Khamis, November 17, 2011

MUSI

"Saya cakap kepada orang rumah, kalau hendak tahu bagaimana keadaan di Palembang, baca Mazidulakmal.com," ujar jurukamera, Faizu.

Kami minum bersama di Zuri Express Hotel pagi tadi.


Jam 9 pagi waktu Sumatera Selatan, kami tiba di Dermaga Wisata  Benteng Kuto Besak  jeti berhampiran ikon Palembang, Jambatan Ampera.


Ayam dibawa menaiki perahu kecil di gelar 'ketek' untuk menyeberangi Sungai terpanjang di Sumatera Selatan, Sungai Musi.


Saya dan Faizu menyusuri Sungai Musi bersama pengemudi ketek, Sadikin Samsuddin, 31 tahun. Turut serta pelajar Sarjana Perubatan Universiti Sriwijaya, , Mohd Farid Azraai.


Saya diminta menghasilkan color story mengenai Palembang dan memilih untuk berkongsi bersama penonton bahan rakaman kegiatan ekonomi di Sungai Musi di laporan Sukan Sea jam 11 malam esok di TV3.


Tidak lengkap membuat liputan di Sungai Musi tanpa merakamkan betapa gah Jambatan Ampera membahagikan Palembang kepada Seberang Hilir dan Hulu.


Perhatikan 4 gambar di bawah. 

Pekerja pelabuhan terbesar Palembang memunggah pelbagai barangan ke tongkang jokong untuk dihantar ke Jalur dan Bangka Belitung, terletak di antara 3 dan 6 jam perjalanan dari Pelabuhan Boom Baru itu. 

"Mereka memerlukan barang keperluan harian itu migrasi dari Jawa, tinggal jauh dari sini," jelas Sadikin.


Semua perincian liputan, InsyaAllah bakal saya kongsikan di TV3.

Apapun, sewaktu membuat liputan di bawah mentari terik itu, perhatian saya tertumpu ke arah 2 bot tidak jauh dari tebing sungai.

11 ulasan:

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.