Jam 11 pagi tadi, saya bersama 2 wartawan sukan TV3 dan 2 jurukamera bergerak ke Kompleks Sukan Jakabaring, Sumatera Selatan, Indonesia.
Untuk membuat liputan, kru disediakan beca kerana kenderaan awam tidak dibenarkan memasuki kompleks terbabit.
"Kemana pak?," soal pengayuh beca.
"Shooting"
Beca agak sempit tetapi masih mampu memuatkan tubuh saya seberat 100 kilogram.
Pasti kedua kaki pengayuh beca lenguh.
Separuh perjalanan, kami kemudian diminta turun dari beca dan menaiki van disediakan oleh penganjur.
Lihat keadaan van kami naiki untuk ke Jakabaring Shooting Range.
Van sama juga berhenti di pertengahan jalan untuk mengambil penumpang.
Biarpun disumbatkan di dalam van sempit tanpa sistem penghawa dingin, semangat tetap berkobar. Apapun saya yakin kenderaan sebegitu tidak akan digunakan jika Sukan Sea dianjurkan oleh Malaysia.
Van kelihatan indah di luar, daif di dalam.
Mujur kami selamat tiba di Jakabaring Shooting Range.
Bangunan berlangsungnya acara menembak itu tersergam indah. Jalur Gemilang berkibar di hadapan bangunan bersama 10 bendera negara Asia Tenggara lain.
Ruang menempatkan lapangan sasar menembak itu dipenuhi oleh jurugambar dan wartawan sukan dari negara berbeza, membuat liputan pertandingan akhir acara menembak 10 meter air rifle itu.
Dua atlet Malaysia berada di lapangan sasar itu bersedia untuk melaksanakan misi mereka untuk merangkul pingat emas.
Saya kemudian menghalakan lensa ke arah peserta favourite, pemenang pingat emas pertama Malaysia di Sukan Sea ke-26 Palembang dalam acara menembak 50 meter Three Position.
Nur Suryani Mohamed Taibi, dilahirkan pada 9 September 1982, baru sahaja melangsungkan perkahwinan, kelihatan tenang.
Jam 11.40 pagi, acara bermula.
Setiap peserta melepaskan 10 das tembakan dan mata dikira secara automatik oleh sistem digital sekaligus keputusan dipaparkan di skrin besar di lapangan sama.
Difahamkan, pesaing terhebat atlet kebangsaan itu, peserta dari Singapura, Jasmine Ser Xiang We, menembak di ruang ke dua di sebelah penembak negara kita itu.
Suriyani kelihatan tenang membidik dan melepaskan tembakan biarpun disaksikan ratusan penonton.
Sebaik melepaskan tembakan ke sembilan, sokongan dari atlet dan pegawai sukan dari Malaysia berada di lokasi sama semakin hebat.
Tepukan bertambah gemuruh.
Mata demi mata dikutip oleh Suryani dan sebaik tembakan ke sepuluh dilepaskan, semua penyokong tahu, bekas pelajar Universiti Teknologi Mara itu telah berjaya meraih sebutir lagi pingat emas di sukan terbesar di Asia Tenggara terbabit.
Petugas media kemudian meluru ke hadapan sambil merakamkan saat kejayaan anak Malaysia itu.
"Tengok itu," bisik jurukamera berdiri di sebelah saya.
Terima kasih Suryani dan tahniah!
Pantas saya menoleh melihat penembak dari Singapura.
Barangkali Jasmine agak emosi dan berasa sedikit sukar untuk menerima kenyataan, singa juga bisa kecundang. Untuk rekod, mata kutipan Suryani, 497.1 berbanding mata diperolehi oleh Jasmine, 496.0.
Seperti dijangkakan, jurukamera syarikat media cetak Malaysia kemudian memohon Suryani menampilkan beberapa pose istimewa untuk dipaparkan di akhbar hari ini.
Aksi jurukamera seperti di atas amat jarang dirakam oleh media biarpun mereka kelompok bertugas bertungkus-lumus melaksanakan tugasan penting.
Tanpa khidmat mereka, surat khabar hambar.
Petugas Unit Sukan TV3 juga tidak melepaskan peluang keemasan mengabadikan kenangan indah bersama seorang juara.
Terima kasih Suryani dan tahniah!
patutnya bro yg kayuh beca tu, baru exercise sket :D
BalasPadamBetul eszek,
BalasPadammazidul kena ' ringan kan badan' baru lah selesa untuk menyingkap fakta,hehhehe
SMTI
BalasPadamabg mazidul..try la selongkar Facebook FAM, sedih tengok komen-komen disitu...xtahu nak cakap apa...
BalasPadamhttp://www.facebook.com/pages/PERSATUAN-BOLA-SEPAK-MALAYSIA-FAM-/131765619697?sk=wall&filter=1
dont jugde a book by its cover..yg ni..covernya cantik.tapi isi di dalam amat hampesss sekali.nasib baik Malaysia tak mcm tu
BalasPadamtahniah....well bro...u really need to loose some weight... ;)
BalasPadamSMTI
BalasPadamINDONESIA NEGARA YANG DAIF ITULAH APA YANG MEREKA MAMPU BERIKAN..BAGUS JUGA ENTRI NI UNTUK LIHAT SENDIRI KEKURANGAN BUKAN UNTUK MENGAIBKAN. MENGAPA NUSANTARA MELAYU INI PENUH DENGAN KEGEMILANGAN AKHIRNYA JADI BEGINI.INDONESIA SEBENARNYA BOLEH LEBIH MAJU KERANA ADA BAHAN SUMBERNYA, PELANCONGAN DAN SEBAGAINYA..AKIBAT POLITIK DAN RASUAH AKHIRNYA DAIF.
BalasPadam