Isnin, November 21, 2011

HIDUP BAK MEMICIT TIUB UBAT GIGI

21 November 2011, hari kedua terakhir sebelum tamat Sukan Sea edisi ke 26 Palembang-Jakarta, Indonesia. 

Saya dan semua kru Media Prima akan terbang kembali ke tanahair pada 24 November, masih cukup masa untuk bersiar-siar dan membeli-belah di kota Palembang.

Sewaktu bangun awal pagi tadi untuk menggosok gigi, terlintas di fikiran saya, analogi kehidupan di sini tidak ubah bak memicit ubat gigi hampir habis.


Pengalaman itu dilalui hampir semua pembaca, itu telahan saya. Sedaya upaya. lazimnya kita tetap cuba memicit sekaligus mengeluarkan sisa tinggal di dalam tiub samada bersaiz besar atau kecil biarpun kita tahu ubat gigi di tangan tidak begitu  mencukupi atau sekadar mampu untuk sekali pakai.


"Pak, selalu ke orang naik beca di sini?," soal saya kepada pemandu semalam sewaktu dalam perjalanan pulang ke hotel.

"Ada tetapi upah seharian sekadar cukup untuk menbeli sekilogram beras sahaja," jelasnya.

Kehidupan mereka bak kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.


"Berapa harga sekilogram beras di sini?," tanya saya lagi.

"Sekitar 7,000 rupiah (RM2.30)," balasnya.

Melalui pengamatan saya, terdapat ribuan beca beroperasi di Palembang, setiap pengayuh bersaing untuk mendapatkan penumpang dengan bayaran tidak seberapa. 

Sama seperti ubat gigi hampir habis, masih cuba untuk dipicit keluar. 

Dalam kes ini hanya untuk meraih rezeki biarpun sekadar mampu untuk menyuapkan nasi ke mulut anak-anak menunggu di rumah.

Petang semalam hujan turun lebat di Palembang.

"Orang tua itu menjual apa?," soal saya kepada pemandu sama.

"Es (ais) itu pak," katanya.


"Hari hujan justeru dia terpaksa pulang kerana es tidak laku," terangnya lagi.

Ubat gigi telah habis bagi peniaga itu, begitulah analoginya. Hari ini mungkin dia kembali semula ke jalanan menjual es.

Pagi ini siaran televisyen tempatan melaporkan ribuan warga di Jakarta merusuh kerana gagal memperoleh tiket untuk menonton perlawanan akhir bola sepak di antara Indonesia dan Malaysia di Stadium Astora Senayan.


Sebilangan kelihatan menendang pintu premis pembelian tiket dilaporkan berharga 250,000 rupiah (RM80). Dalam erti kata lain, mereka dapati ubat gigi di dalam tiub sudah kehabisan tetapi masih tegar memicitnya.

Jurulatih pasukan bola sepak Indonesia, Rahmad Darmawan di dalam temubual bersama wartawan tempatan, yakin pasukannya bakal menjuarai perlawanan jam 8.30 malam (waktu Malaysia) ini.


Rahmad juga sedang memicit ubat gigi tanpa mengetahui hasilnya. Mampukah dia menggosok gigi awal pagi esok setelah mengetahui keputusan perlawanan malam ini? Bersama kita nantikan.


Teliti karikatur dijadikan bahan muka hadapan satu daripada akhbar tempatan di Indonesia hari ini.


Pemain Malaysia di sebelah kanan digambarkan bertutup sebelah mata bak lanun. Saya khuatir jika tindakan tidak bijak media tempatan akan mencetuskan kebencian di antara dua negara berjiran sekaligus menepati persoalan dibangkitkan rakan blogger, Bujai dalam entri terkininya, klik Indonesia plans another konfrontasi.

Kali kedua terbabit mengulas acara sukan selepas Sukan Komenwel 1998 di Malaysia, di Indonesia saya mendapat gambaran sukan mampu menhuru-harakan hubungan rakyat kedua negara berjiran.

Sikap fanatik sekaligus tidak profesional sebilangan penyokong Indonesia terpaksa diserap atlet Malaysia bertanding di Sukan Sea anjuran negara dihuni lebih 240 juta penduduk ini.

"Tidak lengkap jika kita menjadi juara umum (keseluruhan) Sukan Sea andai kita tidak mampu meraih pingat emas dalam acara bola sepak," ujar Presiden Indonesia.

Baca pandangan kru 666, juga wartawan sukan The Malay Mail, VJ, di sini.

Hairan, dalam kelompok 10 negara Asia Tenggara lain, mengapa Malaysia dijadikan 'musuh' tradisi sukan Indonesia?

Sedangkan atlet pesaing terdekat Indonesia, Thailand merangkul 95 pingat emas ( merujuk keputusan pada 21 November, jam 8.35 pagi waktu Sumatera Selatan) tidak menerima nasib sama seperti pengalaman pahit ditempuh sebilangan pasukan mewakili Malaysia?

16 ulasan:

  1. saya tak sbr nk tgk bola sepak mlm nih,tak best tul final kite lwn indon,sbb tau msti mcm2 hal diaorang nk aniaya pasukan kite..

    tak tau kenapa rakyat indon bencikan sgt malaysia,sedangkan berjuta2 rakyatnyer cari rezeki kt malaysia... mereka mmg tak pandai nk bersyukur

    BalasPadam
  2. Team Msia akan ganyang INDON dengan kalahkan mereka mlm ini . . . !!! Menang emas acara Bolasepak umpama juara sukan SEA.

    BalasPadam
  3. entahlah... 'kita serumpun pak', selalu dilaung2kannya tapi dendam kesumat terhdp Malaysia tetap membara


    alangkah baiknya harimau muda jumpa pasukan lain


    mereka memang tak tahu bersyukur dgn begitu banyaknya pertolongan yg kerajaan dan rakyat Malaysia beri selama ini

    BalasPadam
  4. ntahnyer... mungkin sbb malaysia ni baikk sgt..so sbb tu asyik nk kutuk m'sia je.. x sedar rakyat diorang tu bejuta juta masuk m'sia nk cari makan.. diorang ni jenis manusia x reti bsyukur..jgn rakyat m'sia ikut perangai diorang udah..mintak jauh lerrr....

    BalasPadam
  5. Saya juga hairan kenapa mereka begitu membenci & memusuhi kita? kenapa x musuhi thailand atau singapore?baik sgt ke mereka tu pada negara Indonesia?

    BalasPadam
  6. indon sebenarnya DENGKI dgn apa yg malaysia ada.walaupun negara kita jauh lebih kecil dari pulau sumatera, tapi kita mampu tewaskan mereka..jika sudah keturunan batak..makan daging orang sendiri pun mereka snggup asalkan hajat dipenuhi

    BalasPadam
  7. diorang benci sebab bahasa,muka kita lebih kurang serupa..tapi kehidupan kita jauh lebih mewah dari mereka..

    BalasPadam
  8. be careful kat sana bro!.. extra careful kalau Malaysia menang malam ini.. Malaysia boleh! Indo bisa! Kita di sana kena jaga-jaga!

    BalasPadam
  9. mazidul kan org keturunan bangka hulu...bisa di urus pak...

    BalasPadam
  10. Banawangi, bukan sahaja Bangkahulu tetapi Mandailing dan Jawa dan dilahirkan di Malaysia.

    BalasPadam
  11. Esk pagi Rahmad Darmawan tak dapat berus gigi!Team Malaysia dah abeskan ubat gigi diew!!hahahahaha...HARIMAU MEMBAHAM GARUDA!...

    BalasPadam
  12. kerna ada segelintir dari rakyat kita sendiri yg menjadi pengkhianat negara yg menfitnah dan memburukkan negara sendiri dihadapan rakyat Indonesia demi kelangsungan masa depan politik sempit mereka.

    BalasPadam
  13. kebencian mereka terhadap negara ada kemungkinan kerana termakan hasutan fitnah oleh segelintir rakyat kita sendiri yg menaburkan fitnah serta memburukan nama negara dihadapan rakyat Indonesia demi kelangsungan masa depan politik yg sempit.

    BalasPadam
  14. Kenapa negara Indonesia membenci negara Malaysia, padahal ada jutaan rakyat Indonesia mencari rezeki di bumi Malaysia.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.