Sabtu, November 05, 2011

KFC TUMPUAN PENGEMIS

Pondan masih lagi menjadikan Lorong Haji Taib 3, Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur, lokasi tumpuan mereka.


Lelaki berpakaian seperti perempuan di bawah kelihatan berang sewaktu diusik dek beberapa lelaki penghantar barang. Tanpa teragak-agak dia mendatangi lelaki terbabit, memeluk dan menggeselkan tubuhkan ke badan mereka.


Perhatikan bunga diikat di rambut, tidak ubah bak aksi di dalam filem Hindi.
 

Penjaga parkir kereta haram juga didapati masih aktif  menawarkan khidmat manakala gelandangan selamba lena di tepi jalan disaksikan orang ramai.


Jam 2.10 petang, saya masuk ke dalam premis perniagaan makanan segera, Kentucky Fried Chicken, KFC, di Jalan Dang Wangi.


Kurang 5 minit duduk di premis dilengkapi penghawa dingin itu, kelihatan anak kecil dipercayai warga Myanmar bergerak dari meja ke meja, meminta sedekah.


Sebaik menyedari gambar dirakamkan, dia melarikan diri.


Dua minit kemudian, hadir pula dua wanita, seorang celik, seorang lagi buta, menjual tisu.

"Sumbangan ikhlas ..."

Kata wanita buta.

Mereka juga bergerak dari meja ke meja, meminta sedekah sambil diperhatikan oleh  pelanggan.


Untuk rekod, wanita bertudung hitam, bertindak sebagai juru pandu tidak buta dan kelihatan sihat tubuh badan.


Barangkali sebilangan pembaca mengenali identitinya dan sudi berkongsi maklumat berhubung wanita itu. Apakah hubungkait di antara wanita berpakaian kemas itu dan si buta? Di mana dia tinggal? Adakah juru pandu menjadi kerjaya tetapnya?


Mereka kemudian meninggalkan KFC menggunakan pintu belakang.


Lapan minit kemudian muncul pula 2 peminta sedekah cilik juga dipercayai warga Myanmar di dalam KFC terbabit.


Mereka melarikan diri sebaik mengetahui pergerakan dirakamkan.


Sepanjang gambar dirakamkan, saya tidak melihat pergerakan kesemua mereka dihalang oleh pekerja KFC, majoriti sibuk melayan pelanggan.


Tiga lagi pengemis kecil dikesan di sekitar KFC.


Manakala pada jam 3.02 petang, pengemis cilik terakhir memasuki KFC dirakamkan sedang membeli makanan di dalam pusat membeli-belah, Pertama Komplek.


Selepas makan saya mememui pengurus KFC bertugas, gadis berusia 21 tahun, berasal dari Kuala Lumpur.

"Memang begitu keadaan setiap hari terutama sewaktu lunch hours. Kami cuba melarang tetapi sebilangan mereka bertindak melontarkan kata kesat. Dua minggu lalu, saya secara bersopan menegur pengemis lelaki tempang masuk ke sini. Cemas saya tidak terkena hayunan tongkat pengemis berkopiah itu. Dia marah, katanya, mentang-mentang kamu bekerja di sini, berpakaian kemas, kamu hendak menghalau saya? Budak-budak kecil itu pun sama, maki hamun kami selamba sahaja," dakwanya.

Sambil berdiri saya terus mendengar penjelasannya.


"Kami faham, pelanggan membayar service tax 6% apabila makan di sini tetapi sering diganggu kelompok ini. Kalau dia orang hendak meminta sedekah di luar, itu tidak membabitkan kami. Pekerja lain pun menegur perbuatan pengemis itu tetapi menerima nasib sama, dimarahi dek mereka," tambah pengurus itu lagi.

Justeru ada baiknya jika penguatkuasa Jabatan Kebajikan Masyarakat, JKM, Wilayah Persekutuan menjenguk lokasi terbabit dan melaksanakan tindakan wajar untuk mengelakkan sebilangan manusia menangguk di air keruh.

Usah sehingga orang ramai tertipu seperti kes ini.


Barangkali maklumat itu ingin disampaikan oleh pekerja bisu di premis sama sewaktu mendekati saya, malangnya saya tidak memahami mesej ingin disampaikannya.

Berikut antara gambar saya rakamkan di luar KFC.


Didapati bangunan di sekitar jalan terbabit menjadi tumpuan pengemis 'peminta derma' pelbagai usia dan bangsa.

12 ulasan:

  1. selamat hari raya Aidil Adha dari kami sekeluarga....

    Macam-macam pengemis ni yee...

    BalasPadam
  2. bagi saya la En. Mazidul, manusia skrg ni dah tak memikirkan maruah dan kudrat yang mereka ada. tambahan pula malas untuk mencari rezeki, jadilah peminta sedekah. sedangkan tubuh badan sihat walafiat, dan jika Tuhan tarik nikmat yang ada pada mereka, baru agaknya nak insaf..

    Selamat Hari raya Qurban untuk En Mazidul sekeluarga..

    BalasPadam
  3. mintak sedekah buat muka tak malu cukup. senangkan.
    saya lagi respek orang kutip sampah dan pencuci tandas berbanding diorang ni. bertudung berkopiah bagai. yang tukang jadi jurupandu tu komisen banyak dapat kot.

    BalasPadam
  4. Salam Bro MAzidul;

    Tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima.

    Disebabkan konsep inilah, bercambah biak pengemis jalanan di negara kita.

    Semalam, semasa mengunjungi pekan Sabtu berdekatan rumah saya, ada dua orang pengemis yang mukanya saban hari kelihatan di beberapa buah pasar malam yang lain.

    Kedua-duanya cacat. Seorang, kakinya kudung, dan seorang lagi kakinya terkehel ke belakang.

    Modus operandi yang mudah: Muka menarik simpati, dan hanya menggoncang-goncangkan bekas berisi duit syiling.

    Seperti biasa, masyarakat kita mudah menghulurkan seringgit dua.

    Saya cuma pelik, bagaimana mereka boleh berada di banyak tempat jika tiada kemampuan bergerak ke sana ke mari?

    BalasPadam
  5. Salam AidilAdha, mohon dilink blog hamba disini..Blog mazidulakmal.com telah dilink di blog hamba..
    Terima Kasih..
    http://klboyzwangsa.blogspot.com/

    BalasPadam
  6. Budaya meminta-minta, entah bilalah akan berakhir.

    Salam Aidiladha buat En. Mazidul Sekeluarga, semoga ceria sentiasa walaupun sering berhadapan dgn segala mcm kebejatan manusia.

    BalasPadam
  7. Mungkinkah kerana rakyat Malaysia ni murah hati belaka, maka lahirlah lambakan pengemis 'sihat' ini---

    BalasPadam
  8. salam. ini pandangan biasa bang. saya keje kfc s.7,s.alam kena marah dgn customer sbb halau adik2 cilik ni. diaorg tak pernah miss datang "kerja" hari2.masalahnya ada customer tak faham ingat kami takde hati perut padahal hari2 datang menggangu customer lain yang nak makan.pernah sy makan kat seksyen 2 ada budak mintak duit utk wat tambang bas katanya and tambahan mak tengah sakit, then gi seksyen 7 mlm yg sama, budak yg sama ada. menariknya, ada sorang peminta sedekah wanita asing pakai tudung tukar duit singgit2 beberapa kali seminggu. sekali datang 400 tukar. bygkan kalo 3 kali. lagi byk dari gaji saya. akhirnya, dia dijerkah sorang yang mengaku polis minta visa/id. lelaki tersebut berang sebab katanya wanita tersebut sering kelihatan meminta sedekah dan dia berang wanita tersebut sepatutnya tak hidup susah kalo boleh dapat income 1000+ seminggu. kita malaysian nak baik hati menderma biarla pada saluran yang betul. ada pusat zakat, ada tabung kebajikan. oh, dan JKM sepatut lebih tegas tangani isu ni. ada dalang disebalik "pekerjaan" ni..

    BalasPadam
  9. selepas ni di depan pintu masuk KFC kena letak signboard 'BESAR' - DILARANG MENGEMIS DIDALAM PREMIS... ok juga kan kalau begitu...

    BalasPadam
  10. Jangan bagi pada peminta sedekah,
    mereka semuanya penipu.Orang yang ada maruah diri tidak akan minta sedekah.masalahnya ramai kita
    yang suka beri 'sedekah' ini.Sebab tu mereka semakin ramai sebab dapat duit cara senang.Patut kerajaan dirikan papan tanda larang beri duit pada mereka ini.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.