Setelah 5 hari berada di Palembang, saya masih belum bertemu gadis seseksi Zarina Anjoulie seperti terpapar di majalah FHM Indonesia.
Gambar Zarina saya kecilkan sedikit agar semua anggota tubuhnya kelihatan lebih kecil. Pembaca tidak perlu merenung gambar dipetik dari majalah FHM itu secara teliti biarpun kini majalah sama dipasarkan kepada lebih 235 juta rakyat Indonesia.
Di Palembang, saya hanya berpeluang bertemu warga hidup miskin dan berpendapatan sederhana sahaja. Namun mereka masih mampu membeli baju dan coli untuk menutupi badan.
Lihat gambar di bawah.
Ibu bapa bayi di atas barangkali hidup sederhana, jika tidak semestinya mereka tidak sanggup menunggang motosikal sambil mengendongnya sedemikian rupa.
Menakjubkan, ibunya masih mampu berpakaian bersesuaian di khalayak ramai.
Anak kecil dipercayai dilahirkan di dalam keluarga miskin di bawah pasti teruja jika berpeluang melihat aksi Zarina. Biarpun di bawah umur dan berpendapatan tidak seberapa menjual koran (surat khabar), dia masih berpakaian sempurna.
Cuma berkaki ayam seperti rakan lain, menjadikan jalanraya di bandar Palembang halaman mereka bermain dan mencari rezeki.
"Kami mendedahkan kaki biarpun terpaksa berjalan berulang-alik di atas laluan panas kerana tidak mampu membeli sepatu, dia (Zarina) mendedahkan hampir segalanya, untuk apa?"
Barangkali itu antara soalan terlintas di fikiran mereka jika terlihat gambar Zarina di kedai menjual majalah di Palembang.
Barangkali itu antara soalan terlintas di fikiran mereka jika terlihat gambar Zarina di kedai menjual majalah di Palembang.
Kaki tanpa sepatu itu pasti nya lebih mulia dari tubuh yang didedahkan tanpa tujuan kebaikan.Hina sungguh.
BalasPadamyang ni pun sama gak bro
BalasPadamhttp://www.zuarxpdc.com/2011/11/gambar-fesyen-berani-mati-terbaru-fasha.html
fesyen mak tiru hollywood dah.>_<
Smti
BalasPadamDia mendedahkan jugak akalnya yang sempit...
BalasPadammakin ramai yg nak menegakkan "hak asasi manusia" smpai terlupa hak Allah.
BalasPadamsmti. kiasan sungguh
BalasPadamCakap lah macam mana hina keji sekalipun, zarin an julie ni hati dia dah tertutup. Orang bagi respons dia wat tak layan je. Tak faham betul.
BalasPadamSMTI
BalasPadamartis malaysia nak maju setanding dgn artis hollywood...so kenalah dedah2...insaflaa yer..
BalasPadamsaya tak kenal pun zarin ni.. kenape semua sibuk nak komen pasal dier? saya rasa yg lagi penting dalam post ni adalah betapa susahnya hidup orang disini.. saya pelajar malaysia yg tinggal di medan.. sedih sgt melihat anak-anak jalanan.
BalasPadamlawa lagi neelofa.ha2
BalasPadam