakaian putih.
Zainal dahulu ...
Sekarang ...
"Hitam putih kehidupan, kan?," celah saya.
"Mula mula, konon konon macam tidak suka, kan? Bila pergi ke padang, alamak! Ada juga orang ini (Zainal)," jelasnya sambil tersenyum.
Allah menemukan mereka dan kini Zainal dan Zalina dianugerahkan 5 anak berusia di antara 9 dan 25 tahun, 4 lelaki dan seorang perempuan.
"Tetapi dia ada kelebihan tersendiri, kan?," tanya saya.
"Dia sebenarnya very jovial, humble, merendah diri dan kelakar," terang Zalina.
Kita ulang tayang gambar awal Zainal ...
Jovial terbukti.
"Baiklah saudara penonton sekelian, pertemuan di antara pasukan Selangor dan Terengganu malam ini berkesudahan dengan keputusan 2-0, Selangor 2, Terengganu 0 ... "
Ops! Perlawanan itu akan berlangsung pada hujung minggu ini, kan? Ha! Ha! Ha! Ha!
Benar kata isteri Zalina, Zainal memang selamba dan kelakar.
"Silakan ...," dia mengajak Dollah beredar.
Perhatikan gayanya.
Kami semua tertawa.
"Dia ini (Dollah) saya memandu kereta, sampai dekat depan itu sahaja dia sudah tidur," dakwa Zainal.
"Alah! Dia pun sama," belas Dollah spontan.
"Kesimpulannya, dua dua samalah, masuk kereta, kalau tidak memandu, mesti cepat tidur. Orang aktif di padang bola tidak semestinya aktif di dalam kereta," sambut saya.
Kami sekali lagi tertawa sebelum kedua lagenda terbabit melangkah keluar dan beredar ke destinai tujuan.
Saya difahamkan, lazimnya Zainal berada di Restoran Lagenda 17, jika ingin bertemu beliau sila berkunjung ke premis terbabit sambil menjamu selera dengan pelbagai juadah enak.
Jangan lupa jika bersua beliau dan isteri, katakan ...
"Mazidul kata kalau baca blog dia, datang ke sini, ada diskaun"
:) SMTI
BalasPadamSaya tunjuk entri ini pada orang-orang lelaki dalam rumah ini.
BalasPadamInsyaAllah, one day harus ke sinun mencari Bang ZAINAL!
SMTI!
BalasPadamMenarik. Sungguh akrab kedua-dua lagenda bolasepak ini. Walaupun terkadang dipisahkan dek mewakili pasukan yang berbeza.
port sya bila nak tgk bola. Tp liga malaysia je la.. kat sana jarang tayang liga luar..
BalasPadamAbg zainal mmg kelakar dan juga humble.. sapa nak jumpa dia selalu dia ada waktu malam kalau tidak kena pergi ke kuantan..
wow -- bgu.
BalasPadamtak ramai explayer senasib ZAH & DS. FAM atau Persatuan Bekas Pemain ada plan tak untuk mereka semua? Ke .. nasib masing-masing sendiri yang plan ..?
lorrrr...yeake??? yg saya tetiap hari lunch kt shuhaida tu...
BalasPadambukan xpenah niat nk sggah L17 neh tapi muka waiters nya sombong sgt
langsung putus selera.....kena bg training tu...
p/s: bercakap sbg pengguna...
Eliya, sebilangan orang kelihatan sombong tetapi selagi dia tidak terbukti bersikap begitu, kita usah bermain dengan tanggapan.
BalasPadamPergilah, jika taukehnya humble, hairan jika pekerja premis sama bersikap berlawanan.
Tak jauh dr pejabat saya ni - InsyaAllah sampai nanti.
BalasPadamSaya x minat bola tp saya suka semangat perpaduan pelbagai kaum hanya kerana sebiji bola.