Imej di atas barangkali sukar ditatap oleh kira-kira 240 juta rakyat Indonesia tetapi wajib mereka telan biarpun secara terpaksa.
Di perlawanan peringkat akhir berkesudahan dengan sepakan penalti, Harimau Muda berjaya merangkul pingat emas secara terhormat sekaligus menewaskan skuat bola sepak Indonesia, Garuda Muda.
Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia, Andi Mallarangeng sebelum ini menjanjikan bonus 200,000,000 rupiah (RM70,000) kepada setiap atlet berjaya meraih pingat emas.
Dilaporkan jika pasukan bola sepak Indonesia berjaya meraih emas, kementerian terbabit terpaksa melunaskan bayaran 200 juta rupiah kepada 20 pemain dan pegawai Garuda Muda. Kini bajet itu mampu dikurangkan kerana peruntukan untuk pemenang pingat perak hanya 50 juta rupiah (RM17,000) sahaja.
Baca di sini untuk mengetahui perincian janji kerajaan Indonesia kepada atlet berjaya merangkul pingat dalam sukan dianjurkan negara mereka.
Cuma hairannya, pihak penganjur Sukan Sea ke 26, INASOC, dilaporkan gagal mematuhi kontrak 1,300 sukarelawan terbabit membantu melicinkan sukan di Palembang biarpun jumlah gaji mereka ternyata jauh lebih kecil berbanding bonus habuan atlet.
Gagal dibayar gaji penuh seperti dijanjikan, kira-kira 400 sukarelawan kemudian berdemonstrasi di hadapan Pusat Media Utama, gambar dan berita saya nukilkan di sini.
Barangkali penghuni rumah saya rakamkan petang semalam berhampiran Kompleks Sukan Jakabaring lebih memerlukan bantuan kerajaan Indonesia untuk hidup lebih selesa.
Hemat saya, gadis remaja dalam gambar di bawah juga harus diberikan peluang untuk mandi menggunakan bekalan air bersih, bukan membersihkan dirinya di parit kecil hanya layak digelar longkang.
Barangkali tiada bonus dalam hidupnya.
Pagi semalam, media tempatan memaparkan aksi ganas sebilangan penyokong bola sepak Indonesia berang akibat gagal mendapatkan tiket pertandingan akhir bola sepak lalu menendang serta membakar kaunter menjual tiket.
Terkini, laman sesawang Indonesia melaporkan berita 2 maut di Gelora Bung Karno, klik di sini manakala 7 lagi penyokong tercedera dan kini dirawat di hospital, baca di sini.
Kunci ambulan di stadium turut dilaporkan hilang lalu mangsa terlewat diselamatkan.
Baca berita itu di sini.
Berikut petikan kenyataan Gabenor Jakarta, Fauzi Bowo sebelum ini.
"Dari jumlah medali emas, kita tidak akan terkejar oleh kontingen negara mana pun. Ini sudah menjamin kita meraih predikat juara umum, tapi lebih lengkap kalau sepak bola juara"
Fauzi, terima sahaja hakikat, Indonesia bukan juara.
Kepada rakyat Indonesia membaca entri ini, tanamkan tekad di dalam jiwa, sukan sepatutnya lebih merapatkan hubungan rakyat dua negara serumpun BUKAN bertujuan mengundang bahana sehingga mengorbankan nyawa.
Mencemuh sekaligus menciptakan tekanan kepada Harimau Muda sebelum dan sewaktu perlawanan akhir secara fanatik ternyata bukan kaedah terbaik untuk merampas pingat emas.
Sewaktu skuad bola sepak Malaysia memasuki stadium di Jakarta, penonton bersorak ...
"Malaysia maling! Malaysia maling!"
'Maling' ertinya mencuri.
Utusan Online melaporkan, klik di sini.
Lebih pelik lagi sebaik memenangi perlawanan, petugas Doping Control meluru menghampiri pasukan Malaysia kononnya untuk melakukan ujian saringan penyalahgunaan dadah terhadap pemain.
Mujur tindakan mereka itu dihalang, saksikan klip video di bawah.
Kejadian sama juga berlaku sewaktu Nur Suryani Mohamed Taibi memenangi pingat emas dalam acara menembak pada 15 November lalu.
Saya berpeluang merakamkan kejadian terbabit.
Sewaktu skuad bola sepak Malaysia memasuki stadium di Jakarta, penonton bersorak ...
"Malaysia maling! Malaysia maling!"
'Maling' ertinya mencuri.
Utusan Online melaporkan, klik di sini.
Lebih pelik lagi sebaik memenangi perlawanan, petugas Doping Control meluru menghampiri pasukan Malaysia kononnya untuk melakukan ujian saringan penyalahgunaan dadah terhadap pemain.
Mujur tindakan mereka itu dihalang, saksikan klip video di bawah.
Kejadian sama juga berlaku sewaktu Nur Suryani Mohamed Taibi memenangi pingat emas dalam acara menembak pada 15 November lalu.
Saya berpeluang merakamkan kejadian terbabit.
Perhatikan secara teliti gadis bertudung berdiri di sebelah kiri, memakai vest sama seperti dipakai oleh beberapa individu disiarkan oleh TV3 malam tadi.
Disgusting!
Perasaan hasad dengki tidak perlu ditampilkan secara semberono sehingga memperlihatkan kebodohan.
Ingat, manusia ditekan keterlaluan mampu BERSATU dan BANGKIT dengan semangat lebih kental.
Ayo! Malaysia juga bisa!
Bisa menewas sekaligus memalukan skuad Garuda Muda di hadapan lebih 70,000 penyokong kelihatan bak gelora di Stadium Utama Gelora Bung Karno.
..bangga kerana kita jadi JUARA di kampung mereka.....
BalasPadamAlhamdulillah..
Tahniah buat semua MALAYSIAN....
smti..
BalasPadamnegara je besar.. tapi pemikiran rakyat tak berapa nak besar... macm tu la jadinya..
nampak sangat tak puas hati kita menang.. dah kalah buat la cara kalah. pastu kenapa drug test tu 1 sided je? test la pemain dia jugak.
BalasPadamindonesia perlukan reformasi kali kedua... tukarkan pucuk pimpinan yang lebih rasional, yang tahu mana yang lebih penting - nama yang gah atau kemaslahatan rakyat yang lebih terpelihara.
BalasPadamTahniah untuk pasukan Harimau Muda yang bertungkus lumus di atas padang..
BalasPadamTahniah juga untuk semua penyokong yang mendoakan kejayaan Malaysia..
Alhamdulillah...
apa yang malaysia curi dari Indon tu ? ape je yang diorang ade ? bersyukur sgt Malaysia menang semalam ... alhamdulillah
BalasPadammmmm mmg dasar betul....
BalasPadamsyukur Alhamdulillah.. berkat usaha dan kerjasama semua pemain dan doa rakyat Malaysia akhirnya Malaysia bergelar juara hingga mampu menutup mulut mereka.. puasnya rasa hati ni walau hakikat mereka memang tak pernah puas dengan kita..
BalasPadambarangkali mereka sejak lahir dah terbiasa hidup dalam suasana kurang bersih, makan makanan yg kurang bersih, mandi air yg kurang bersih, bercakap dalam bahasa yang kurang bersih lantas sukar bagi mereka membersihkan cara berfikir bagi mewujudkan pergaulan dan ukhwah yang bersih...
BalasPadamyg ada dlm fikiran mereka ialah tewaskan lawan secara kotor (biarpun sanggup menggadai nama Islam)..
teringat kata2 pembantu kedai saya suatu waktu dulu bila ditanya mengapa dia sanggup mengkhianati saya sebagai majikannya yang dia takkan jumpa sebaik saya lagi,
dia seorang rakyat Indonesia, katanya : org2 sana tak kira dari peringkat mana sekalipun mmg sanggup tikam belakang demi kelangsungan hidup. Motto mereka ialah "POKOKNYA SIAPA YANG LEBIH PINTERRR AKAN MAMPU NAIK KEATAS"!
SAYANGNYA PINTER YG DIJADIKAN PEGANGAN HIDUP IALAH PINTER UNTUK MELOLOSKAN DIRI SENDIRI TANPA BELAS KASIHAN WALAUPUN PADA ORANG YANG PERNAH BERJASA DAN BERBUAT BAIK KEPADANYA...
maaf, ini pengalaman saya sendiri dan komen pada perenggan pertama hanya pandangan 1 sen saja dari saya...
ubahlah cara berfikir demi kebaikan dirisendiri kalau pun bukan utk org lain..jangan selalu suka memijak sebelum diri sendiri akan dipijak-pijak...jangan hanya gunakan perkataan kita serumpun hanya disaat2 diri terdesak...
SMTI.
BalasPadamGaruda dibaham HARIMAU. TERBAIKKKKK
moto sukan SEA indonesia tidak mencerminkan semangat bersukan....mereka semua tidak sedar bahawa mereka bukan negara berstatus maju...Orang indon yg berhijrah ke sini pun ckp Malaysia adalah negara lebih selesa dari negara mereka sendiri...tambahan lagi...org indon dok kt Malaysia ni ada jgk yg menyokong Skuad Harimau Muda yang menang bola sepak semalam...
BalasPadamalhamdulillah.. kemenangan pasukan Harimau Malaya tercapai... doa dan harapan warga Malaysia juga dimakbulkan..
BalasPadamlaporan yg lngkap!
BalasPadamwhatever it is, we won the game..!congrats malaysia!
terbaik la entry ni. aku masih tengiang2 kita menang semalam. tahniah skuad harimau muda!
BalasPadamIndonesia kena terima hakikat kekalahan bukan dengan hasad dengki siap nak buat ujian air kencing..kalau nak buat, buat sekali kat player Indonesia...Kalau diorg menang for sure tak terjadi pasal isu ni tapi disebabkan diorg kalah tu yang timbul isu dadah..Nape sebelum masuk Indonesia tak buat...Bengong betul diorg ni...
BalasPadamSMTI-
BalasPadamTAHNIAH UTK SEMUA ATLIT SUKAN SEA...
Tahniah harimau muda dapat mengalahkan garuda...Indonesia byk sgt pemain importnye xoriginal lgsung....
BalasPadamPower without control is nothing..
BalasPadamCongrats Harimau Malaya!!
pagi ni pegi keje ngn snyum lebar n hepi sbb mlm td dpt tgk kejayaan malaysia baham garuda yg ada sampai 100ribu lebih tu kn... huhuhui.
BalasPadamnaper lah dengki sgt nk bt ujian air kencing bagai...kalu indon yg menang ada ke nk bt gitu...mentaliti diaorang mmg payah nk di tukar
Tahniah, buat pasukan bolasepak Harimau muda yg mempertahankan maruah negara dgn memberikan kemenangan kilauan emas buat kita.Mereka adalah wira negara yg berjuang dgn kemampuan fizikal dan mental yg hebat berhadapan dgn tekanan serangan pasukan Indonesia serta provokasi dari ribuan penonton mereka yg fanatik...sememangnya mereka layak diberi penghormatan.
BalasPadamsorakan Malaysia maling daripada penyokong Indonesia membawa padah kepada diri sendiri kerana ternyata Malaysia berjaya "maling" dan membawa pulang pingat emas bola sepak ke tanah air.
BalasPadamsyabas Harimau Muda...
mak saya yang tak pernah layan bola pun asik duk doa moga Malaysia menang sebab diaorang tu sangat kurang ajar..Alhamdulillah kemenangan yang sangat berbaloi untuk Malaysia.
BalasPadamalhamdulillah!! Malaysia Menang! INDONIANS kena terima hakikat Malaysia lebih baik dari INDON..
BalasPadamaku suka sepak bola indog kalah!
BalasPadamSetelah anakku di dera oleh indon ni...sampai bila2 pun kepercayaan pada indon dah tak ada dalam kamus hidup aku...baik di depan tapi menikam kita dari belakang...
BalasPadamWould like to congratulate Malaysian football team to SEA Games. Jadikan paparan sifat berdengki tu sebagai pengajaran untuk kita semua *especially orang Melayu termasuk saya juga* iktibar supaya kita tak jadi seperti mereka. Keep supporting and rooting for the Malaysian team *tak kisahlah acara apa pun* although they may in the future unable to perform as good as yesterday. Jangan disanjung bila menang, dipijak bila kalah. Malaysia memang boleh! :-)
BalasPadamsedeh melihat 2 gambar yg menunjuk pihak polis mengangkat penyokong mereka samada pengsan@mati tu. Tak nampak semangat@istilah bagi penyokong2 mereka yg lain tu utk membantu.Tiada rasa tanggungjawab utk membantu sesama manusia.
BalasPadamSebenarnya apa yg di laungkan oleh cogan kata sukan Sea di Indonesia ni adalah sia sia serta tidak di amalkan oleh pihak pengrusan Indon mahupun rakyatnya.Saya setuju dengan apa yg di katakan oleh rakan rakan komen di atas bahawa rakyat Indon adalah bangsa yg lemah mental serta tidak boleh maju untuk akan datang.Di sebabkan kelakuan yg buruk serta melampau yang di tunjukkan.Amatlah hairan melihat pemimpin tertinggi Indonesia tidak dapat mendidik rakyat mereka dengan baik.Kepada Atlet Malaysia syabas di ucapkan.Begitu juga pasukan bola kita.Memang luarbiasa yg saya rasakan,di mana pasukan Harimau muda dapat menyerap serangan propaganda yg di lakukan oleh penonton penonton Indonesia yg tak bertamaddun.Permainan yg cantik serta rilex..tak seperti senior senior mereka sebelom ini dalam tahun 90an..kekalkan sikap dan permainan yg cantik..Insyallah..skuad harimau muda akan dtg,bertambah maju serta di geruni
BalasPadamSMTI....gigil mlm tuh bila tgok indonesia mempermainkan lagu NEGARAKU...grrrrr.....apa2 pun..garuda dah kena ngap...!! hahaha...puas hati..!!
BalasPadam