Khamis, November 10, 2011

PERTEMUAN PERTAMA DAN TERAKHIR (BERITA SEDIH DARI PALEMBANG)

Jam 7 pagi, 9 November, saya berada di Lapangan Terbang Antarabangsa KL.


9.40 pagi, di udara menuju ke Jakarta, Indonesia.


Transit di ibu negara Indonesia.


Terbang semula bersama 15 kakitangan Media Prima.


Mendarat di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Badaruddin II di Palembang pada jam 3.05 petang.


Sebelum saya keluar dan berdiri di hadapan pintu masuk utama lapangan terbang terbabit, pada jam 3.15 petang, bahu saya ditepuk dari belakang oleh lelaki bermisai tebal.

"Duduk di hotel mana?," soal beliau.

Kami berjabat tangan.

"Zuri Express Hotel," jawab saya.

Nama 'Harun' tertulis di vest dipakai oleh beliau.

Beliau kelihatan gembira sewaktu memperkenalkan diri sebagai kakitangan Majlis Sukan Negara dan bersembang meriah biarpun itu kali pertama kami bertemu.

Berikut gambar beliau ketika berbual bersama pengulas dan pembaca berita sukan TV3, Abu Bakar Atan, saya rakamkan pada jam 3.22 petang.


Berikutan sikap peramah ditampilkan, saya merakam beberapa lagi gambar beliau.


Beliau juga kelihatan amat gembira sewaktu menerima starter pack percuma kad SIM Simpati di lokasi sama.


Jam 9 malam tadi saya bersembang ringkas bersama kakitangan Unit Sukan, Jabatan Berita TV3, Abdullah Sani dan dimaklumkan berita sedih.


"Masa kita keluar dari airport tadi, arwah masih lagi di dalam. Dengarnya beliau collapsed dan kemudian meninggal dunia," ujar Abdullah.

Berikut gambar disiarkan akhbar Kosmo!


Beliau dilaporkan menghembus nafas terakhir kira-kira jam 6 petang, waktu Palembang di Hospital R. S Myria.

Sebaik saya memaparkan berita itu di Facebook, bekas anak murid beliau, Rodziah Saad memaklumkan nama arwah, Harun Osman.

Berikut gambar profil Facebook arwah.


Rodziah mencatatkan jenazah bekas gurunya itu berkebarangkalian besar akan tiba di Malaysia petang esok dan akan dihantar ke Alor Setar, Kedah.

Tidak terjangkau dek akal, pertemuan singkat kali pertama terbabit, pertemuan terakhir saya bersama arwah.

Wartawan sukan Media Prima di Palembang sedang mendapatkan perkembangan berita terkini berhubung kes ini dan InsyaAllah informasi itu akan saya kongsikan di tampalan seterusnya. Apapun, mewakili semua kru sukan Media Prima membuat liputan Sukan Sea 2011, saya merakamkan takziah kepada semua ahli keluarga arwah.

Al-Fatihah.

17 ulasan:

  1. Innalillahhiwainnailaihirojiun. Semoga rohnya bersemadi dengan aman bersama mereka yang beriman dan beramal soleh. Al Fatihah.

    BalasPadam
  2. Ajal menjemput tidak mengira tempat & waktu - Kematian adalah pasti, itu janji Allah SWT.

    Buat keluarga, memang akan terasa kehilangan yg susah hendak diceritakan, namun bersabar, redha & doa kalian adalah hadiah terbaik buat si mati.

    Al-Fatihah.

    BalasPadam
  3. kadang2 ... Allah menentukan pertemuan.... buat kita ingati .. dan sebagai peringatan buat kita yang hidup. Bila tiba panggilanNya .... kita akan segera dijemput .... tidak dikira dimana kita ..

    Takziah buat keluarga Allahyarham ....

    Al Fatihah ...

    BalasPadam
  4. Innalillahhiwainnailaihirojiun....
    alfatihah...

    SMTI

    BalasPadam
  5. takziah pada keluarga En. Harun. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan yang soleh. Al-Fatihah

    BalasPadam
  6. Innalillahhiwainnailaihirojiun. Semoga rohnya bersemadi dengan aman bersama mereka yang beriman dan beramal soleh. Al Fatihah.

    BalasPadam
  7. Innalillahi wa inna ilaihi roji'uun. Al-Fatihah

    BalasPadam
  8. al-fatihah dam takziah kepada keluarganya...

    BalasPadam
  9. Innalillahhiwainnailaihirojiun, smti.

    BalasPadam
  10. Innalillah...besar hikmahnya abang tangkap gambar banyak2...itu saat-saat terakhir arwah senyum...

    BalasPadam
  11. Salam takzaih buat keluarganya .. moga ditempat kan dikalangan org beriman .. macam2 kejadian di palembang ni

    BalasPadam
  12. AL-FATIHAH..WAJAH KEGEMBIRAAN TERUKIR DISAAT2 AKHIR.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.