Biasanya kita terdengar kes suami terlalu melebihkan layanan terhadap isteri berbanding ibunya. Berikutan itu ibu berasa kecil hati.
Kisah itu lazimnya pernah berulangkali dipaparkan oleh filem dan drama Melayu.
"Sampai hati kamu membuat ibu seperti ini nak," ujar ibu sambil mengesat matanya.
Ibu tua bersifat sensitif tetapi selalunya tidak mampu berbuat apa kecuali mengalirkan airmata.
Isteri dan ibu berjantina sama, perempuan. Barangkali kerana itu mereka sering diperbandingkan oleh anak bergelar suami.
Video klip di bawah didakwa berhubung kes anak memarahi ibunya di khalayak ramai berikutan masalah remeh.
Dalam kes di atas, ibu didakwa ditinggalkan oleh anak dan menantunya kelihatan terpinga-pinga.
Bagaimanakah pula jika ada anak sanggup mengugut untuk menikam ibu kandung sendiri? Hanya kerana ibu terbabit tidak bersetuju dengan tindakan anak memenuhi kehendak teman wanitanya.
Anak lelaki itu didapati bersalah oleh mahkamah kerana melakukan ugutan jenayah dan didenda.
Kosmo! mempunyai kisah lengkap kes iti, klik di sini.
Kekadang tercetus beberapa persoalan di fikiran.
Mengapakah anak dilahirkan ibu terbabit, pastinya pernah ditatang bak minyak penuh sewaktu kecil, mampu bertindak sebegitu?
Tidak adakah orang lain untuk diugut selain ibu sendiri?
Bangang.
Memang bangang! :(
BalasPadamdenda duit tidak akan menyedarkan anak tak sedar diuntung ini. oleh kerana dia penganggur, bagus dihukum membuat kerja-kerja yang melibatkan komuniti seperti membersihkan rumah warga tua untuk 3bulan. dah la penganggur, ada awek pulak tu, ada hati nak pakai kereta, siap nak bagi pinjam kereta & duit kat awek pula. selama ini, mak yang kau ugut itu la yang tanggung semua belanja.
BalasPadamDunia akhir zaman..
BalasPadamtak guna punya anak...
BalasPadamdah la menganggur, sampai ke tua mak kena tanggung...
tu pun x sedar diri lagi.
Ya Allah..semoga kita semua dijauhkan sifat spt itu..
BalasPadammasa kecik mmg ditatang..sampai betul hati sang anak..di manalah silapnya..
BalasPadamhukuman denda tu mcm tak memberikan kesan mendalam kepada si anak, tetapi mana tahu kalau Allah memberikan hidayahNya. Semoga dia sempat bertaubat dan meminta ampun drpd ibunya.
BalasPadamSpt kata Rozy, ia ada benarnya. Saya sokong! Mungkin juga boleh diberikan kaunseling.
Anak derhaka!
BalasPadamSepatutnya ibulah yang paling disayangi.
Tanpa ibu, kita takkan membesar sebagaimana kita sekarang..=')
Ini perempuan gemuk sangat kurang ajar biadap dan tidak ingatkan ajaran agama Islam, dia makan terlalu banyak hingga iman dia nipis dan nafsu dia tebal. mari kita lempang dia ramai ramai. Tiu na hai...
BalasPadamover bangang...!!
BalasPadamManusia yg tak sedar dek untung, kasihnya ibu membawa ke syurga, tanpa ibu siapa kita? Rahmat Allah kiranya kita mendahulukan ibu untuk segalanya....
BalasPadammenitik airmata saya
BalasPadam