Sabtu, November 26, 2011

SIAPA MENYOKONG JIKA PKR MEMERINTAH MALAYSIA?

Dijangkakan, Pilihan Raya ke 13 bakal dilangsungkan tidak lama lagi.

Jika lama lagi pun, tidak mengapa.

Soalan saya, siapa secara jujur menyokong jika Parti Pakatan Rakyat, PKR memerintah Malaysia?

Mengapa?


Lontarkan pandangan secara profesional sekaligus tidak terlalu emosi tanpa menggunakan bahasa kesat. 

Silakan.

Kalau masih percayakan kredibiliti Barisan Nasional untuk terus memerintah, nyatakan pendirian.


Kalau tidak berani menyatakan pendirian, senyap sahajalah, tiada paksaan.

34 ulasan:

  1. sudah terbukti amat jelas besar jasa PKR diselangor.

    Kebajikan yg dilaungkan telah pun dilaksanakan.
    Dgn meminta ibu2 tunggal mengambil bantuan diGEREJA.
    Itulah jasa terBESAR mereka. Malah itulah kebanggaan para penyokong2 mereka.

    BalasPadam
  2. PARTI KELENTONG RAKYAT.....siapa la yg sanggup menyokongnya itu..fikirkanlah..

    BalasPadam
  3. sama je pn mna2..xksh la BN atau PR.asal dpt kuasa,mcm2 la.amatlah bertuah dan dirahmati andai dpt pemimpin2 (politik) yg benar2 jujur,ikhlas,xde niat nk mkn2 duit rakyat,xtlg kroni,etc..

    BalasPadam
  4. salam bro,

    saya suka juga dengan tajuk ini. Dapat kita dengar luahan rakyat yang bersuara hanya dibelakang tapi tidak didepan..kan?

    kalau diikutkan, kita rakyat Malaysia dari dulu lagi sebati dengan pemerintahan Barisan Nasional. Kemajuan demi kemajuan diberikan dan susah untuk kita dengar keluhan rakyat. Namun sejak tampuk pemerintahan berganti (Selepas Tun Mahathir) banyak sungguh keluhan didengar.

    pada PR yang lepas, saya lihat perubahan dengan kerajaan campur (Barisan Nasional & Parti Pakatan Rakyat)memerintah ada perubahan di sana sini. KIta tak boleh deny pembaharuan yang dibawa masuk oleh PKR..dan kita juga masih hidup selesa dengan cara yang masih dikekalkan oleh Barisan Nasional.

    saya tidak menyokong 100% Barisan Nasional dan tidak juga menyokong 100% Parti Keadilan Rakyat. Jika saya lihat banyak pembaharuan dan kemajuan serta cemerlangnya pencapaian (berikanlah masa lebih dari 100 hari untuk kerajaan baru memerintah. sedang kan hidup berkeluarga kita masih struggle untuk bahagia, inikan pula memimpin rakyat..sudah tentu masa 100 hari bukan satu ukuran yang cukup untuk perubahan) maka saya akan vote untuk yang berhak dan yang paling penting layak menggalas tanggungjawab memimpin rakyat.

    it's true, bukan segala kehendak & kemahuan rakyat perlu dituruti. Sekurang-kurangnya, pemerintah yang kita pilih wajib menjalankan tugas dengan penuh ikhlas, jujur dan seorang individu yang berwibawa dari segi janjinya, perlakuannya dan perwatakannya.

    Kalau boleh saya inginkan kerajaan campur tetap memerintah (supaya kuasa mutlak tidak diletakkan pada satu pihak sahaja mahupun PKR atau pun BN). Tetapi, suara saya hanya satu..tolonglah jangan bertelagah sesama sendiri. Pemimpin merebut kuasa/ parti/ kutuk-mengutuk/ tuduh-menuduh dan sebagainya tidak akan membawa rakyat apa-apa faedah. Rakyat akan tetap tertindas, kerja tetap tidak terlaksana dan suasana harmony once we had, will never come back.

    saya tetap menyokong siapa pun pemimpin saya tidak kira dari parti mana asalkan belia yang dipilih membawa kebaikan kepada rakyat yang dipimpinnya.

    sekian.

    BalasPadam
  5. Charlie, saya lebih kepada pemerhati politik. Pada masa sama, saya juga berpeluang bercampur dengan orang politik.

    Pada dasarnya, setiap pengundi inginkan pemimpin mampu melaksanakan janji mereka sebelum pilihan raya.

    Jika berpeluang, pemimpin dipilih oleh rakyat harus memperuntukkan sedikit masa untuk mengambil hati pengundi jika ingin terus dipilih.

    Jika tidak, mereka akan kecundang.

    BalasPadam
  6. Salam,
    Kami semua dari duli memang memilih BN tapi baru-baru ini macam agak sedih kerana kami berjuang untuk mendapatkan hak tanah di Kuala Lumpur yang bakal di jadikan 7 kampung tradisi di kuala lumpur dan telah dihadiri oleh DS Utama Rais Yatim sewaktu Majlis Juara Rakyat awal tahun ini aleh-aleh papan tanda DBKL untuk mendirikan kondominium disekitar sungai gombak pula didirikan. Semoga perjuangan kami semua akan tercapai hendak-Nya. amin

    BalasPadam
  7. pilih yg terbaik. yg penting nyatakan pendirian dgn membuang undi. jgn diri atas pagar je. tu keje ayam. jgn jadi manusia cap ayam.

    BalasPadam
  8. Salam....
    Kes PMSI, mcm2 dengar dan keluar dari mulut2 YB ni...baik belah kerajaan atau belah pembangkang....tapi terutama belah pembangkang la....tapi yang peliknye...rata2 YB ni bile becakap...bekenaan PMSI atau nak perkasakan bahasa melayu, dia orang sendiri bercakap bahasa melayu tungang langgang....ada YB dari DAP sendiri tak fasih bahasa melayu....ramai orang kata "Jepun tu maju walaupon mengkayakan bahasa mereka" bagi saya betul...tapi bile mereka keluar negeri atau beurusan dengan bangsa lain tetap mereka gunakan bahasa English....bagi saya kuasai bahasa Lain, sayangkan bahasa melaysia....pernah ke anda jumpe dimana, jepun tanya arah dengan bahasa jepun pada anda....

    BalasPadam
  9. PKR adalah satu parti yang bagus menjadi pembangkang dan tidak mungkin sama sesekali untuk menjadi parti pemerintah. Dalam sejarah banyak negara yang mengamalkan demokrasi tetapi apabila pemimpin sesebuah parti menjadi PM ataupun Presiden amalan demokrasi semuanya lenyap sama sekali. Bagi saya Anwar adalah liabiliti bagi PKR seperti mana Pak Lah di dalam UMNO. Mungkin penyokong PKR akan sedar hanya selepas pilihanraya. Beliau hanya kemaruk mahu menjadi seorang Perdana Menteri walau apa sekalipun.
    1. Datuk Anwar Ibrahim adalah seorang yang kuat temberang. Cara ini diikuti jugak oleh para pemimpin lain didalam PKR. Saya menonton video ceramah beliau yang kadang – kadang informasi yang di berikan adalah salah seperti Thailand and negara – negara timur ini hanya nak untuk menarik minat penonton.
    2. Perangai menipu ini jugak telah dibuktikan oleh kawan baik beliau and penulis upahan Raja Petra bagaimana beliau menulis tentang Altantuya dengan hanya menerima maklumat daripada beberapa individu kononnya Rosmah berada di tempat kejadian semasa Altantuya dibunuh. Antara orang yang mengesahkan maklumat itu adalah Datuk Anwar Ibrahim. Saya membaca artikel beliau semasa beliau menulis di Harakah lagi. Sekarang saya sedar beliau hanya penulis upahan sahaja dan tidak mempunyai kredibiliti. Di manakah Raja Petra sekarang ? Adakah Anwar membantu beliau ? Bak kata orang Habis madu sepah dibuang.
    3. Datuk Anwar Ibrahim tidak mahu bersumpah secara Islam tentang tuduhan salah laku seks beliau. Sebaliknya beliau mengunakan Islam dan Sheikh Yusuf Al Qaradawi sebagai alasan. Saya beberapa kali bertukar maklumat bersama kawan saya yang berbangsa Arab. Ini adalah komen beliau “Sheikh Yusuf Al Qaradawi adalah seperti Ayatollah, apabila memberi fatwa terus jatuh kepada orang itu dengan tidak memikiran dalam semua aspek dan bukti yang sahih. How did you know that I’m not a good muslim ? Who are you ? Beliau juga bercakap kita cuba mengelak orang semacam ini yang mengunakan Islam untuk meraih sokongan dan kepercayaan.
    4. DSAI bukan seorang economist yang bagus. Apabila anda membaca The Asian Renaissance di tulis oleh DSAI. Dia hanya pandai bercakap di manakah planning and implementation beliau. Semasa beliau menjadi Menteri Kewangan. Kita nyaris meminjam duit dari IMF. Walaupun dia x bercakap tetapi gerak-gerinya dan hujah pengikutnya seperti Dr. Nordin yang mendesak supaya kita meminjam dari IMF and tidak ada cara lain untuk menyelamatkan ekonomi kita. Cerita ini terdapat di dalam memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad.
    5. Sebagai penduduk Negeri Selangor kita hanya menunggu waktu untuk menolak pakatan rakyat. Anda mungkin dapat menarik pengundi cina dan india tapi bukan dari pengundi Melayu. Terlampau banyak nak dikatakan di antaranya bangsa lain boleh menghina negara dan mepersendakan islam sewenang-wenangnya. PKR adalah parti lebih banyak berpolitik dari buat kerja. Janji hanya 2-3 di tepati yang di jaja seantara Malaysia. Bagi saya hanya 2 negeri sahaja PR akan menang iaitu Pulau Pinang & Kelantan.


    Banyak yang hendak di luahkan tetapi cukup setakat ini.

    John Sammer@Zal
    United Arab Emirates

    BalasPadam
  10. PKR tidak boleh memerintah Malaysia kerana ... PKR tidak bertanding lebih 2/3 kerusi Parlimen. PKR perlu menang semua kerusi tersebut.

    Soalan tidak relevan.

    BalasPadam
  11. Salam Semua..

    Tidak salah membuat perubahan..x kira BN @ PR yang memerintah apa yang penting mestilah amanah dalam menguruskan negara..

    Tiada yang kekal selama-lamanya..

    Salam Maal Hijrah

    BalasPadam
  12. Saya sebagai Rakyat Sarawak inginkan Perubahan yang besar nanti. Dan saya tak ingin melihat Kroni Taib Mahmud meneruskan Empire penipuan/pembalakkan dan banyak lagi kes berprofile tinggi di Sarawak. Dan parti yang menjadi pilihan saya adalah yang bukan daripada BN(SUPP,PBB etc) saya pilih KeADILan di Sarawak. Vote for the new generation of Sarawakian. Rakyat Sarawak lebih berpuluh tahun dilanun oleh Tuan mereka sendiri!

    http://www.pengerindu.com/2011/10/poor-employment-conditions-and-low.html <-- wawancara saya dengan Radio Free Sarawak .

    BalasPadam
  13. aku tidak sanggup anak bangsaku dijajah oleh parti pkr utk perjuangan peribadi,sebaliknya boneka dap...sejahat mcm mana pun bn,dia tetap memperjuangkan hak melayu...

    BalasPadam
  14. Jika kerajaan mampu kurangkan harga keperluan harian, gaji minima dapat dilaksanakan, cukai individu dpt dikurangkan, akta kerja tidak diexplotasi untuk kepentingan individu... Undi ratusan ribu rakyat marhaen mcm kami mmg untuk Barisan Nasional...

    BalasPadam
  15. BN semestinya. Baru dapat kuasa sikit, PKR dah gadai segala hak kaum Melayu. Kalau dapat Malaysia, tak tau lah apa kan jadi. rasis? terpulang. bangsa lain boleh dengan lantang pertahankan bangsa mereka. kenapa tak saya?

    BalasPadam
  16. SMTI..

    kenapa PKR N BN,saya lebih cenderung dgn PAS.ini kerana bab Agama adalah no 1, bangsa no.2. Allah x soal bangsa apa kita,yg penting agamanya.Klu BN janji boleh laksanakan hudud,insyaallah sya akan sokong sbab ada pakej yg menarik,tp stakat ini dah lebih 50tahun merdeka hudud belum sesuai dibumi Malaysia.isu2 lain2 tolak ketepi dulu,sbab hudud ini ibu segala perlembagaan...mmg kita nak krajaan yg pandai mentadbir dan majukan negara tapi pengisiaan agama adalah lebih penting.

    maaf kpda semua yg terasa hati,ini "just" pandangan peribadi seorang umat islam yg cintakan agamanya.

    Salam Maal Hijrah,jom hijrah.. :-)

    BalasPadam
  17. aku ni pengundi atas pagar,aku tak masuk belah mana2 pun..aku pangkah apa pun aku still dok mcm ni..(nak pi pangkah mcm mana,daftar pun idak).ni pendapat peribadi aku la,elok jugak cuba bg pkr merintah,boleh tengok macam mana keadaan ekonomi negara..ok ke idak..ada ka kebaikan untuk rakyat..lagipun kerajaan sekarang ni dah lama merintah,bg aku tak salah la cuba bg pkr merintah..kalau tak ok,nanti ubah balik...senang ajo bg den,tapi bg orang2 yg ado kepentingan,dah tentu depa tak mau bg pkr merintah..setakat la ni aku setuju la pkr merintah..

    BalasPadam
  18. smti...kita ada akal..mampu utk berfikir..mana baik, mana buruk...saya mmg menyokong BN cuma kadang ada rasa sedikit terkilan bila suara kecil saya tidak begitu mendapt perhatian terutama di peringkat bahagian...

    BalasPadam
  19. Saya bukanlah penyokong BN, Namun, pandangan saya biarlah BN terus memerintah Malaysia, tetapi dibangkang kuat oleh PAS dan PKR. Bagi saya, kerajaan yg kuat adalah kerana adanya pembangkang. tanpa pembangkang parti yang memerintah seperti mempunyai kuasa veto, bole berbuat apa sahaja.

    Pada masa yg sama, saya suka melihat Kelantan, Terengganu dan Kedah diperintah oleh PAS.

    BalasPadam
  20. Salam, sebagai manusia, semuanya dilahirkan mempunyai nafsu.Nafsu kepada sesama manusia,harta, kekayaan dan segalanya. Bila lama seseorang itu duduk di kerusi pemerintah,dia merasa kedudukan cukup teguh dan kuat dan tak mungkin mampu digoyang,lalu berlakulah penyalahgunaan kuasa, hilang amanah dan sebagainya.So, lebih baik,yang telah tersalah atau sengaja menyalahgunaan undi rakyat itu kita turunkan, ganti yang baharu,nescaya yg baharu akan buat yang terbaik kerana untuk memenangi hati rakyat,dan jka dia pun ikut tewas dalam mengikuti telunjuk nafsu,hingga membelakangkan amanah dan kewajipannya, kita turunkan lagi dia untuk masa akan datang, demi kehidupan rakyat yang lebih baik.

    Terima Kasih Bro Mazidul kerana membenarkan tulisan saya berada disini.

    BalasPadam
  21. Saya tidak percaya kepada pemerintahan majoriti 2/3...dan juga tidak percaya kepada janji sang politikus..kita perlukan kerajaan yg bagus dan juga pembangkang yang kuat..baru ada proses'check and balance'di parlimen..tidak kira siapapun yg memerintah..

    Selepas pru yg lalu,baru kita dapat lihat segala kepincangan yg selama hari ini 'disorok dibawah permaidani indah' di bongkar satu persatu...

    selama hari ini pemerintah/politikus dianggap umpama 'dewa' yg tidak boleh dicabar langsung...tanpa mereka tahu sebenarnya mereka hanyalah diamanahkan bagi menjaga wang cukai dari rakyat..mereka diberikan gaji untuk semua ini..bukan membuatnya secara sukarela..jadi yg berjasa sebenarnya ialah rakyat pembayar cukai..sepatutnya mereka yg berterima kasih kepada rakyat kerana dengan memilih mereka sebagai wakil mereka,bukanya rakyat yg berterima kasih kepada mereka...

    pilihanraya ini hanyalah satu proses demokrasi yg seperti mana dipilih oleh kehendak semua sejak dari dahulu lagi..kita tidak memilih doktrin komunis atau sosialis front islamic seperti di Libya...jadi sesiapa sahaja yg menang dipilihanraya adalah layak untuk memerintah negara ini mengikut perlembagaan..tidak kira BN atau Pakatan Rakyat..

    Jika kita betul2 menyokong kuat proses demokrasi rasanya tidak akan ada masalah jika berlaku pertukaran kerajaan nanti..kecualilah kepada mereka yg dimulut berkata mengikut fahaman demokrasi tetapi tidak dihati..dan padahnya...mungkin peristiwa 13 mei akan berulang lagi...

    rakyat mahu kerajaan yg akan terus berfikiran kehadapan..bukanya yg cuma suka berpolitik...

    BalasPadam
  22. Sebagai pengundi baru, sy merasakan PKR ni ibarat parti mata satu, penuh propaganda negatif, tak konsisten, liberal yg amat, tak peduli pun pasal bangsa n agama(kecuali time2 nk pru). Tengoklah ketua nya sendiri, tengok raut wajahnya, takde sinar sbagai pemimpin, hanya mulut berkata2, ibarat ayam jantan, kokok berdegar2,ekor penuh taik.

    BN ni 3 je sy kurang suka, Paklah, Khairy, dan Rosmah. -_-"

    BalasPadam
  23. Kekalkan dgn yg ada sekarang.... perlu ada kesinambungan dalam politik malaysia... jika pemeritah tak betul maka akan ada pembangkang yg akan buka pekung...tapi mcmana sekali pun dgn politik sekarang kos sara hidup tetap meningkat saban tahun... sekarang Nilai RM50 x sama dengan dahulu bila kita ke Pasar

    BalasPadam
  24. Sy tetap dengan BN... Teringat sewaktu PAS memerintah negeri Terengganu. Tadika tempat adik bongsu saya menuntut ilmu ditutup serta merta atas alasan dewan yang digunakan adalah dewan untuk org2 kampung. Adik bongsu saya dan pelajar-pelajar lain terpaksa menyewa sebuah rumah untuk meneruskan pembelajaran. 5 tahun penjajahan PAS, dewan tadika tersebut menjadi sarang penagih dadah dan maksiat. Inikah perjuangan PAS yang kononnye berjuang demi agama?

    Semua permaidani di masjid-masjid dan surau-surau dipaksa tukar kepada permaidani berwarna hijau. Kalau permaidani berwarna biru, dikatakan hendak solat pun tak boleh kusyuk sebab terasa seolah-olah sedang sujud kepada BN. MasyaALLAH.

    Banyak lagi keburukan PAS sepanjang pemerintahan di Terengganu. Oleh itu, saya tetap akan menyokong BN.

    PKR? Bagi saya parti PKR hanyalah parti yang ditubuhkan untuk balas dendam dan kepentingan diri sendiri sahaja.

    Seburuk-buruk kerajaan BN, sekurang-kurangnya diorang tetap memperjuangkan nasib orang-orang Melayu...

    Setiap perubahan yang berlaku, belum tentu memberikan impak yang baik kepada negara.

    BalasPadam
  25. smti...

    saya suka warna biru nila berbanding warna biru turqoise... :)

    BalasPadam
  26. terdapat beberapa komen kat atas mencatatkan bahawa walaupun PKR baru setahun jagung memerintah banyak hak melayu tergadai.

    persoalan 1, dari sejak kita merdeka pada tahun 1957 hingga kini yang memerintah adalah UMNO/BN. Ada sesiapa tahu berapa peratus hak milik tanah Melayu dari tahun2 pra-merdeka, pasca-merdeka, hingga kini? Makin mengembang atau makin menguncup? Jika ada yang tahu minta tolong tunjukkan.

    persoalan 2, dari tahun 1957 hingga kini, kerajaan UMNO/BN berada dalam keadaan stabil hinggalah tergugat sedikit pada PRU 2008. Jika benar PKR penyebab tergadainya hak Melayu, mana perginya keagungan tulisan jawi yang pernah jadi kebanggaan, yang bukan sahaja digunakan oleh orang Melayu, tetapi juga oleh kaum lain. Siapakah yang mengurangkan nilai tulisan jawi? PKR kah tau DAP kah atau...

    Kuasa adalah amanah. Bukan kelebihan.Bukan hak peribadi dan juga harta yang perlu dibolot.

    PKR, DAP, PAS atau BN bukan persoalan utama, persoalannya adalah siapa yang faham dan sanggup memikul amanah. tak sanggup kalu, lanun juga mari...

    BalasPadam
  27. Bro, saya cadangkan semua parti politik yang terlalu banyak di Malaysia ini dibubarkan atau dibatalkan. Dua parti rasanya sudah mencukupi. Parti Politik dan parti Tupperware.

    p/S- PKR tak layak jadi pemerintah sebab,
    1. Mengambil masa 4 bulan untuk tampal lubang.
    2. Korek jalan sebelah kiri, tampal sebelah kanan. - Jalan Mahogani, Kota Damansara.
    3. 3 tahun untuk baiki traffik light di jalan Kenyalang.
    4. YB PKR tak berapa pandai management, dia pandai buat demo sahaja.
    5. YB KD dan lain lain di Selangor jarang/tidak pernah tunjuk muka kepada rakyat, kecuali kalau nak ajak buat demo jalanan.

    BalasPadam
  28. pkr @ bn sama saja... berhajat utk melihat bagaimana PAS mentadbir negara..

    BalasPadam
  29. Apa yang penting aku memilih parti yang boleh buat kerja... Parti yang siang malam merasa denyut nadi rakyat, bukan siang malam dok ceramah menyampaikan fitnah kepada rakyat... Aku memilih parti yang mengotakan apa yang dibuat, bukan parti yang hanya pandai tabur janji... Aku memilih parti yang sukakan kedamaian bukan parti yang suka menimbulkan huru-hara dengan melakukan perhimpunan haram dan rusuhan... Aku memilih pemimpin yang elok pekertinya bukan pemimpin yang tahunya tutuh jantan jambu dan pelacur lepas kantoi salahkan UMNO...

    BalasPadam
  30. pada saya.... sesebuah parti tu xsalah tp orang2 didalamnya.... BN ada orang yg sgt bagus dan ada juga yg langsung tidak... begitu juga dgn PKR.... sume sama saja... PKR pandai menabur janji itu dan ini tanpa tahu pasal perjanjian2 di sebalik pentadbiran negara.... bila dia memerintah dan rakyat menuntut janji... mereka akan cuba merealisasikannya tapi dengan menyusahkan banyak pihak....

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.