Selasa, November 15, 2011

BENARKAH NELAYAN INDONESIA MATI AKIBAT 'PERLAKUAN KURANG WAJAR'? DI PENJARA MALAYSIA?

Saya sedang menonton berita di Metro TV, Indonesia.

"Dia (Ahmad Zailani)  tewas (meninggal dunia) di penjara di pulau Perak," ujar wartawan bertugas.

Perak, negeri kelahiran saya dan sejak mula mengenali subjek geografi, tidak pernah diajarkan oleh guru kepada saya, Perak adalah pulau.

Baca laporan Metrotvnews.com di sini.

Kepada wartawan Metro TV terbabit, Perak adalah satu daripada negeri di Malaysia, bukan pulau.

Please get your facts right.

Manakala forum.kompas.com melaporkan kejadian sama di sini.

Menurut Metrotvnews.com, nama si mati, Ahmad Zailani manakala forum.kompas.com mencatat nama si mati sebagai Eli Zailani.

Saya tertarik membaca kenyataan dicetak oleh Metrotvnews.com berikut.

'Diduga, nelayan bernama Ahmad Zailani itu meninggal akibat perlakuan kurang wajar dalam sel. Sementara nasib 13 nelayan lainnya pun semakin tidak menentu'

Untuk rekod, perkataan 'diduga' bermaksud 'dipercayai'.

dnaberita.com juga melaporkan dakwaan sama.

Mankala laman suarapembaruan.com pula mencatatkan kenyataan di bawah.

'Berdasarkan informasi dari adik korban bernama Mukhlis yang juga ditahan di Malaysia, kemungkinan Eli Zailani meninggal dunia karena sakit'

Persoalannya, adakah si mati berusia 33 tahun itu meninggal dunia kerana sakit atau akibat 'perlakuan kurang wajar' di penjaran Malaysia?

Itu satu dakwaan dan belum lagi terbukti. Hemat saya, pihak berkuasa di Malaysia seharusnya menjelaskan kejadian sebenar kerana media di negara jiran ini menjadikan berita itu sebagai satu daripada berita utama di media cetak dan elektronik mereka.

Berita jika dilapor berdasarkan tanggapan mampu mencetuskan ketiadakpuasan hati, malah kebencian di kalangan penduduk dua negara.

Mazidul Akmal Sidik melaporkan dari Palembang, Sumatera Selatan, Indonesia.

6 ulasan:

  1. dah melampau media indonesia...

    bila kerajaan kita nak bertindak untuk bersihkan nama negara kita...?

    BalasPadam
  2. kenapa depa (media indonesia)suka nak mengeruhkan suasana hubungan Malaysia-Indonesia?..ni mesti ada yang dok cucuk jarum ni....

    BalasPadam
  3. Malaysia terlalu hormat dgn indon ats sbb kita terpaksa menggunakan khidmat warganya untuk bekerja disini..
    Malaysia perlu bertindak tegas dlm hal2 yang merosakkan nama Malaysia!!

    BalasPadam
  4. huh..!! shame on them....carik rezeki kat Malaysia, tapi duk burukkan nama Malaysia...g balik negara la...tgok apa rakyat dia nak mkn kat negara sendiri....

    BalasPadam
  5. Dalam banyak hal Indonesia kalah kepd Malaysia, jadi inilah satu cara untuk mereka menutup kelemahan mereka.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.