Sabtu, November 19, 2011

KISAHKAH MEREKA?

Sejak menjejakkan kaki di Pusat Media Utama, Jakabaring, Palembang, Sumatera Selatan, Indonesia, mata saya tidak pernah lekang memantau kegiatan penghuni beberapa rumah di hadapan Pusat Media Utama terbabit.


Entri pertama berhubung mereka saya catatkan pada 16 November lalu, baca di sini.

Petang semalam, saya mendekati kawasan penempatan terbabit. Dari satu sudut saya rakamkan kedudukan sebenar 2 rumah terbabit berbanding lokasi Pusat Media Utama, premis menempatkan lebih 2,000 petugas media.


Rumah dimaksudkan terletak di  tebing kiri manakala bangunan di sebelah kanan, Pusat Media Utama.


Kini kawasan sekitar sungai, berhampiran jalan utama didirikan gerai menjual pelbagai jenis cenderahati Sukan Sea 2011.

Berikut antara gambar berwarna-warni saya rekodkan.


Barangkali aspek kebersihan tidak begitu dititik beratkan di sini. 
 

Struktur dicat biru di sebelah kiri gambar di atas, kedai makan.


Saya difahamkan, tiada  pihak berkuasa tempatan di Palembang untuk mengutip sampah seperti di Malaysia. Hanya mereka berkemampuan membayar syarikat swasta untuk mengangkut sampah.

Melangkah perlahan, saya bergerak ke belakang kedai makan terbabit dan terserempak dengan empat anak kecil.


Mereka berkongsi laman permainan bersama kambing.


Sebelum ini saya kongsikan entri berhubung pendedahan usaha pihak penganjur Sukan Sea 2011 menutup 'pemandangan kurang indah' di jalan utama Palembang, klik di sini.

Terfikir, mengapakah penempatan boleh dianggap mencemarkan pemandangan di hadapan Pusat Media Utama itu tidak ditutup?

"Itu tanah milik persendirian pak justeru tiada siapa bisa mengusir mereka," ujar rakan dari Indonesia.

Kenyataan itu menjelaskan segalanya.

Kisahkah empat anak kecil hidup dalam kedaifan terbabit jika Indonesia meraih kesemua pingat emas dipertandingkan di Sukan Sea dianjurkan dengan perbelanjaan lebih RM50,000,000 itu?


Entah.

Tetapi mereka masih melompat kegembiraan, pose istimewa untuk dimuatkan di blog ini.


Di sungai sama, gadis remaja kelihatan sopan bebas mandi  tanpa mempedulikan semua kegiatan berlangsung di sekitar.


Pedulikah dia berapa banyak pingat emas diraih oleh negaranya?

7 ulasan:

  1. kagum juga... sebab sungainya masih bersih dan masih boleh menjadi tempat mandi... kalau di Malaysia???? sungai apa di bandaraya KL tu yang sanggup orang turun mandi????

    BalasPadam
  2. Budaya pengotor, penyangak di bawa ke Malaysia,
    Rakyat malaysia di anggap seteru ketat di bumi mereka tp jika bencana rasa nya sukarelawan M'sia yang bersabung nyawa membantu, tidak pernah gagal walaupun terpaksa menerima caci maki

    SAYANG MALASIA OH TANAH AIR KU!

    BalasPadam
  3. antara realiti dan fantasi yg direalitikan tp tidak menjadi...

    BalasPadam
  4. Teringat tengok liputan sukan kat India dulu,lupa sukan apa,mereka juga buat penghadang yang sama untuk mengelakkan orang asing terpandang permandangan buruk disebalik penghadang itu.Semoga kat Malaysia tak perlu buat camtu.

    BalasPadam
  5. Menginsafkan diri. Sesungguhnya begitulah realitinya kehidupan. Di balik bangunan mencakar langit, di balik ketawa senak perut bernafsukan makan masih ada pondok-pondok kecil yang manusianya hidup serba kekurangan ..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.