Isnin, Oktober 17, 2011

KENCING DALAM PLASTIK

Hujan.

Puting beliung berskala kecil bergerak di kawasan berhampiran.

Guruh dan petir sambar menyambar di Kota Damansara, Petaling Jaya, jam 5.10 petang tadi.


"Ada ke pemandu kren itu?," soal saya.

"Ada. Dia naik menggunakan lif sementara bangunan dan secara manual memanjat kren," ujar Kamarul Anuar Harif Shah, 32 tahun.

Kamarul berbaju merah.

Pemandu kren berada di stesyen mereka, biarpun hujan lebat dan angin bertiup kencang.


Bangunan sedang dalam pembinaan terbabit dipercayai lebih 20 tingkat.


"Kawan saya memang bekerja sebagai pemandu kren. Gaji pemandu kren mahal, dalam RM180 sehari sebab risiko tinggi. Sehari dia kerja hanya 4 jam dan tidak boleh lebih daripada masa itu. Dia takut kalau berlaku petir. Setiap kali hujan ribut, dia membaca Yasin sahajalah," terang Kamarul lagi.


"Bro tengok besi panjang itu, dia kena ubah mengikut arah angin, kalau tidak ...," celah Razali.

Dari pengamatan saya, dalam cuaca sebegitu, pemandu terbabit tidak mampu untuk turun kerana cuaca berbahaya.

"Kalau tidak boleh turun, dia kena layan Facebook lah," usik Adam.

Kami semua tersenyum.

Untuk rekod, kru 666, Adam amat tidak gemar berada di tempat tinggi kerana masalah gayat.


"Kalau pemandu kren sudah berada di atas, dia hendak terkencing, macam mana?," tanya Adam.

"Kena masuk plastik," jelas Kamarul.

Begitulah antara cabaran getir didepani pemandu kren untuk menyara diri sendiri dan ahli keluarga.

4 ulasan:

  1. Kalau saya jadi operator kren tu, dah lama saya keras sesorang diatas waktu hujan. Brrr!

    BalasPadam
  2. biarlah susah dan getir asalkan rezeki halal, drpd kerja senang tp x halal...

    BalasPadam
  3. i tgok gambar tuh pun sayuppppp jer hati..berdebar jantung i...takutnyaaaaa...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.