Ketika saya menulis tampalan ini, media Indonesia sedang menayangkan kegemilangan majlis perasmian Sukan Sea ke 26 di Palembang.
Majlis berwarna-warna dihadiri pemimpin negara Asia Tenggara termasuk Malaysia. Itu fakta tersurat tetapi saya berhasrat berkongsi bersama pembaca berhubung fakta tersirat.
Petang tadi saya berpeluang meninjau kawasan di hadapan Pusat Media Utama di Jakabaring, Sumatera Selatan.
Perhatikan gambar berikut.
Perhatikan gambar berikut.
Lukisan di dinding berikut amat menarik perhatian saya.
Hemat saya, gambar di atas tidak langsung menggambarkan imej atlet negara Asia Tenggara mengambil bahagian di Sukan Sea 2011. Mengapa gambar peninju USA (Amerika Syarikat) ditampilkan?
Tidakkah negara Asia Tenggara mempunyai peninju sendiri?
Tidakkah negara Asia Tenggara mempunyai peninju sendiri?
Hairan.
Baiklah, mari bersama mengikuti perjalanan saya, menyingkap fakta sebenar di sebalik dinding dibina di sepanjang jalan berhampiran Kompleks Sukan Jakabaring.
"Kami tidak bisa menonton acara di stadium biarpun kedudukannya amat hampir kerana tidak mampu membayar tiket berharga di antara 50,000 rupiah (RM17) dan 500,000 rupiah (RM170) rupiah," keluh ibu mendukung anak lelakinya berusia 2 bulan.
"Ibu ada berapa orang anak?," soal saya.
"Lima kesemuanya pak," balasnya.
Anak-anaknya kelihatan comot, barangkali kerana terpaksa bergelumang dengan habuk setiap hari.
Ibu itu sekadar mampu melihat kelibat beca lalu-lalang dan polis menjaga aliran trafik menuju ke stadium gah tersergam.
"Itu anak-anak ibu juga?," soal saya.
Dia menganggukkan kepala sambil berdiri tegak mengendung bayi di tepi dinding berwarna-warni.
"Jakabaring itu apa maknanya?," tanya lagi.
"Kombinasi nama suku di sini pak. Jawa, Kaba, Batak dan Komering," jelasnya.
Saya kemudian merekodkan gambar di belakang 'tembok' menyembunyikan pelbagai kisah tersirat Jakabaring.
"Jakabaring itu apa maknanya?," tanya lagi.
"Kombinasi nama suku di sini pak. Jawa, Kaba, Batak dan Komering," jelasnya.
Saya kemudian merekodkan gambar di belakang 'tembok' menyembunyikan pelbagai kisah tersirat Jakabaring.
Sebaik terlihat jalan lebih layak digelar denai sempit, saya bergerak ke jalan masuk di sebelah kanan gambar di atas.
Jalan berlekuk dan berhabuk tanpa berturap itu tersorok di sebalik dinding memisahkan penduduk dipindahkan dari kawasan setinggan terbabit.
Saya percaya, keadaan jalan itu tidak dapat dilihat oleh presiden dan pemimpin tertinggi Indonesia lain. Manakala jurugambar dari negara Asia Tenggara lain sentiasa sibuk di stadium. merakamkan imej berhubung acara sukan bakal dibanggakan negara berbendera merah putih itu.
Saya percaya, keadaan jalan itu tidak dapat dilihat oleh presiden dan pemimpin tertinggi Indonesia lain. Manakala jurugambar dari negara Asia Tenggara lain sentiasa sibuk di stadium. merakamkan imej berhubung acara sukan bakal dibanggakan negara berbendera merah putih itu.
Saksikan keadaan jalan menuju ke Kompleks Sukan Jakabaring dan Pusat Media Utama, laluan sama digunakan oleh kenderaan membawa Presiden Indonesia ke majlis perasmian Sukan Sea 2011.
Bandingkan dengan jambatan kayu digunakan anak kecil di sebalik dinding terletak kurang 50 meter dari jalan utama berturap sempurna.
Untuk rekod, Pusat Media Utama dijadikan ruang kerja pengamal media cetak dan elektronik tidak dilengkapi premis menjual makanan dan minuman.
Justeru, papan tanda berikut amat menarik perhatian saya.
Perlahan dan berhati-hati saya melintasi jambatan dibina sendiri oleh penduduk tempatan ini sambil memerhatikan suasana di kiri dan kanan.
"Mahu makan pak?," tanya Susanti, 45 tahun.
Saya menganggukkan kepala sekaligus membuka kasut sebelum duduk berhampiran meja kayu diperbuat dengan tangan.
Sebelum makanan dipesan dihidangkan, saya sempat merakamkan beberapa gambar dari gerai makan terbabit.
"Perniagaan baik ibu?," soal saya.
"Tempat ini digelar kedai makan peniaga merana. Sebelum ini rumah dibina di hadapan sana pak tetapi kemudiannya dirobohkan (oleh pihak berkuasa). Sekarang ini dipagar pula, bagaimana bisa kami berniaga?," luah ibu kepada lima anak itu.
"Saya baru sahaja pulang membawa bis (bas) ke dalam Kompleks Sukan Jakabaring, tadikan berlangsung majlis perasmiannya. Tidak diberikan makanan sebab itu saya ke sini apatah lagi bayaran," rungut lelaki makan di sebelah saya.
Saya hanya mendiamkan diri kerana tidak mengetahui kisah sebenar di sebalik dakwaan itu.
Televisyen ketika itu menayangkan siaran secara langsung perlawanan bola sepak di antara pasukan Indonesia dan Singapura dengan keputusan 2 berbalas 0, menyebelahi tuan rumah.
Beberapa minit kemudian makanan dihidangkan.
Saya makan hanya untuk melapik perut sahaja, mujur berpeluang. Hidangan itu berharga 40,000 rupiah (RM15).
"Anak ibu berapa orang semua?," tanya saya.
"Lima orang semuanya, empat perempuan dan seorang lelaki sebab itu rumah makan ini bernama empat campur satu," jelas pemilik premis menjual makanan itu.
Sambil menjamu selera, saya perhatikan gelagat beberapa lelaki di hadapan gerai sama. Terlintas di fikiran, adalah pingat emas diraih Indonesia bererti bagi mereka? Adakah Kompleks Sukan Jakabaring dan Pusat Media Utama tersergam indah di hadapam mata membawa sebarang pengertian kepada bekas setinggan terbabit?
Sedangkan majoriti mereka tinggal di rumah seperti dirakamkan di bawah.
Sewaktu berjalan keluar dari penempatan dipagar itu, saya berpeluang menyelamatkan anak kucing kurus daripada dilenyek dek tayar kenderaan melalui jalan terbabit.
Saya akan berada di Palembang sehingga 24 November 2011 dan InsyaAllah akan berkongsi pelbagai lagi kisah, pahit manis di sini.
perghhh... betul2 nak tutup aib negara nih, kalau kes mcm nih boleh ker kita klasifikasikan sbg penindasan??
BalasPadamsdr maz, x pe ke buat pendedahan mcm ni... memang menarik dan menyentuh perasaan, tapi tentu menyentuh sensitiviti golongan yang sedang berkuasa
BalasPadamsmti..
BalasPadamSMTI
BalasPadamMenarik.
BalasPadammenarik
BalasPadamBro,
BalasPadamSebab itu ada ramai dari kalangan mereka yang sanggup meninggalkan keluarga untuk ke Malaysia, menerima upah yang demikian banyak untuk menampung keluarga di kampung masing-masing. Moga di Malaysia sendiri semakin berkuranglah suasana sedemikian.
Saya percaya ada usaha pemerintah RI untuk meningkatkan taraf hidup mereka. Mungkin peruntukan yang disediakan tidak sampai, hilang di perjalanan. Saya doakan kehidupan merekan akan bertambah baik. Saya harap saudara Mazidul terus menulis dan melapor kisah di sebalik tabir seperti ini. Untuk laporan sukan saya boleh baca akhbar. TK.
BalasPadamSungguh menyentuh hati membaca tampalan ini. Terutama sekali gambar anak kecil berseorangan memandang kamera itu. Priceless!
BalasPadamYou should win the Nobel Prize la bigbro.
kesian dgn cara hidup diaorang mcm kerajaan buat2 x nampak je apa yg berlaku...
BalasPadamtak terbayangkan!!
BalasPadamTak terkata, betapa hipokritnya pihak berkuasa Indonesia. Kalau Malaysia bukan main lagi pihak Indo mengkritik bahawa ketidakadilan yang berlaku di Malaysia, tapi rupa-rupanya kritikan itu untuk menutup kebajingan yang belaku pada diri sendiri. Mengata orang tapi diri sendiri yang lebih...harap Abang Maz dedahkan lagi...amat menarik sekali..syabas
BalasPadammelihat dan membayangkan membuatkan hati tersentuh... terima kasih atas pendedahan ini
BalasPadamrp40,000? mahal tu!
BalasPadamteruskan buat pendedahan , buat pengajaran
BalasPadamBila menonton telenovela atau drama dr seberang, mak aiii dgn artis perempuan yg cantik dn bergaya mcm artis hollywood,dgn rumah mcm istana dn kereta mewah...mcm tak terfikir bahawa ada yang hidup seperti yang saudara kongsi kan.
BalasPadamYang kaya bertambah kaya
yang miskin pula makin tertindas!
Salam Abg MAzidul...
BalasPadamMintak izin untuk guna gambar-gambar dari blog abg...
Lihatlah bagaimana untungnya Melayu Malaysia dibandingkan dengan Melayu Indonesia.
BalasPadam