Selasa, November 01, 2011

HARUSKAH SAYA BERTANDING MENJADI WAKIL RAKYAT?

Berikut antara tampalan pernah saya catatkan di blog.


Kes kemalangan pertama, klik di sini.

Kemalangan berlaku dipercayai akibat aduan diterima secara lambil lewa oleh beberapa kakitangan pihak berkuasa tempatan itu.

"Mazidul, ada orang masuk lubang lagi," jerit pemandu van sekolah melintasi restoran.

Jam 2.10 petang, saya sedang makan bergegas membasuh tangan dan bergerak ke lokasi kemalangan, kurang 100 meter dari restoran.


Pantas kru 666, Razali Harun memeriksa keadaan kenderaan terbabit sambil diperhatikan pemandu, Whitney Leung dan rakannya.


"Dari mana?," soal saya kepada Whitney.

"Saya datang dari Kelang hendak ke Sunway Giza. Nasib baik saya memandu perlahan tadi," balas kakitangan institusi perbankan itu.

"Orang tidak biasa dengan kawasan ini, memang boleh manjadi mangsa," ujar saya.

Untuk rekod, tiada lampu jalan di sebelah kawasan terbabit.


Saya mula menulis berhubung isu perangkap maut itu sejak Julai lalu dan setakat ini tiada sebarang tindakan dilaksanakan oleh MBPJ.

"Ada mangsa masuk lubang lagi. Pemandu kereta cedera parah, kaki, tangan dan pinggang patah. Tengah hendak membawa dia ke hospital," kata saya sewaktu menghubungi pegawai atasan MBPJ.

Beliau kedengaran panik.

"Ok! Ok!," katanya sebelum memutuskan talian, cemas.

Whitney dan beberapa warga tempatan berbangsan Melayu, berada di lokasi sama mendengar kenyataan itu. Tidak disangka usikan sebegitu kedengaran mampu menarik perhatian pegawai terbabit.

Barangkali jika mangsa cedera parah atau maut, MBPJ akan mengambil tindakan segera.

Pelik sungguh.

"Jom kita tolak kereta ini ke belakang," cadang lelaki berbaju cerah.

"Boleh tolong pandu kereta? Saya takut," celah Whitney.

Pantas Razali mengambil kunci kereta Honda City itu dan masuk ke dalam kenderaan.


Jam 2.20 petang, tayar kenderaan terperosok ke dalam lubang berjaya dikeluarkan. Saya kagum melihat usaha gigih dipamerkan oleh mereka terbabit.

Saya kemudian merakamkan keadaan di bawah kereta, bahagian berhampiran tayar kanan hadapan.


Jika besi mampu menjadi renggang, bayangkan jika kaki manusia terperosok ke dalam lubang sama.

Dalam tempoh lebih 4 bulan, MBPJ didapati gagal mengambil tindakan terhadap aduan berulangkali dikemukakan. 

Barangkali menangani masalah mampu menggugat keselamatan orang ramai itu perkata remeh bagi mereka. Sebagai orang awam saya tidak memiliki kuasa mengarahkan kontraktor dilantik oleh MBPJ untuk menutup lubang terbabit.


 Bukan satu lubang, 10 kesemuanya.


Terfikir, haruskah saya bertanding menjadi wakil rakyat parti bebas pada Pilihanraya ke 13 akan datang agar suara rakyat lebih mudah didengari? 

Nanti saya fikirkan kemudian.

Ha! Ha! Ha!

Apapun, saya memohon jasa baik semua pembaca untuk menyebarkan kandungan tampalan ini melalui emel dan Facbook agar dibaca mereka berkuasa merubah keadaan, demi menjamin keselamatan orang ramai.

Marilah bersama kita menggunakan kuasa sebagai pemilik akaun Facebook, emel dan blogger demi membantu masyarakat.

17 ulasan:

  1. bahaya nih.kalau pejalan kaki dan pengguna motosikal yang terperosok kat dalam lubang tu mungkin lebih teruk jadinya..

    BalasPadam
  2. wakil rakyat sibuk....cakap kat parlimen berdentum2 mcm guruh kat langit...rakyat yg jadi mangsa

    BalasPadam
  3. Kes kecurian besi lanie, bahaya bg kenderaan ringan..

    BalasPadam
  4. Salam saudara MAS

    Saya sokong saudara jadi wakil rakyat. . jadi YB yg prihatin & proactive

    BalasPadam
  5. hari2 report biar dia org jemu..takpun panggil tv3 buat liputan..Aduan Rakyat...

    BalasPadam
  6. Ntah camna la nak buat psl masalah ni. Kalau bro Mazidul report pun takda apa tindakan, apatah lagi kita org biasa yg takda apa ni.

    BalasPadam
  7. diorang ni malas agaknya, tunggu diorang sendiri masuk lubang tu baru nak tutup kot. Encik Mazidul, rakyat memang perlukan pemimpin yang mengambil berat hal2 rakyat.. nama tercalon saya pangkah..heheh tapi saya kena pangkah kat pahang...

    BalasPadam
  8. macam mana la kalau penunggang motor yg kena..betul jugak la kan..abg mazidul je la jadi wakil rakyat..baru betul *wakil rakyat* dlm erti kata sebenar hahaha

    BalasPadam
  9. Salam bro, i am sorry tapi saya sangat marah baca entry ni. Since july? What the fuck are those mbpj staff doing all this while? Bro, percayalah, mereka akan datang dan akan beritau: ohh kami dah keluarkan tender untuk buat penutup sebab dulu penutup kena curi. Those idiots know very well that kalau letak besi surelah kena rembat dengan kutu. So, buatlah benda yang proaktif sikit. And they gonna wait again sebab as u said, tunggulah ada orang mati. Let me tell you something, from what i read, not only jurutera salah, the presiden or whatever you call his position, is accountable to this. One word for all of mbpj people: idiot! If you are not, what were you doing for the whole four bloody months? Mengeteh 24 jam? Fucktard !

    BalasPadam
  10. If u do, u would always have my vote big bro. Heheh

    BalasPadam
  11. salam

    sedih tgk. tak habis² lagi kes ni.
    perlukah bayaran nyawa diberi agar perkara ini selesai. harap ini tampalan terakhir pasal benda ni.
    jalankan amanah wahai MBPJ...

    BalasPadam
  12. harap2 lepas ni kereta bos paling besar mbpj pulak yg masuk kat lubang tu... kalu tak tutup juga lubang, harap2 kereta PM dan TPM pulak yang masuk...

    BalasPadam
  13. smti..haha...abg nak jadi wakil rakyat?? setuju..!!! ;)

    BalasPadam
  14. tula sampai skang takde lagi penutup lobang tu lagik...sangat bahaya untuk penunggang motosikal esp waktu malam...

    BalasPadam
  15. Cmner PM / TPM nk masuk lubang cmni...sblm lalu jln tu dh ada org survey laluan ok/ko..rakyat biasa la yang jd mangsa kebodohsombongan golongan yang dok "mengeteh" 24/7/30/365...

    BalasPadam
  16. salam,
    boleh x share ni kat fb? sbb saye tggl di kota damansara jugak..tq

    BalasPadam
  17. susah btl nak ckp skrg ni..kalau komplain pun salah tak compalin pun salah..susah-susah

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.