Khamis, November 24, 2011

COLI DI LUAR

Ramai antara kita masih menaiki kenderaan awam seperti bas,  LRT, komuter dan teksi. Begitu juga penduduk Palembang, Sumatera Selatan, Indonesia.

Cuma sebilangan kemudahan pengangkutan awam dikecapi oleh rakyat Malaysia, tiada di sini.

Cuba perhatikan gambar di bawah.


Beca juga sering digunakan oleh pengguna berikutan harga tambang lebih murah, itu pun jika tidak ditipu.


Kalau hendak makan ayam, beli sahaja di pasar dan boleh dibawa menaiki bas.


Tidak lengkap jika ke Palembang tanpa berkunjung ke Pasar 16, terletak di tepi Sungai Musi dan Jambatan Ampera.

Mari saya bawa pembaca bersiar-siar di pasar amat terkenal itu.

Sewaktu melangkah ke masuk, saya terlihat peniaga kepenatan.


Majoriti peniaga sayuran, wanita.


"Mazidul! Kerja ke?," soalan dilontarkan.

"Jalan jalan," balas saya spontan.

Sewaktu menoleh ke kiri saya terpandang pelancong dari Terengganu.


Hebat sungguh orang Terengganu, shopping sampai ke kota Palembang. Apapun terima kasih kerana sudi menyapa saya di bumi asing.


Perhatikan betapa ramai bilangan pengunjung ke pasar terbabit.


Lima minit berjalan kaki, saya tiba di lokasi di bawah. Peniaga kelihatan berdagang di lokasi bebas berhampiran bangunan utama.


Pasar sesak, majoriti pelanggan, wanita (seperti dijangka). Pakaian, beg tangan, barang permainan dan pelbagai lagi barangan lain dijual.


Lazimnya di Malaysia, pakaian dalam wanita dijual di dalam pusat membeli-belah, di Pasar 16, coli dipamerkan di kaki lima.

Bak kata orang tua, lain padang, lain belalang.


Tiba-tiba muncul 'badang'.


"Dia angkat barang apa?," soal saya kepada pemandu.

"Permainan anak-anak," katanya.

"Oh! Kalau begitu, saya juga bisa mengangkat, guni besar tetapi pastinya ringan," celah saya.

Pemandu tersenyum.


"Ya pak, kalau Indonesia bisa, Malaysia juga bisa," tambah saya lagi.

Kenyataan itu saya lontarkan berikutan kejayaan skuad Harimau Muda berjaya merangkul pingat emas dalam acara bola sepak di Sukan Sea edisi ke 26 tempoh hari. Sejak kemenangan pasukan negara itu saya berasa lebih bangga berjalan di Palembang dan dikenali sebagai rakyat MALAYSIA.

Keadaan di dalam bangunan sesak dan panas, bukan persekitaran pilihan saya.


Kebanyakan barangan dipasarkan boleh dibeli di negara kita justeru sepantas kilat saya melangkah keluar dan begerak ke bahagian di belakang bangunan.

Gambar berikut saya rakamkan, imej sukar dilihat di tanahair.


Pesan rakan saya, jika ingin melihat kehidupan sebenar masyarakat, tinjau lorong belakang lokasi perniagaan. Gambar saya rekodkan di bawah barangkali mampu memberikan gambaran sebenar kehidupan peniaga di Palembang, terkenal pada kurun ke 7 kerana menjadi pusat pemerintahan kerajaan Sriwijaya.


Seperti sebilangan remaja lelaki dan perempuan di Malaysia, wanita Palembang juga tidak ketinggalan dalam acara mempamerkan seluar dalam kepada khalayak ramai.


Mereka di bawah tidak mempunyai masa untuk berdemonstrasi membenci Malaysia mahupun menuduh negara kita 'mencuri' makanan dan budaya mereka.

... kerana sibuk mencari rezeki, kasi pagi makan pagi, kais petang makan petang.


Saya rakamkan juga wajah anak Palembang.


"Itu apa pak?," soal saya.

"Kulit sapi (lembu) dibuat keropok," balas peniaga berkopiah.


Dari belakang saya terdengar bunyi tayar di tolak kuat di atas jalan tidak sama rata dan pantas saya memberikan laluan.


Namun saya tidak berpeluang untuk bertanya apakah jenis cecair mereka angkut. Melalui pengamatann saya, pelbagai barangan dibawa keluar dan masuk ke pasar paling sibuk di Palembang itu.


Sewaktu beredar menuju ke kenderaan saya terlihat dua gadis belasan tahun berpelukan.


Sebaik dihampiri, baru saya sedari, gadis berbaju biru sedang menangis teresak-esak sambil dipujuk oleh rakannya.

Barangkali hatinya terluka lalu perasaannya terhiris akibat ditinggalkan kekasih. Apapun itu hanya telahan saya. Di bumi Palembang ini ramai menangis cuma tidak semua rintihan dan tangisan itu kedengaran di telinga kita.


Saya kemudian berhenti sejenak dan berfikir.

Berapa ramaikan antara rakan sanggup bersama di saat kita dirundung malang atau dilanda kesedihan?

Majoriti lari dan menyepikan diri.

Jam 6 petang nanti, saya dan semua kru Media Prima di Palembang akan terbang semula ke tanahair. Tugas kami di bumi asing ini telah dilangsaikan.

Segala pengalaman hitam putih kehidupan dilalui di sini, terpahat di minda. 

... antara kenangan saya bawa pulang. 

20 ulasan:

  1. Seperti pepatah yang biasa kita dengar 'kawan ketawa ramai sekali, teman menangis susah dicari...'

    BalasPadam
  2. smti..wpon sya turur terpanggil utk membaca bertuankan tajuk, isinye lebih menarik utk dikongsi.

    BalasPadam
  3. kisah abang kali ini macam saya berada disana pula.... hehehehe apa-apa pun dapat juga tahu ragam orang di sana.. tq bro maz...

    BalasPadam
  4. SMTI. Pendemonstrasi indonesia yang membenci malaysia bukan mewakili keseluruhan rakyat indonesia...ada yang berhati perut..yg tak berhati perut tu yg dah dipenuhkan perutnya ngan duit pembangkan kita...

    BalasPadam
  5. terima kasih kerana membawa saya 'bersiar-siar' di Palembang hari ini ^___^

    rakan ketawa senang di cari.. rakan menangis? terima kasih kepada rakan-rakan saya yang sudi menangis & ketawa dengan saya.

    BalasPadam
  6. SMTI - Suasana di belakang pasar hampir sama dengan di kampung isteri saya, bezanya tiada yang mengunyah sireh dan tiada botol arak bertaburan di jalan.

    BalasPadam
  7. Bila tengok negara mereka, saya bersyukur menjadi rakyat Malaysia..Moga saudara terus membuat liputan walau dimana jua berada.

    BalasPadam
  8. melihat keperitan hidup di palembang saya bersyukur tinggal di Malaysia:)

    BalasPadam
  9. bila saya tengok gambar-gambar di pasar... hati saya terus teringat suasana pasar Chow KIt.. yang saya ziarah setahun yang lalu... dah hampir sama....

    BalasPadam
  10. sesak, semak dan urgh..kotornya...

    dimana ada mereka, disitulah budaya terbawa sama...

    terimakasih TM atas perkongsian ini dan selamat kembali ke tanahair tercinta...

    BalasPadam
  11. smti...melihat kepayahan mereka...berfikir..alangkah beruntungnya kita di tanahair tercinta ini..MALAYSIA....saya bangga...SESUNGGUHNYA...!! :)

    BalasPadam
  12. menarik tulisannya info bagi saya..berminat juga nak ke palembang

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.