Rabu, November 09, 2011

10 SEN

Hari ini RM50.40 didepositkan ke dalam akaun 666 untuk dibelikan bantal.

"Salam, saya sudah transfered RM50.40 (40 sen itu, 10 sen seorang daripada suami, 2 anak dan emak saya). Teruskan usaha kalian, kami sekeluarga sentiasa menyokong" - Pembaca blog dari Shah Alam, Selangor.

Setakat ini pembaca menyumbang di antara 10 sen dan RM500 untuk PROJEK BANTAL, enggan nama mereka disiarkan di sini. Samada diumumkan atau tidak, saya percaya semua menyumbang secara ikhlas biarpun keikhlasan itu tidak dapat dilakarkan di kaki langit. 

666 ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pembaca prihatin.

Untuk rekod, blog ini dibaca oleh purata di antara 10,000 dan 12,000 pelawat sehari. Jika setiap pembaca menyumbang 10 sen, pasti kita mampu membelikan kelompok gelandangan terbabit lebih daripada 100 bantal.

666 turut menjemput semua penyumbang tinggal di Lembah Klang untuk turut serta sewaktu pengagihan bantal di Kuala Lumpur, InsyaAllah bakal dilangsungkan pada penghujung bulan November ini.

Kenalan saya, Pengarah Urusan Percetakan Nasional Malaysia Berhad, Izham Yusof telah menyatakan kesedian barangkali bersama beberapa kakitangan beliau untuk turun ke lokasi sasaran dan  bersatu dengan kru 666 untuk mengagihkan bantal kepada kelompok gelandangan.

Manusia berilmu dan berpangkat tinggi, sanggup bersama kami melaksanakan impian dirancang, Alhamdulillah. Saya yakin lebih ramai lagi kenalan ahli korporat bakal menyokong samada dalam bentuk material atau moral.

Tidak semua kita kaya dan hidup mewah tetapi hakikatnya kita semua berupaya membuka peluang kepada golongan gelandangan untuk tidur lebih selesa hanya dengan sumbangan kecil dan termampu.

Berikut respon pembaca blog, berusia 48 tahun berasal dari Pahang, menyumbang RM500, dijemput ke lokasi.

"Mungkin saya tidak segagah tuan semua, teruskan usaha kebajikan, semoga diberkati"

Kami tidak gagah, cuma berkongsi niat bersama tuan. InsyaAllah akan kami laksanakan sebaik mungkin misi membantu golongan secara terang-terangan memerlukan ehsan kita semua, biarpun sekelumit.

Ringkasnya, semua penyumbang enggan nama mereka dipaparkan di blog.

Dua kru 666, Adam dan Farid berbeza.

Mereka kini menawarkan perkhidmatan rawatan selepas pembedahan kepada pesakit di Lembah Klang.

"Sekarang kami ada 3 jururawat untuk pergi ke rumah pesakit. Antaranya mereka boleh membuat rawatan susulan luka, menguruskan pesakit menggunakan tiub untuk membuang air kecil dan besar dam pelbagai lagi dengan bayaran berpatutan," ujar Farid kepada saya.


Berikut gambar Adam dirakamkan sewaktu minum petang di Restoran Bestari Maju, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor, petang semalam.


"Tolong bagi pose untuk bakal pelanggan," pinta saya.


Biarpun bagaimana sekali penampilan Farid dan Adam, bagi saya, kedua kru 666 itu memiliki hearts of gold. Dedikasi mereka sewaktu menjalankan tinjauan bersama kru lain ke pelbagai lokasi sebelum ini tidak mampu saya sangkal.


Mereka berani, bijak menghormati orang lain dan paling penting mampu berkomunikasi dengan baik. Saya seratus peratus yakin mereka dan 3 jururawat bekas pelajar Segi College itu berupaya memberikan perkhidmatan terbaik kepada pesakit memerlukan rawatan.

Sebarang pertanyaan berhubung perkhidmatan ditawarkan, sila hubungi Adam di talian 017 689 8639 atau Farid di talian 017 605 2290.

Jam 9 pagi ini, saya akan berangkat ke Palembang, Indonesia untuk membuat liputan di Sukan Sea 2011, doakan perjalanan saya selamat pergi dan kembali. 

Sila hubungi Razali Harun di talian 016 231 5812 atau melalui emel, razarro@yahoo.com jika terbuka hati untuk menghulurkan sumbangan.

Thank you from the bottom of my heart.

5 ulasan:

  1. TAHNIAH kepada adam dan farid... semoga berjaya dan sukses dengan bidang kerja anda!

    BalasPadam
  2. sedikit sumbangan ikhlas dari saya untuk projek ini.. semoga dapat membantu semua... en razali boleh check email razarro@yahoo.com

    BalasPadam
  3. syabas buat Farid dan AVA.. teruskan usaha murni anda..tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima....

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.