Lebih 400 sukarelawan Sukan Sea 2011 di Palembang berkumpul di hadapan Pusat Media Utama di Jakabaring, Sumatera Selatan, Indonesia.
"Kira-kira 1300 sukarelawan diberhentikan hari ini melalui SMS malam tadi walhal kontrak kami sepatutnya tamat pada 22 November ini, maksudnya tiga hari lagi, bukan saat ini," jelas Yogi Vitagora kecewa.
Tambah Yogi, semua sukarelawan membantu melicinkan perjalanan Sukan Sea sejak 7 November lalu.
"Kami menerima gaji 200,000 sehari dan kami inginkan transparensi. Atas dasar apakah mereka (INASOC) memberhentikan kami? Mereka juga harus membayar gaji kami," ujar Yogi lagi.
"Majoriti sukarelawan ini mahasiswa dan mahasiswi. Gaji mereka 200,000 (RM70) tetapi sebilangan mendakwa mereka hanya menerima sekitar 170,000 sahaja sehari sebab ada pihak didakwa mengambil komisyen 30,000 bagi setiap sukarelawan setiap hari," terang kenalan dari Malaysia.
Jam 10.20 pagi tadi, Yogi selaku wakil semua sukarelawan dibenarkan untuk bertemu wakil INASOC.
"Saya pada dasarnya tidak mengetahui berhubung pemberhentian ini. Apapun, kita semua telah bekerja keras menjalankan Sukan Sea ini dan saya memohon agar bapak dan rakan lain dapat menunggu selepas tengah hari. Berikan saya masa untuk mengajukan persoalan ini kepada bapak ketua terlebih dahulu," ujar wanita wakil INASOC.
"Goyang Indonesia!," kata sukarelawan berdiri berhampiran saya di ruang legar Pusat Media Utama.
Pihak polis dan tentera terpaksa berada di sekitar pintu masuk Pusat Media Utama bertujuan memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku.
"Jika tuntutan kami tidak dipenuhi dan penjelasan tidak diberikan, semua sukarelawan akan berhimpun kembali di sini," terang Yogi.
Saya yakin semua media tempatan dan asing berada di lokasi membuat liputan berhubung kejadian tidak dijangka itu.
Untuk rekod, petugas media terpaksa berjalan jauh untuk ke lokasi pertandingan di dalam Kompleks Sukan Jakabaring kerana kenderaan berpelekat diberikan penganjur tidak dibenarkan memasuki kompleks terbabit.
"Aku setiap kali membuat liputan di venue terpaksa menapak. Naik beca dan van berasak-asak dengan orang ramai, public. Apabila masalah ini diajukan kepada Gabenor, dia hanya memohon maaf. Katanya Palembang baru kali pertama menganjurkan Sukan Sea," ujar rakan media semalam.
Baca betapa jerihnya pengalaman saya untuk ke lokasi sama tempoh hari, terpaksa menaiki beca sempit buruk dan van hampir roboh, di sini. Petugas media juga terpaksa duduk di lantai Pusat Media Utama kerana kerusi disediakan tidak mencukupi di samping dihidangkan mee segera dan pempek keras.
Hemat saya, jika keluhan petugas media asing tidak didengari oleh INASOC, biarlah pihak terbabit dibambu oleh sukarelawan mereka sendiri.
Sukarelawan akan kembali ke Pusat Media Utama pada jam 10 pagi esok untuk mendapatkan penjelasan INASOC.
Media Indonesia juga memaparkan berita berhubung kes sama di sini, di sini dan saksikan video klipnya di sini.
KEMAS KINI
Sukarelawan akan kembali ke Pusat Media Utama pada jam 10 pagi esok untuk mendapatkan penjelasan INASOC.
KEMAS KINI ++
Media Indonesia juga memaparkan berita berhubung kes sama di sini, di sini dan saksikan video klipnya di sini.
rakyat sendiri tertindas...
BalasPadamkomisyen 30,000 bagi setiap sukarelawan setiap hari !!!!! ini telah menjadi tradisi dan budaya Indon mmg cekap ambil peluang, jgn percaya sgt dengan indon ni . . depan kite baik belakang habis kita dicaci cerca. Serumpun taik kuching adalah . . .
BalasPadamsaya setuju pandangan neknak tu
BalasPadamindon oh indon!!!sistem pengurusan yg teruk!!
BalasPadamsemoga abg dapat buat liputan kat Stadium Gelora Bung Karno masa final Indonesia vs Malaysia nanti..
BalasPadamsmti...
BalasPadam