Ahad, November 27, 2011

KRU-KRUT

Tengah hari tadi saya dan keluarga pulang ke Kampung Sungai Bill, Tanjung Malim, Perak bersama kru 666, Adam.

Sebelum makan tengahari, kami meninjau pengunjung berkelah di kampung kelahiran saya itu.


Bangsar, Kuala Lumpur, tempat keluarga Adam bermastautin pastinya jauh berbeza berbanding kampung ini. Jalanraya di kampung tidak sesak, tanpa hiruk-pikuk kota raya. Di sekeliling kami, ramai berkelah sambil bermandi-manda bersama ahli keluarga, sebilangan memancing ikan.


Untuk rekod, 2012 telah diisytiharkan sebagai Tahun Melawat Perak dan Kampung Sungai Bill telah lama dikenal pasti sebagai satu daripada destinasi pelancongan di negeri sama.

"Tengok, dewan orang ramai dihempap pokok," celah Adam.

Dewan terbabit sebelum ini digunakan kumpulan menganjurkan kem motivasi.


Dua tandas awam di belakang dewan ini telah lama tidak berfungsi.


Manakala tandas di seberang sungai tidak mempunyai bekalan air justeru tidak boleh digunakan oleh pengunjung ke kawasan perkelahan ini.


Semahal atau secanggih mana sekalipun telefon bimbit, di kampung ini alat perhubungan itu hanya sekadar besi buruk kerana tiada talian mudah alih disediakan oleh operator telefon di negara ini.

Alam sekitar kaya dengan flora dan fauna tetapi sayang kerana tiada pihak mengambil pusing berhubung prasarana disediakan untuk pengunjung.

Sebelum ke lokasi terbabit, saya dan Adam berkunjung ke Kampung Orang Asli Sungai Bill.

"Johar anak lelaki Duyung. Macam mana dapat nama Duyung?," soal saya.

Johar, 40 tahun, berketurunan suku kaum Semai, junior saya sewaktu di sekolah menengah.


"Tidak tahu. Banyak lagi nama pelik lain," balasnya.

Ulat, Katak, Pinang dan Dahan antara nama orang asli generasi terdahulu di kampung terbabit.


"Sekarang kalau ada orang asli  mati, kami memang tidak berpindah-randah lagi," jelas Johar.

Mereka menganuti agama Islam dan Kristian, sebilangan atheist.

"Ya lah, sekarang ini orang asli pun sudah menyanyi lagu kumpulan Jemol, Rindu ku tiada berteman," gurau saya.


"Rumah Amran mana?," soal saya sambil Adam terus merakamkan gambar.

"Di belakang itu sahaja, pergilah panggil dia," balas Johar.

Amran anak lelaki Titoi berusia sama dengan saya, 44 tahun. Dia dilaporkan masih menyumpit binatang liar di hutan.

"Binatang apa dia selalu sumpit?," soal saya.

"Apa sahaja boleh dimakan, beruk, siamang, burung," jelas Johar.

Amran masih menggunakan getah Ipoh sebagai racun diletakkan di hujung mata buluh 'peluru' sumpit untuk melemah atau membunuh  haiwan buruan.

"Itu anak dia," celah Johar.


Sebaik dihampiri, anak gadis berusia 12 tahun baru pulang mandi di sungai itu cuba melarikan diri.


"Ayah awak dulu kawan sekolah saya. Jangan lari," pujuk saya.

Dia berhenti berjalan, pantas saya meminta Narizan memanggil ayahnya, saya jangkakan sedang berehat di rumah. Pada masa sama, saya dan Adam diiringi oleh Johar bergerak ke arah rumah Amran.

"Tengok, kalau orang tidak biasa dia akan datang dekat, mungkin bau orang itu berbeza," ujar Johar.

Saya terlihat 2 ekor anjing berdiri di sebelah kiri denai kami lalui.

"Anjing ke?," soal saya kepada Johar.

"Bukan! Itu!," katanya.


"Adam! Tolong ambil gambar babi itu," pinta saya.

Yakin, seperti saya, Adam juga tidak perasan babi hutan dianggarkan seberat 90 kilogram sedang duduk berehat berhampiran kami.

Amran keluar dari rumah, datang mendekati kami.


"Apa nama dia Amran?," tanya saya.


"Kru-krut," balas Amran ringkas.


"Mengapa nama dia kru-krut?," soal saya hairan.

"Sebab bunyi dia kru-krut! kru-krut!," jelas bapa kepada 4 anak itu.

Seorang daripada anak lelaki Amran, berusia 17 tahun, meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya di jalan besar berhampiran kampung.

"Apa beza daging babi hutan berbanding daging babi dipelihara?," saya cuba mendapatkan penjelasan.

"Babi hutan kurang lemak. Lebih kurang macam daging ayam kampung berbanding ayam telor. Ayam kampung lemak dia kurang," kata Amran.

Tambahnya, dia memelihara kru-krut sejak 4 tahun lalu.

"Dia anak bongsu, terjumpa masa saya memburu di dalam hutan. Emak dia lari, tinggalkan dia dan saya ambil dan bawa balik," jelasnya.

Kisah kehidupan kru-krut tidak ubah bak tragedi menimpa sebilangan bayi ditinggalkan ibu mereka setelah dilahirkan.


Sebelum ini setiap kali terserempak, Amran cuba mengelak daripada berbual.

"Awak orang TV, kita siapalah," alasan dikemukakannya.

Barangkali kini dia tahu, apa pun kerjaya kami, persahabatan selama lebih 37 tahun tetap akrab. Hanya lokasi kami tinggal menjadi faktor pembeza.

Sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah, saya merakamkan gambar Adam di jalan masuk ke kampung. 


 Wow! Tangan siapakah itu?


"Kami berasal dari Medan, Indonesia, bekerja di Shah Alam," ujar gadis berbaju hitam.

Mereka juga datang ke Kampung Sungai Bill untuk berkelah dan merakamkan gambar bersama Adam sebagai kenang-kenangan.

15 ulasan:

  1. 1. cantiknya Sg Bill...ada pacat tak?
    2. wow pusaran air sungai tu ada ong eh, macam no 8
    3. erk alamak...panjangnya muncung krut-krut.
    suka tengok gambar anak babi hutan, cantik...

    BalasPadam
  2. Smti

    hajat nak ke sg bill satu hari nanti..

    Gerun sy tgk muncung si kru-krut tu...

    BalasPadam
  3. Baru 2 bulan. Tunggu la lagi setahun dua mungkin Celcom, Maxis, TM CDMA akan sampai ke Kg Sungai Bill.

    Jika En Mazidul rajin, bolehlah membuat ujikaji mendapatkan talian 3G menggunakan yagi external antenna menghala ke Behrang pasang atas bumbung.

    BalasPadam
  4. Salam Mazidul

    Suka baca blog tuan, baru kali ini cuba beri pendapat.

    Kemudahan asas seperti tandas awam, dewan orang ramai dan sebagainya seharusnya orang-orang kampung sama-sama turut menjaganya.

    BalasPadam
  5. Saad, Kampung Sungai Bill, seperti saya catatkan, diklasifikasikan sebagai satu daripada destinasi pelancongan di negeri Perak.

    Prasarana disediakan harus turut sama diseleranggarakan oleh pihak mengisytiharkan kampung itu sebagai lokasi perkelahan.

    ... bukan sekadar lepas tangan begitu sahaja.

    Kes pokok tumbang, contohnya, kejadian semulajadi bukan berada di bawah kawalan orang kampung.

    Setelah lebih 2 bulan, keadaan masih seperti gambar dipaparkan.

    Mana pergi Majlis Daerah Tanjung Malim?

    Kerja bak melepaskan batuk di tangga, begitulah jadinya.

    BalasPadam
  6. salam bro. saya org tanjung malim jugak, saudara mara belah ibu asal dari kampung ulu slim tu. masa kecik dulu memang selalu naik bas mogah ulang alik tg malim ke kg ulu slim dan sg. dara ikut arwah moyang saya wan tinah bt. wan abu bakar. dah lama sgt tak ke sana dan mandi di sg. bil ni. dulu belajar berenang dengan abah saya di situ dan hampir lemas dibuatnya. masa tu kalau jala ikan di situ memang penuh sebakul dua, tak pun di sg samak dan sg bernam kat tg malim tapi skrg susah nak dpt ikan. ok la bro nanti saya usulkan perkara ni pada mak saya s/u wanita UMNO sbb dia kerja ngan ds shahrizat dan datuk hamidah osman adun sg rapat. harap2 kemudahan2 tu akan diperbaiki nanti insyaAllah amiin.

    BalasPadam
  7. haha, Menarik kali ini bro.. bertuah Adam.. Mr J nak ke sana jumpe dan ambik gambar bersama Krut-Krut.

    www.pengerindu.com

    BalasPadam
  8. memang menarik sungai dia..best je tengok..papepun tengok sini.. jaga kesihatan http://terubukbakar.blogspot.com/2011/11/kepada-penggemar-sardinberhati-hati.html

    BalasPadam
  9. Saudara Mazidul...jika 'krut-krut' yg dilihat di situ adalah satu perkara biasa..kerana namanya ialah babi hutan..dan tentunya habitatnya di sekitar hutan...

    tetapi jika saudara ingin melihat krut-krut ini dengan banyaknya berhampiran dengan bandaraya Kuala Lumpur silalah ke Bukit Antarabangsa pada waktu tengah malam...

    akibat dari penebangan hutan yg berleluasa di sekitar hutan di Hulu kelang ini,kini babi hutan ini dengan mudah boleh kita lihat di taman-taman perumahan disini..habitat mereka telah dimusnahkan atas nama pembangunan..pernah saya terlihat babi hutan ini berlegar2 di hadapan surau bukit antarabangsa..

    BalasPadam
  10. Satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Tak sangka Malaysia mempunyai tempat seperti Sg Bil.

    Terima kasih kerana sudi menjemput saya pulang ke kampung abang.

    BalasPadam
  11. mcm syok je bela kru-krut .haha.
    tp mmng best bekelah dkt sungai bil ni.

    BalasPadam
  12. dulu penah ikot kem anjuran sekolah kt sg bill
    teringat aktiviti masak telo dlm tanah tepi sg bill....
    kenangan~~~~

    BalasPadam
  13. Indahnya persahabatan,biar siapaun,biar status apa pun,sahabat tetap sahabat,namun ada juga sahabat lama bila terjumpa dimana2,hatta yang baru terjumpa sekalipun...ada lagi yang masih melihat status kedudukan masing-masing...sedihhh

    sepatah kata Adam...awak orng Tv..saya ni siapalahh

    BalasPadam
  14. Salam
    Amran rakan sekelas saya di tingkatan 3 atau 4 di smjk. Bila cikgu BM masuk, Amran mesti kena baca untuk melancarkan bacaan. Terima kasih kerana berkongsi berita.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.