Khamis, November 17, 2011

'AYAM' DI KOLAM IKAN

"Ada topi keledar ke?," soal saya.

"Sebenarnya di sini tidak perlu memakai topi keledar pun," ujar Mohd Farid Azrai.

Azrai, 22 tahun, pelajar jurusan perubatan di Universiti Sriwijaya, Palembang, Indonesia datang bertemu saya di hotel awal malam semalam.

Setelah makan, bakal doktor itu membawa saya bersiar-siar menaiki motosikal di kota Palembang.


"Itu apa?," soal saya.

"Angkutan kota, bayar 2,000, kita boleh naik sampai ke destinasi terakhir dia, selepas itu naik pula angkut lain, warna lain ke lokasi seterusnya," jelas anak kelahiran Batu Gajah, Perak itu.


"Jom, kita pergi ke bawah Jambatan Ampera," pelawanya sambil tenang menunggang motosikal Honda dibeli dengan harga kira-kira RM4,000.


Kami kemudian tiba di benteng tidak jauh dari jambatan siap dibina pada tahun 1964 itu. Pantas saya merekodkan beberapa gambar peniaga di lokasi sama.


"Tolong belikan air," pinta saya.

Kami mendekati peniaga wanita menjual pelbagai jenis air minuman. Saya membeli bukan akibat  tekak kering tetapi kerana simpati melihat peniaga tua tanpa pelanggan.

Bakal doktor kini menjalani latihan praktikal selama 18 bulan di Hospital Besar Palembang itu kemudian membawa saya ke penghujung jalan dan duduk di atas tembok simen.


Beberapa minit kami terlihat sekumpulan remaja duduk di kawasan berhampiran sambil membawa bersama puluhan botol arak.

Mereka kelihatan gembira dan setiap seorang warga Vietnam terbabit memakai tag Sukan Sea ke-26.

"Kalau di Malaysia, sebilangan orang Vietnam makan kucing dan anjing," bisik saya kepada Farid.

Dia kelihatan hairan.

"Betul," saya menyakinkan doktor muda itu.

"Are you guys here for the Sea Games?," soal saya menyibuk.

"Yes, swimming team," balas gadis kelihatan berbaju merah.

Saya merakamkan gambar mereka.


Sebelum beredar, saya berpesan kepada mereka semua.

"Don't get drunk and then swim in the river"

Mereka semua tertawa dan untuk rekod kumpulan atlet itu sebenarnya duduk di tebing sungai terpanjang di Sumatera Selatan, Sungai Musi.

Dari jauh kelihatan Jambatan Ampera diterangi lampu neon.


Berjalan kira-kira 100 meter dari lokasi pertama, saya terlihat wanita tua berikut.


"Dia tidur ke?," tanya Farid.

Saya rekodkan gambar berikut untuk menjawab soalannya.


Kami kemudian merakamkan gambar sebagai kenang-kenangan.


"Saya memang pernah mengambil gambar di sini semasa datang ke Palembang kira-kira empat setengah tahun dahulu," jelas Farid.


"Praktikal di sini macam mana?," soal saya.

"Saya sekarang di Jabatan Optometric. Sebelum ini di tempat rawatan sakit puan dan pernah saya dihantar ke hospital pedalaman bang. Bayangkan, berikutan pesakit ramai, doktor tidak ada, pernah saya terpaksa menyambut kelahiran bayi tanpa sempat memakai sarung tangan. Tujuan saya hanya untuk menyelamatkan nyawa," terang Farid.

Saya sempat berkongsi peringatan bersamanya.

"Bila sudah berkhidmat di Malaysia nanti, ingat satu perkara penting. Majoriti orang datang ke hospital kerana mereka bermasalah jadi layanlah sebaik mungkin. Sebilangan kakitangan hospital kerajaan melayan pesakit sambil lewa hanya keran pesakit membayar seringgit. Kalau pesakit itu ibu, ayah atau ahli keluarga, adakah kita akan melayan mereka sebegitu? Tidak kan. Tugas dalam bidang perubatan, andai kata dilaksanakan secara jujur dan ikhlas, bertujuan membantu pesakit, itu ibadah, besar pahalanya"

Dalam perjalanan balik ke hotel, saya tanyakan soalan kepadanya.


"Ada pelacur ke di Palembang?"

Tiba-tiba soalan itu terpancul dari mulut saya.

"Jalan di sebelah kanan itu dipanggil Kambang Iwak. Kambang ertinya kolam dan Iwak maksudnya ikan jadi Kambang Iwak ertinya 'kolam ikan'. Apabila malam, sebilangan perempuan berdiri di tepi jalan tetapi sejak Sukan Sea bermula, mungkin tidak berapa ramai," ujarnya sambil membelok ke arah jalan dimaksudkan.

Berikut ganbar saya rekodkan sewaktu melinatasi jalan sama.


"Hoooooooi!! Kurang ajar!!!," jerit lelaki duduk di atas motosikal berwarna putih sebaik gambar mereka dirakamkan.


Ops! Maaf, saya ingatkan 2 wanita terbabit peserta acara lompat papan anjal seirama mengambil bahagian di Sukan Sea 2011 Palembang.

Tidak disangka pula di kolam ikan ada 'ayam'.

10 ulasan:

  1. hehehe kelakar juga ya, mujur tak jumpa "ayam misai" bang... dikejarnya nanti tak cukup tayar nak pecut... tak rela!

    BalasPadam
  2. kelakar la bang edisi ni, tapi bagi saya bila pendedahan macam ni dibuat tentang INdonesia, saya rasa negara kita jauh lebih beruntung dari mereka disebabkan pemimpin yang masih lagi memikirkan rakyat dan kepentingan kita. andai kata rakyat kita saling bertelingkah, pemimpin mula menyalahgunakan kuasa, harus lebih teruk keadaan kita dari apa yang kita nampak di Indonesia..

    BalasPadam
  3. Kelakar...

    The true colors is out there kata omputeh.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.