Rabu, November 23, 2011

DEMONSTRASI DI INDONESIA BAK MAKAN NASI

Gambar berikut saya rakamkan di Pasar 16, Palembang, Sumatera Selatan, Indonesia.


Perhatikan wajah anak kecil didukung oleh ibunya. Dia sama sekali tidak kelihatan ceria atau gembira tetapi pastinya hati anak kecil itu masih bersih.


Dia juga tidak tahu fakta sebilangan rakyat Indonesia secara terbuka bersikap anti Malaysia.

Kebencian terhadap negara kita mereka luahkan, contohnya di sini dan di sini.

Barangkali klip video di bawah baik direnung oleh semua rakyat Indonesia.


Terkini beberapa warga Indonesia berdemonstrasi, kononnya berang menuduh Malaysia membunuh orang utan.


Baca laporannya di blog Bujai, klik di sini.

Beberapa hari lalu dakwaan mereka ditayangkan di stesyen televisyen Indonesia biarpun belum tentu kesahihannya.

Pada masa sama, orang utan dilaporkan dibunuh di Indonesia, baca laporan antarafoto.com. 

Hakikatnya, orang utan adalah haiwan terancam dan harus dipelihara tetapi Indonesia juga harus bertanggungjawab menjaga kebajikan sebilangan rakyat mereka hidup melarat.

Petang tadi sewaktu menghabiskan sisa rupiah di Pasar 16 Baru Palembang, saya terlihat kelibat 2 anak kecil membawa bungkusan plastik di tangan.


Sebaik melihat saya merakamkan gambar, mereka melarikan diri dan cuba bersembunyi.


Sewaktu menunggu kenderaan untuk pulang ke hotel, anak kecil memakai baju kuning mendekati saya dan rakan.

Melihat saya, dia cuba menyelinap.

"Kemari!," panggil saya.

"Aku bukan pakai kasut," ujar Mohamad Ibrahim.

"Biar sahaja dia kilatkan," pinta saya.

Mendengar kenyataan itu, anak kecil terbabit pantas meminta Mohamad menanggalkan sandal berjenama Crocs dipakainya.


"Berapa bayarannya?," soal Mohamad.

"Tiga ribu," balas anak kecil itu.

Untuk rekod 3,000 rupiah bersamaam RM1.

"Bagilah lebih sedikit, lima ribu," celah Abdullah Sani duduk di sebelah Mohamad.


"Kamu sudah makan?," soal saya.

"Belum, dapat duit dahulu baru makan," balasnya ringkas.

Dia kelihatan bersungguh-sungguh mengilatkan sandal terbabit Menurutnya, dia berusia 10 tahun dan pendapatan hariannya 15,000 rupiah (RM4.80).


"Ayah kamu kerja apa?," tanya saya.

"Beca," ujarnya.

Sebelum ini saya dimaklumkan, purata pendapatan harian pengayuh beca di Palembang, kira-kira RM3.50, cukup untuk membeli sekilogram beras.

"Dia tidak pakai kasut ke Mad?," soal saya kepada Penerbit rancangan sukan itu.

"Dia tanggalkan tadi, hendak bagi aku pakai," jelasnya.


Namun Mohamad tidak memakai selipar usang terbabit.


Sebaik sandal kelihatan lebih berkilat berbanding sebelumnya, dia berhenti menggosok. Mohamad kemudian menghulurkan bayaran kepadanya.


Saya amat yakin di Malaysia, tiada anak kecil berusia 10 tahun bekerja sebegitu demi untuk mengisi perutnya. Justeru daripada sibuk melontarkan pelbagai tohmahan berhubung pembunuhan orang utan, lebih baik pihak berkuasa dan kelompok gila berdemonstrasi di Indonesia membantu anak kecil seperti itu.

Dia sepatutnya berada di rumah, bukan terpaksa menagih simpati di jalanan.

Di televisyen, penduduk Madura, Jawa Timur, berdemonstrasi kerana pemerintah tidak membina jambatan untuk kegunaan mereka.

Sebelum itu, demonstrasi juga tercetus di Jakarta, Indonesia berikutan tuntutan kenaikan gaji, klik di sini. Aliran trafik sediakala sesak menjadi semakin sesak akibat dibanjiri motosikal.

Kelihatannya, demonstrasi di negara jiran kita tidak ubah bak makan nasi, kejadian sering berlaku.

Sewaktu beberapa kelompok rakyat Indonesia membenci sekaligus ingin mengganyang Malaysia, sebilangan tidak.


... masih sudi mengukirkan senyuman.

18 ulasan:

  1. bukan semua rakyat Indonesia tidak menyukai Malaysia.hanya segelintir sahaja.

    BalasPadam
  2. Rozuan, tidak ada kenyataan di dalam entri ini menyatakan SEMAU rakyat Indonesia membenci.

    Read carefully, gunakan kedua belah mata.

    BalasPadam
  3. hah!.. cewek yang last skali, belah kiri sekali tu cun.. lebih cun dari gadis cleaner.. lebih cun dari gadis pulsa.. :)

    BalasPadam
  4. dimana-manapun, akibat lapar manusia sanggup berbuat apa saja....syukur nasib anak2 di negara kita masih terbela, tak perlu menjalani kehidupan seperti kanak2 10 tahun itu

    terserahlah samada kita nak mensyukurinya atau tidak...

    saya anggap entri TM ini adalah fakta dan seimbang..bukan fakta mencari pasal...

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum,
    Alangkah baiknya kalau tenaga yang diguna untuk demo tu diguna untuk bangunkan negara dan ubah tahap hidup mereka.

    BalasPadam
  6. ada pemimpin pemerintah di Malaysia mendakwa sikap segelintir orng indonesia membenci orng malaysia berpunca dari pemimpin pembangkang yg memburuk-burukkan Malaysia di Indonesia secar berterusan!!

    BalasPadam
  7. Su baru balik dr Bandung...kesian tgk rakyat diorg...bersungguh2 mencari sesuap nasi...sedih sgt...rasa bersyukur jd rakyat Malaysia...

    BalasPadam
  8. Pakcik Mazidul, saya tak kisahlah diaorang nak demo ke hapa ke. Lantaklah diaorang tu.

    Yang penting, ada sedara mara diaorang datang sini, mencuri, merompak, membunuh, menyamun orang kita. Kita demo? Kita bagi lagi muka kat diaorang tu semua.

    Yang perempuannya, molek? Ya ada yang molek (mcm gadis cleaner).

    Yang tak molek? Kerja apa? Yang kerja maid pun tak molek sebab penipu, kerja dua tiga hari, lari.

    Kita ke menganiaya diaorang tu? Dan mereka tak lapar kalau datang ke Malaysia. Tu belum cerita pi kebas anak dara bawah umur. Yang perempuan kita pun macam kebulur sangat nakkan orang Lombok. Pastu, yang orang kita nak jadik hero, sbb publisiti, pergi terhegeh hegeh pi 'selamatkan'. Sendiri yang cari penyakit, perkataan menyelamatkan tu sangat tak sesuai.

    Apapun, jangan lupa ajak gadis cleaner datang sini. Dia jadik duta pembersihan TKI. Hahahahah

    BalasPadam
  9. http://theinsideofus.blogspot.com/2011/11/pesan-damai-untuk-indonesia-dan.html


    moga nukilan singkat ni boleh jadi penyejuk hati indonesia malaysia.

    BalasPadam
  10. Tak sedar air mata menitis tatkala membaca dan menatap gambar budak berusia 10 tahun itu...Teringat anak kat rumah...Semoga nasib mereka terbela...Amin..

    BalasPadam
  11. Justeru daripada sibuk melontarkan pelbagai tohmahan berhubung pembunuhan orang utan, lebih baik pihak berkuasa dan kelompok gila berdemonstrasi di Indonesia membantu anak kecil seperti itu - terbaek

    BalasPadam
  12. Saya SANGAT BERSETUJU dengan tempelan ini. Kalau hendak berdemontrasi biarlah ada isinya, tepat kepada sasarannya-perjuangkan diri sendiri, keluarga & masyarakat - selesaikan segala titik bengik yg melanda di sekeliling anda adalah lebih UTAMA daripada membuang tenaga & bermandi peluh melonjak, mencebik, memaki-hamun sambil membakar bendera, replika boneka mahupun melempar najis ke kedutaan Malaysia.

    Kita negara serumpun, majoriti beragama Islam - maka, bukankah kasih mengasihi, sayang menyayangi sesama saudara seagama itu menjadi satu wadah pengerat silaturrahim?

    Ubahlah mentaliti - terimalah realiti. Ubati hati kerana ikutkan rasa akan binasa, ikutkan hati akan mati. Janganlah kita mati sebelum waktunya.

    Anak si pengilat kasut itu nampak naif walaupun menjadi dewasa sebelum waktunya.
    Tersentuh...

    Betapa bertuahnya anak2 kita - Disayangi oleh Ibu & Bapa sepenuh jiwa-dipenuhi keperluan sebaik yg mungkin-Menangislah anak2 ku, menangislah tanda gembira kerana kalian begitu istimewa.

    BalasPadam
  13. SMTI...org INDON nih kata apa pun...diorg xkan paham...atau buat2 x paham.....mmg x suma mcm tuh..tapi yg mcm tuh ramai....

    BalasPadam
  14. Betul tu tak semua rakyat Indonesia bencikan Malaysia krn kebanyakan mereka mencari rezeki di sini. Cuma mereka yang obses & fanatik sahaja benci dgn Malaysia tapi itupun sebab bola lah selalunya..

    BalasPadam
  15. sayu saat menatap gambar anak kecil itu menggilap kasut crocs... umur 10 tahun sudah belajar / terpaksa mencari duit demi mengisi perut...

    Oh Malaysia yang ku cintai..

    sama-samalah kita rakyat Malaysia menjaga & mengekalkan keamanan sekarang.

    BalasPadam
  16. saya pernah tinggal beberapa bulan di pulau jawa suatu ketika dahulu..dan banyak juga pengalaman saya disana..masalah mereka hampir lebih kurang sama dengan kita sekitar tahun 1950an-1970an..tetapi mereka yg dibawah pemerintahan belanda adalah lebih parah kerana mereka tidak diberikan pelajaran yg sewajarnya..

    pemerintahan belanda tidak mahu rakyat indo menjadi cerdik kerana jika mereka cerdik agak sukar untuk belanda memerintah mereka..setelah merdeka agak malang sedikit para pemimpin mereka mewarisi apa yg ditinggalkan oleh belanda..walaupun ada sedikit perubahan tetapi ianya terlalu sedikit..

    para pemimpin mereka terus melakukan apa yg dilakukan oleh belanda..korupsi menjadi darah daging..dan penyakit orang nusantara termasuk kita seperti busuk hati,hasad dengki,membodek subur sehingga kehari ini..ini semua dapat kita lihat jika kita menonton rancangan sinetron mereka...

    alhamdulillah kini orang dimalaysia agak sedikit cepat sedar berbanding mereka tetapi masih ada lagi yg begitu.mungkin inilah juga apa yg diungkapkan oleh ayat keramat Hang Tuah 'TAK MELAYU HILANG DIDUNIA'(perangai buruk itu yg tak akan hilang)..dan ada baiknya juga jika saudara mazidul dapat memberi cadangan kepada majikan saudara agar mengurangkan sedikit drama sinetron dari indo di tv3..kerana rancanganya memang tidak membina minda yg baik buat kita..

    dunia rakyat mereka dibataskan dengan dunia luar..kemudahan internet cuma ada dibandar2 besar..untuk keluar negeri pun agak payah buat mereka..urusan pasport pun kena dimulakan dengan acara rasuah dahulu..hendak keluar negeripun dikenakan cukai fiskal sebanyak rph1juta..bagaimana mereka mahu belajar atau mendapat berita yg sahih selain dari media di indo..jadi apa yg dikhabarkan akan terus dipercayai mereka..saya tidak menyalahkan rakyatnya kerana maklumat yg sahih telah dimanipulasi oleh sang politikus yg berduit bagi mengupah media mereka mengikut kehendak dan selera mereka..

    cuba kita lihat siapa sebenarnya disebalik laskar merah putih yg cuba ingin melancarkan perang dengan malaysia..mereka ialah para politikus yg sudah hilang kuasanya tetapi masih punya wang...gerakan meracuni pemikiran rakyat indo dimulakan mereka melalui media upahan mereka tanpa memikirkan kesan buruk demi mengembalikan kuasa politik kepada mereka...bermacam2 isu ditimbulkan..akibatnya kemarahan yg meluap2 rakyat indo terhadap orang malaysia yg makin serius dari hari ke hari..mereka ini tidak tahu apa2 pun..bila dalam kesusahan siapa sahaja yg datang memberikan sedikit wang,maka orang itulah yg akan disanjung..

    saya pernah bertanya kepada supir saya ketika di jawa dulu..diantara semua presiden indo siapakah yg kamu rasa bagus..katanya ialah pak harto kerana setiap hari jumaat mereka akan diberi sebungkus nasi percuma dimasjid..lalu saya bertanya kepadanya..bagaimana pula dengan hari sabtu sehingga menunggu jumaat yg akan datang ?itulah nilainya..hanya dengan harga sebungkus nasi sahaja...didalam kesempitan apa sahaja yg datang akan mereka ambil..

    saya tidak berasa hairan dengan pendedahan photo2 rumah setinggan saudara di palembang ini..kerana keadaan setinggan di jawa adalah lebih parah..beratapkan kanvas dan berdindingkan kotak kertas sudah cukup buat mereka...

    para politikus mereka menanamkan semangat nasionalis yg cukup tinggi didalam diri setiap warga indo sehingga mereka tidak mahu membuka minda mereka dan akibatnya ialah apa yg dapat kita lihat pada hari ini...

    BalasPadam
  17. malaysia bunuh org utan yg di sibukkanye..kan lg bagus pikirkan mcm mane nk naik kan taraf hidup/ekonomi negara drpd bertelagah..huh

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.