Sewaktu memandu di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor, pada Hari Raya KORBAN, saya terpandang papan tanda berikut.
Syukur, sesungguhnya menjaga kebersihan memerlukan PENGORBANAN perlbagai pihak. Pihak menghasilkan bahan lupusan perlu BERKORBAN memastikan sampah dibuang di tempat ditetapkan manakala pihak berkuasa tempatan, dalam kes ini Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ, berfungsi memastikan peraturan dipatuhi.
Saya kemudian meneruskan pemanduan di Hari Raya KORBAN dan merakamkan beberapa gambar di Kota Damansara.
Saya kemudian memasuki lorong belakang berhampiran Balai Polis Kota Damansara dan merakamkan gambar berikut.
Pandangan saya terhenti sebaik terlihat tong sampah ini.
Pantas saya mengundurkan kenderaan dan merekodkan gambar bahagian belakang tong sama.
Logo terpampang sama seperti saya rakamkan sebelum ini.
Keluar dari kereta, lebih banyak gambar saya rakamkan di lokasi sama.
6 gambar di atas dirakamkan di lokasi awam, maksudnya kita berhak merekodkan gambar di tempat itu kerana bukan kawasan larangan. Namun seperti dijangka, pasti sebilangan manusia berasa terusik sebaik melihat individu tidak dikenali merakamkan gambar di lorong belakang restoran terbabit.
Sebelum lelaki tempatan dan pekerja warga Myanmar itu membuka mulut, saya melontarkan soalan.
"Memang basuh pinggan mangkuk macam itu ke?"
"Kita basuh tiga kali. Lepas basuh di sini, kita basuh dua kali lagi," ujar lelaki di atas.
Mari kita teliti status kebersihan tempat mangkuk dicuci secara terperinci.
"Saya rasa kalau customers nampak, dia orang mesti tidak akan makan di restoran ini," celah saya.
Lelaki itu mendiamkan diri.
Saya difahamkan, MBPJ juga tidak membenarkan sebarang struktur dan peralatan dibina atau diletakkan di kawasan belakang premis menjual makanan.
Jelas peraturan itu tidak dipatuhi. Justeru, penguatkuasa MBPJ harus BERKORBAN masa serta tenaga untuk memantau kebersihan secara konsisten sekaligus melaksanakan tindakan sekiranya peraturan dipandang remeh oleh sebilangan peniaga.
Saya kemudian meneruskan pemanduan ke lorong bersebelahan dan merekodkan gambar berikut.
Gambar dihiasi pohon tumbuh menghijau dan papan tanda pelbagai saiz, berwarna-warna. Bagi pembaca mampu memandang lebih daripada itu, pasti terlihat ini.
Vandalisme.
Ada baiknya pembaca menjenguk laman Facebook Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor ini untuk mengetahui tindakan berhubung kegiatan menampal poster secara haram.
Kurang 100 meter dari lokasi itu, saya memberhentikan kenderaan dan mula merakamkan siri gambar berikut.
Mari kita zoom in sedikit gambar di atas.
Kurang jelas? Tidak mengapa. Kisah premis terbabit pernah dicatatkan sebelum ini, klik di sini. Hairan, biarpun telah diserbu pihak berkuasa berulangkali, premis seperti itu masih terus beroperasi sehingga ke hari ini.
Mungkin PENGORBANAN dilakukan penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta polis tidak mencukupi untuk membanteras kegiatan terlarang itu.
Pemanduan saya teruskan dan tepat pada jam 12.54 tengah hari, saya rakamkan lagi beberapa gambar di lorong belakang di Sunway Damansara.
Setiap kita dituntut berkorban dan PENGORBANAN itu terlaksa dalam pelbagai kaedah.
Awal malam semalam anak sulung saya berkata ...
"Afif sudah uploaded video itu ke You Tube"
Video menagih PENGORBANAN untuk dihasilkan. Saya perhatikan, berhari-hari dia menyunting video terbabit tanpa rasa jemu. Biarpun kurang tidur, Afif tetap menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pembikinan klip video itu.
"Abang seronok sangat sebab sudah ada 5 orang tengok video abang buat," katanya kepada adik, Azard, 10 tahun, pagi tadi sebelum mereka pulang ke kampung.
Biarpun tidak dibantu, kualiti video terbabit berkadaran dengan hasil kerja pelajar berusia 13 tahun.
Jika pembaca mempunyai sedikit masa terluang, sila klik di sini untuk menggembirakan Afif dan rakan sekelasnya.
Terima kasih saya ucapkan.
Saw the vid.
BalasPadamIf only we had youtube when I was 13... :(
But anyway, good effort.
Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, kan bro, kan, kan??? :D
Bro Stephen, if we had internet when we were younger ...
BalasPadamonly God knows what we were capable of doing.
Yalah bro, first class project.
Selalu juga nampak papan tanda zon bersih tu, tapi sayang berdiri hanya sekadar papan tanda bisu yg tak memberi sebarang kesan pada persekitarannya
BalasPadam