Terima kasih kepada semua pembaca sudi melayari blog ini sewaktu saya bertugas di Palembang, Sumatera Selatan, Indonesia di antara 9 dan 24 November lalu.
Kini saya sudah kembali ke tanahair dan berasa lebih bersyukur di atas kenikmatan mampu dikecapi di negara sendiri.
Tadi saya ke rumah kru 666, Razali Harun.
"Itu bantal sumbangan bantalkabu.com dan ramai lagi menghantar stok," ujar Razali.
Kira-kira 2 bulan lalu, ide berhubung PROJEK BANTAL dicetuskan dan semua kru 666 bersedia melaksanakannya.
Jam 12 tengah hari tadi saya menghubungi rakan sekolah juga pemilik kenderaan pacuan empat roda, Badrul Hisham Yusof.
"Bad, nanti boleh tolong angkut bantal dari Kota Damansara ke Kuala Lumpur?," pinta saya.
"Boleh, bagi tahu sahaja bila tarikh dan waktunya," balasnya.
Ramai teman saya kini hidup selesa dan Alhamdulillah, mereka tiada masalah untuk membantu.
Saya kagum.
Jam 12 tengah hari tadi saya menghubungi rakan sekolah juga pemilik kenderaan pacuan empat roda, Badrul Hisham Yusof.
"Bad, nanti boleh tolong angkut bantal dari Kota Damansara ke Kuala Lumpur?," pinta saya.
"Boleh, bagi tahu sahaja bila tarikh dan waktunya," balasnya.
Ramai teman saya kini hidup selesa dan Alhamdulillah, mereka tiada masalah untuk membantu.
Saya kagum.
Dijangkakan, pengagihan bantal kepada lebih 100 gelandangan akan dilaksanakan pada 5 Disember 2011. Kepada pembaca mempunyai masa terluang dan ingin menyertai kami, sila berhubung dengan Razali di talian 016 231 5812 atau emel razarro@yahoo.com.
Dilaporkan, kini terdapat beberapa kumpulan membekalkan makanan kepada gelandangan di Kuala Lumpur. Antaranya, badan pertubuhan bukan kerajaan, NGO, Islam, PERTIWI dan pertubuhan Buddha, KECHARA. Biarpun berbeza kepercayaan agama, setiap NGO mempunyai motif sama.
666 bukan pertubuhan atau NGO tetapi sekadar kru seramai 13 orang ingin bersama berganding bahu menghulurkan bantuan. Sebiji bantal diagih bersama mampu memberikan keselesaan kepada gelandangan terdiri daripada warga emas, wanita dan kanak-kanak sewaktu memejamkan mata di malam hari.
"Berapakah wang diperlukan?"
Itu soalan dilontarkan oleh wanita Melayu menetap di Wisconsin, Amerika Syarikat kerana mengikut suaminya bertugas.
"Puan, kami tidak menetapkan sebarang jumlah, sekadar ikhlas," balas Razali.
Wanita terbabit menyumbang RM3,000. Kini jumlah dana terkumpul mencecah RM5,000. Ternyata dengan sumbangan pembaca blog ini, kita bukan sahaja berupaya membantu kelompok gelandangan malahan ramai lagi insan memerlukan.
Projek Bantal akan diteruskan, sumbangan pembaca blog juga boleh disalurkan kepada keluarga miskin atau warga emas di masa akan datang.
Bukan semua kita mengecapi kemewahan tetapi hidup selesa sedangkan ramai lagi penduduk di Malaysia ini meniti kehidupan dalam keadaan sengsara.
Cuma rintihan mereka tidak kedengaran dek telinga kita semua.
Justeru sekelumit bantuan kita hulurkan, terlalu besar maknanya bagi mereka.
Saya mewakili kru 666 ingin merakamkan ucapan terima kasih kami kepada semua penyumbang samada individu atau pemilik syarikat terbuka hati untuk bersama menjayakan Projek Bantal ini.
smti...selamat kembali... :)
BalasPadamselamat kembali bang.. semoga mereka yang membantu buat sumbangan projek bantal ini dimurahkan rezeki.. amin.
BalasPadamsmti..
BalasPadamsekadar bertanya bang, apa perancangan abang dengan duit2 tu?
BalasPadamsmti
BalasPadamalhamdulillah! banyak sumbangan. insyaAllah abg and team akan dapat hulurkan yang terbaik untuk pihak yang kurang bernasib baik...teruskan usaha bang. sekurang-kurangnya, gelandangan juga akan turut berubah since there are concerns perhaps they will have a determination untuk berubah.
BalasPadamsmti
BalasPadam