Kira-kira jam 8.50 malam tadi, saya dan kru 666, Razali Harun ke Kelana Jaya, Selangor.
"Saya suka dengan usaha dijalankan"
Itu antara kenyataan ibu bersama anaknya berusia 7 tahun kami temui di lokasi sewaktu 2 bantal diserahkan.
"Tetapi maaf sebab saya terlupa membelikan sarung bantal," katanya.
"Tidak mengapa," balas Razali.
Terima kasih kerana menjadi penyumbang bantal pertama buat pelapik kepala untuk PROJEK BANTAL.
Kru 666 telah mula menerima sumbangan berbentuk wang tunai serta bantal. Banyak pihak dan individu berikrar akan bersama kami melakukan pengagihan bantal di Kuala Lumpur, InsyaAllah pada tarikh dan masa bersesuaian bakal diumumkan kelak.
"Molek kalau bantal disumbangkan itu bersaiz kecil kerana kelompok gelandangan tidak mempunyai ruang simpanan untuk bantal kalau bersaiz terlalu besar. Maklum sahaja, dia orang bukan ada rumah apatah lagi almari untuk menyimpan bantal. Jika dibelikan bantal plastik jenis ditiup angin punya pun lebih mudah bagi mereka," komen Razali.
Lihat keadaan gelandangan di sini sewaktu tinjauan kami jalankan minggu lalu.
Justeru bantal kecil bersarung tebal (tahan lasak) atau bantal angin dilihat amat sesuai untuk digunakan sebagai pelapik kepala mereka sewaktu tidur berbanding surat khabar, beg dan kasut.
Semua pembaca dipersila untuk melontarkan cadangan membina berhubung projek kemasyarakatan ini.
Saya akan ke Palembang, Indonesia, di antara 9 dan 24 November akan datang untuk menjadi pengulas Sukan Sea 2011. Sewaktu ketiadaan saya di Malaysia, penyumbang boleh berhubung terus dengan Razali di talian 016 231 5812 atau hantarkan emel ke razarro@yahoo.com
Bantal kecik tu kiranya macam bantal hiasan kat sofa tu kan..
BalasPadamSaya mendapat komen dari kakak Hairuman, pemuda yang terkena renjatan elektrik dulu.. Harap sudi menjenguk entry saya ini... Terima kasih...
http://kakazz.blogspot.com/2011/11/betapa-beratnya-menggalas-tanggungjawab.html
Azz, ya.
BalasPadamNamun semua sumbangan ikhlas pembaca akan diterima.
Terima kasih.
alhamdulillah..semoga usaha semuanya berjalan lancar dan diberkati,,
BalasPadamAzam, tidak mengapa, saya mampu membelikan sarung bantal.
BalasPadamTerima kasih kepada Puan sudi menyumbang, penyumbang pertama bantal.
Kami amat menghargai jasa itu.
teruskan usaha murni....
BalasPadam