"Eh! Sebab apa dia tanggalkan baju bang?," soal kru 666, Jet Da Brutal, terkejut.
Secara spontan saya dan Razali kemudian meminta Jet memberhentikan kenderaan dipandunya berhampiran lelaki berpakaian seperti wanita terbabit.
"Di mana lagi ada orang bergelandangan?," soal saya kepadanya.
'Otai' pondan itu menjawab dengan tenang dan bersahaja.
"Di Stesyen KTM (Keretapi Tanah Melayu) dan Dataran Merdeka," balasnya.
"Di Stesyen KTM (Keretapi Tanah Melayu) dan Dataran Merdeka," balasnya.
Setelah mengucapkan terima kasih, kami kemudian segera beredar.
"Dia siap genyit mata," bisik Razali duduk di belakang kereta.
"Bang, mengapa dia londehkan baju tadi?," soal anak kelahiran Kuala Lumpur itu keliru.
"Dia hendak menarik perhatian tiga lelaki melintas di hadapan dia tadi," jelas Razali.
Untuk rekod, kru ke-13 666, Jet, pensyarah dan pelajar doktor falsafah, Phd dalam jurusan Sains Perpustakaan, di Universiti Malaya. Anak ke dua daripada empat beradik itu kini mengajar pelajar ijazah di Universiti Teknologi Mara Shah Alam.
"Saya baru sebelas bulan membuat tesis untuk Phd fasal prison library. Kita hendak tahu apakah bahan diperlukan oleh juvana bermula pada usia 16 tahun untuk dibaca di penjara," jelas Jet.
"Apakah kesalahan juvana sehingga dipenjarakan?," soal saya.
"Membunuh tanpa niat atau dengan niat, merogol dan merompak. Saya bagi contoh, satu kes juvana membunuh ketika berusia 12 tahun, sekarang umur dia 23 tahun dan dipenjarakan seumur hidup dan sedang membuat diploma. Harapannya, berbekalkan pendidikan dia berpeluang untuk dibebaskan dengan pengampunan sultan. Majoriti mereka berbangsa Melayu meluahkan perasaan kepasa saya semasa ditemubual. Ramai menangis kerana terlalu merindui emak dia orang," kongsi Jet.
Kebanyakkan daripada mereka bergelandangan di jalanan juga berbangsa Melayu. Bezanya di penjara banduan juvana masih tidur menggunakan bantal serta berpeluang berkongsi kedukaan bersama individu seperti Jet.
Kebajikan kelompok gelandangan jauh terpinggir.
"Saya baru sebelas bulan membuat tesis untuk Phd fasal prison library. Kita hendak tahu apakah bahan diperlukan oleh juvana bermula pada usia 16 tahun untuk dibaca di penjara," jelas Jet.
"Apakah kesalahan juvana sehingga dipenjarakan?," soal saya.
"Membunuh tanpa niat atau dengan niat, merogol dan merompak. Saya bagi contoh, satu kes juvana membunuh ketika berusia 12 tahun, sekarang umur dia 23 tahun dan dipenjarakan seumur hidup dan sedang membuat diploma. Harapannya, berbekalkan pendidikan dia berpeluang untuk dibebaskan dengan pengampunan sultan. Majoriti mereka berbangsa Melayu meluahkan perasaan kepasa saya semasa ditemubual. Ramai menangis kerana terlalu merindui emak dia orang," kongsi Jet.
Kebanyakkan daripada mereka bergelandangan di jalanan juga berbangsa Melayu. Bezanya di penjara banduan juvana masih tidur menggunakan bantal serta berpeluang berkongsi kedukaan bersama individu seperti Jet.
Kebajikan kelompok gelandangan jauh terpinggir.
Di Stesyen KTM Kuala Lumpur, saya rakamkan gambar berikut dari jarak jauh, bimbang kerana dipercayai sebilangan mereka bergelandangan di lokasi itu, penagih dadah. Biarpun gelap, kami dapat melihat susuk tubuh kurus kering berjalan terhoyong-hayang mencari tempat sesuai untuk melabuhkan tirai malam.
Lelaki itu tidur di atas simen tanpa tilam, selimut dan bantal.
Di Dataran Merdeka, kami terserempak lelaki mendakwa berasal dari Sandakan, Sabah.
Perlahan Razali duduk di sebelah lelaki mendakwa bekerja sebagai tukang menyapu cat di Jinjang, Selangor itu.
"Duduklah Jet," pinta saya.
Jet kemudian berbual dengan lelaki gelandangan terbabit sambil diperhatikan dan dipantau oleh Razali. Saya terlihat dua tin arak berhampiran lelaki sama.
"Itu siapa punya?," tanya Jet sambil menunjuk kearah tin arak berbungkus.
"Itu saya punya juga, belum dibuka lagi," jelas lelaki berusia 41 tahun itu.
Lelaki dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol itu kemudian merenung Jet dari atas ke bawah dan kemudian bergurau sambil meletakkan kepalanya di bahu kiri Razali bak ingin bermanja. Bagaimanapun kru 666 berusia 40 tahun itu masih berupaya bertenang dan mengawal tindakannya.
Jet pula cuak berikutan tindakan lelaki itu. Pantas saya mengajak mereka beredar dari lokasi terbabit. Maklumlah, orang mabuk berupaya untuk melakukan tindakan di luar jangkaan minda kita.
Beberapa langkah berjalan, saya merakamkan gambar lelaki gelandangan, tidur di bawah cahaya lampu sambil beratapkan langit di dataran bersejarah itu.
Dia hanya berbantalkan beg galas namun kelihatan tidur lena tanpa mempedulikan orang ramai di sekitar. Dia juga langsung tidak terusik dek bunyi bising kenderaan lalu-lalang di jalan utama di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad.
Pastinya dia mempunyai kisah lampau kehidupan sehinggakan terpaksa bermalam di lokasi terbuka itu.
Sebelum ke dua lokasi disyorkan pondan kami temui, kru 666 berada di hadapan bank RHB Jalan Tun Perak di tepi Lebuh Ampang.
Razali dan Jet menemubual lelaki gelandangan berasal dari Melaka, ayah kepada dua anak.
"Kenapa tidur di sini?," soal Razali.
"Hendak tidur di masjid kena halau, dia orang takut kami mencuri duit sedekah di masjid. Kalau di gereja tidak ada masalah malah mereka sudi menyediakan tempat tinggal dan makanan tetapi saya tidak mahu pergi ke sana," jelas lelaki berbangsa Melayu berusia 44 tahun itu.
Sambil mereka berbual, saya merakamkan gambar 12 lagi lelaki gelandangan lena di kawasan berhampiran.
"Siapa hantarkan bekalan makanan ke sini?," soal Jet kepada lelaki sama.
"NGO, PERTIWI (Pertubuhan Tindakan Wanita Islam) dan JAWI (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan)," balasnya perlahan.
Di lengannya jelas kelihatan kesan lubang suntikan jarum justeru saya berasa ragu kerana menurut Razali, lelaki terbabit mendakwa bertugas sebagai pengawal keselamatan.
Mari bersama kita perhatikan 'bantal' kelompok gelandangan terbabit seperti dirakamkan.
Fakta, mereka semua tidur hanya berbantalkan surat khabar, pelbagai jenis beg atau tangan sedangkan kita beradu selesa nyenyak di dalam bilik bertilam empuk dan berbantal lembut.
Sewaktu meninjau di kawasan sama pada jam 12.30 malam, saya terlihat dua warga emas berbangsa Melayu dan India tidur bergelimpangan.
Pada saat tubuh dimamah dek usia, di manakah anak, isteri dan keluarga mereka? Berasa kita terlalu kejam mengizinkan warga emas terbabit menghabiskan sisa hidup mereka dalam keadaan terlalu daif.
Di manakah kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat?
Di manakah jutawan Malaysia selama ini hidup mewah? Di manakah pula semua pemimpin berjiwa rakyat di negara kita?
Jika kenderaan mewah dan banglo tersergam indah berharga jutaan ringgit mampu mereka miliki, mengapakah keadaan sebegini harus terus terjadi?
Kami kru 666 tidak tergolong dalam kelompok itu, hidup kami sederhana dan tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan kakitangan jabatan kerajaan untuk melaksanakan tindakan bertujuan membantu mereka.
Projek Bantal ingin kami laksanakan hanya sekadar mampu melapik kepala warga emas terbabit secara sempurna agar mereka berpeluang melelapkan mata dalam keadaan lebih selesa.
Sekaligus membantu lelaki gelandangan di bawah 'mengangkat' martabat kepalanya.
Jika pembaca bermurah hati ingin membantu, sila klik PROJEK BANTAL.
KEMAS KINI
Senarai Nama Penyumbang Bantal
1. Mohd Fadzly Nordin
2. Zaini (Kota Damansara)
3. Farul (Cheras)
4. Ustaz Hafiz Ahmad (Gombak)
5. Pembaca blog (Kelana Jaya)
4. Ustaz Hafiz Ahmad (Gombak)
5. Pembaca blog (Kelana Jaya)
Penyumbang berkelapangan untuk pergi bersama kru 666 ke beberapa lokasi gelandangan di Kuala Lumpur, sila maklumkan kepada kami.
Tarikh dan waktu pengagihan bantal akan dimaklumkan kelak.
'1 bantal 1 gelandangan'
'1 bantal 1 gelandangan'
Terima kasih.
dimana mereka yang BERWAJIB .... memnunaikan amanah .... membantu mereka2 ini..
BalasPadamKita gah membantu org luar ketika musibah dan bencana .... tapi kita luypa musibah dan bencana yang menghempas warga watan kita ....
Assalammualaikum bang..terima kasih kerana memberi kesedaran kepada semua pihak.
BalasPadamtapi saya berasa musykil dgn duit zakat yg dibayar setiap tahun..kemana disalurkan?
pejabat zakat begitu mewah..hurmm.
Kesian....
BalasPadamMereka ni tak kerja kah?
Ada yang masih mampu bekerja..
Atau,
adakah taraf hidup di KL terlalu tinggi?
terasa beruntungnya hidup kita masih lagi dicukupkan segalanya walaupun tidak mewah... walaupun kita dikategorikan negara maju namun masih ade segelintir kecil yg masih kurang bernasib baik...
BalasPadamkalao ramai pegi gereja makan tido kat sana dah kata murtad...dah org islam sendiri halau mereka dari masjid...renung2kan dan selamat beramal!
BalasPadamDi mana2 negara pun pasti ada golongan gelandangan. Pada saya mereka tergolong dlm 2 golongan :
BalasPadam1. mereka telah berusaha sedaya upaya untuk tidak menjadi gelandangan tetapi nasib tidak menyebelahi. Contoh : perantau yg datang untuk mencuba mencari kerja
2. mereka sengaja untuk menjadi gelandangan kerana kesalahan yang dicipta sendiri. Contoh : penagih dadah
Saya dan rakan2 pernah membantu golongan seperti ini dengan mencarikn pekerjaan buat mereka tetapi hanya bertahan 2, 3 hari. Alasan, mengantuk dan letih! malah ada yang tidak mahu didaftarkan dengan JKM kerana lebih suka bebas.
Bukanlah semua mereka begitu tetapi setiap gelandangan mempunyai ciri2 tertentu ysng berbeza satu sama lain. Kita tidak boleh menyalahkan satu2 pihak kerana tidak bertanggungjawab kepada mereka, tetapi golongan ini juga perlu bersedia untuk bangun dan merubah hidup. Maknanya, kita perlu bekerjasama untuk mengubah golongan seperti ini.
pokok pangkal nak seribu daya tak nak seribu dalih.
BalasPadamSMTI[:-bd]
BalasPadamSMTI
BalasPadamsaya bersetuju juga dgn penerangan ummiLIN...sbb sy pun ade pengalaman dgn org sebegini....betullah ckp ummiLIN..kebanyakan mrk (tidak semua, tp sebahagian besar), mempunyai perangai atau sikap yang tidak mahu memajukan diri walaupun telah dibantu....jika bekerja, mereka agak malas dan berkerja ikut suka hati mereka shj..dapat duit sedikit, dibelanjakan ke tmpt-tmpt yg tidak berfaedah...berjudi..minum arak...yg hisap dadah tuh, tak payah ceritelah...
BalasPadamtapi, yelah, walaupun begitu...kita setakat membantulah apa yg termampu...nak membendungnya agar sukar dan itu kerja pihak berwajib...
SMTI.
BalasPadamAssalamualaikum Bro Mazidul, nampaknya isu gelandangan ni pun menjadi-jadi rupanya. Mcm-mcm pendapat yg diberikan dan rumusannya boleh dikatakan bahawa penyelesaian ada pada pihak berwajib.
Memang itulah cara paling baik menangani isu ini untuk jangkamasa pendek tetapi kalau mahu mendepani secara keseluruhan, saya yakin bahawa campur tangan dan usaha masyarakat umum dapat membendung gejala ini daripada akar umbi.
Tak dapat saya nak ulas panjang kat sini nanti jadi karangan pula :) Apa pun tahniah dan saya doakan Bro Mazidul dan rakan-rakan beroleh kesihatan dan kesejahteraan dalam usaha murni ini.
Tiada apa yang boleh saya sumbangkan setakat ini sekadar berkongsi kata semangat dan doa untuk Bro Mazidul dan rakan-rakan.
setelah membaca tulisan abg, saya kembali teringat sewaktu zaman kejatuhan perniagaan saya pada tahun 2009.saya tidur di taman tsik titwangsa setiap malam dan kadang2 di stesen minyak shell seberang IJN.memang sedih dan pilu bile mengenangkan keadaan masa tu.kalau mandi pagi pegi toilet kat titiwangsa.ade duit byrla 50sen.kalu takde duit pandai2 la mandi.mereka wajib dibantu.
BalasPadambekas gelandangan...
BalasPadamsaya bersimpati dgn nasib anda dulu, pastinya byk pengalaman dan pengajaran bukan. Saya berharap keadaan hidup anda telah berubah menjadi lebih baik. Seorang gelandangan yang mahu merubah hidup adalah lebih baik drpd mereka yg langsung tidak mahu bangun mengubah nasib mereka. Tahniah...
Pastinya pandangan anda sangat diperlukan untuk meneruskan usaha2 membantu gelandangan ini.
Harap-harap bantuan yang diberikan tidak membuatkan mereka lebih 'manja' dan tidak berusaha....dan lebih parah lagi makin ramai pulak yang mahu bergelandangan kerana mendapat bantuan.
BalasPadam=)
bekas gelandangan,
BalasPadamsy pun berharap, hidup anda telah berubah skrg dan sentiasa dalam harmoni dan selesa....tahniah dan alhamdulillah....anda berjaya merubah dgn rezeki dan peluang yg diberi Allah swt...
saya harap anda dapat menjadi inspirasi kepada para gelandangan yang lain...juga kepada anak belia yang tiada arah tuju dlm kehidupan dan sentiasa lalai....
ye tuan2 dan puan2..alhamdulillah hidup saye smakin berubah dan saya baru mendirikan rumahtangga pada bulan 9 lepas.sebenarnya banyak faktor2 yang menyebabkan mereka bergelandangan.ada yang malas.ada yang bekerja tapi gaji hanya ckup makan dan bagi anak2 di kampung.ada yang sebab iri ati dengan perniagaan kita seperti apa yang pernah berlaku pada saya.
BalasPadamyang paling penting adalah rohani dan diri sendir.sejauh mana kita ingin berubah insyaallah pasti akan dibantu.namun kita sebagai masyarakat dan manusia perlu membantu golongan2 seperti ini walaupn mereka nampak tidak terurus tanpa mengira kaum dan agama.hidup ni kite kena banyak berkongsi.ada duit lebih sikit bantulah.
saya nk juga ikut sertai dlm program pembahagian makanan utk mereka yg bergelandangan ni..ditaja oleh FB: KECHARA SOUP KITCHEN...tp bukan muslim.
BalasPadammcm kenal..itu bekas lecturer ku
BalasPadampertiwi soup kitchen..muslim group pengedaran makanan kepada homeless setiap hari isnin rabu dan ahad.ctc person puan munirah.
BalasPadamWalau apa pun alasan & sebab musabab para gelandangan tersebut, kita wajib membantu.
BalasPadamSemoga tampalan ini membangunkan pihak berwajib yg sedang lena - Jika tidak mahu sampah membusukkan rumah kita, kita akan buang. Jika geli dgn lantai ruang tamu yg berkerak & berdebu, kita akan mop. Jika baru tersedar akan tanggungjawab yg diamanahkan masih belum dilaksanakan, masih belum terlewat utk memulakan langkah pertama.
Jika tidak sekarang, bila?
smti.
BalasPadamSalam Abg Mazidul,
BalasPadamApa kata abang bagi suggestion kepada Jabatan2 islam di setiap negeri supaya menjadikan masjid2 di bandar2 besar di Malaysia ini untuk menyediakan "soup kitchen" dan tempat tinggal orang2 gelandangan ni? mungkin Pusat Zakat setiap negeri dan Jabatan Kebajikan Masyarakat boleh terlibat sekali. daripada biarkan masjid kosong selepas Isyak sampai ke Subuh, ada baiknya di disamping meluaskan masjid sebagai pusat wakaf dan kebajikan. sekaligus memperkukuhkan pegangan agama golongan gelandangan ni dan menarik hati2 mereka yang bukan islam. mungkin JATI(bawah Hassan Ali) juga boleh melibatkan diri. disamping itu, masjid yang sentiasa hidup boleh menggalakan orang ramai menjadikan tempat beribadat malam tanpa rasa takut dan sunyi.