Kru Media Prima tiba di Palembang, Sumatera Selatan, Indonesia pada 9 November 2011 dan menetap di Zuri Express Hotel.
Kru diketui oleh Abu Bakar Atan kemudian bergerak ke Pusat Media Utama terletak kira-kira 40 minit perjalanan menggunakan kenderaan dari hotel. Jalanraya sesak setiap hari sejak kami tiba di bandar dihuni 1.49 juta orang terbabit.
Empat lif digunakan semua kakitangan media dari 11 negara Asia Tenggara itu juga sesak bak jalanraya di bandar pernah menjadi pusat pemerintahan kerajaan Sriwijaya terbabit.
Ruang kami bekerja di tingkat 4 juga terhad.
Sebilangan kakitangan media lain dan kru kami terpaksa duduk di atas lantai untuk berehat berikutan tiada kerusi tambahan ditempatkan di ruang luar studio.
Namun kami semua tetap bersemangat untuk menghasilkan liputan terbaik Sukan Sea 2011 sebagai bahan tontonan semua rakyat di Malaysia.
Pada hari pertama, tiada kemudahan internet disediakan untuk kegunaan petugas media di bangunan setinggi 16 tingkat itu.
Pusat media juga didapati masih berlum beroperasi.
Berikut antara contoh kenderaan disewa oleh pihak media dengan harga US80 sehari bertujuan memudahkan pergerakan wartawan dan jurukamea ke lokasi acara sukan berlangsung di antara 11 dan 22 November.
Berikutan ketiadaan premis menjual makanan di Pusat Media Utama, sebilangan kru terpaksa keluar menggunakan kenderaan untuk membeli pelapik perut luar sekaligus tertekan mengharung kesesakan jalanraya bak tidak berkesudahan. Kami kemudian makan beramai-ramai sambil berdiri di ruang luar bilik sekangkang kera disediakan.
Selama 4 hari, berikutan kesibukan, kami hanya makan nasi berlauk ayam dan bersayurkan nangka.
Bagaimanapun sebagai orang berpengalaman dalam bidang sukan, Bakar sentiasa mengingatkan semua kakitangan terbabit untuk bersatu serta bersabar dalam menghadapi cabaran di negara jiran ini.
Mimpi buruk dijangka dari awal kemudian mula menjadi realiti apabila sehari sebelum majlis pembukaan Sukan Sea, kemudahan internet masih tidak dapat diakses dari studio mini TV3.
Tabah Syazwan Othman antara penyampai terbabit berkongsi informasi secara langsung di samping Bakar dan 2 penyampai wanita.
Begini keadaan kami di dalam kenderaan hampir setiap hari mengharung kesesakan jalanraya atau 'macet' dalam bahasa Indonesia.
Lebih merumitkan, pada hari pertama bersiaran secara langsung, 11 November lalu, maklumat dibekalkan oleh penganjur kepada kakitangan produksi tidak tepat dan lambat.
Justeru bagaimanakah penyampai sukan secara langsung dan pengulas seperti saya mampu bersiaran secara efisyen sekiranya senarai nama pemain sekalipun gagal dibekalkan kepada kami sewaktu siaran sudah bermula?
Pada masa sama, internet memaparkan laman rasmi Sukan Sea 2011 juga gagal diakses.
Hanya pengalaman dijadikan bekalan dan sandaran.
Pada waktu itu, kawalan keselamatan di pintu masuk juga mula diperketatkan oleh pihak polis. Tujuan mereka baik, memastikan Pusat Media Utama tidak dicemari oleh kejadian tidak diingini.
Begini tempat saya bekerja.
Penerbit bertugas akan memberikan arahan untuk saya mengulas acara dipaparkan di satu daripada dua skrin terbabit.
12 November lalu, saya terpaksa mengulas perlawanan sepak takraw secara langsung di antara pasukan Thailand dan Brunei tanpa maklumat disalurkan oleh pihak penganjur samada melalui laman web rasmi atau dari pusat media di tingkat 5.
Mujur saya telah membuat penyelidikan lebih awal, mengumpul maklumat berhubung regu Thailand sebelum terbang ke Palembang.
Malam semalam, situasi menjadi lebih kritikal.
Dua syarikat televisyen dari Malaysia dan Singapura sedang bersiaran secara langsung terpaksa menghentikan siaran mereka akibat bekalan elektrik terputus tanpa diduga.
Lebih mengusarkan majoriti media negara berbeza, kualiti visual dipancarkan dari lokasi acara berlangsung tidak menepati standard ditetapkan. Berikutan itu gambar dipancarkan ke 10 negara Asia Tenggara didapati tidak jelas.
Saya difahamkan, wakil media bertugas di Palembang akan mengemukakan surat bantahan kepada pihak penganjur Sukan Sea tahun ini agar bertindak dengan kadar segera menangani pelbagai masalah didepani pihak media.
... agar penganjuran Sukan Sea Indonesia tidak dianggap terburuk pernah tercatat dalam sejarah.
Kru 666 juga wartawan sukan Malay Mail, VJ, juga menulis berhubung kelemahan penganjuran sukan sama, baca di sini.
Kru 666 juga wartawan sukan Malay Mail, VJ, juga menulis berhubung kelemahan penganjuran sukan sama, baca di sini.
Kepada kru 666, saya tunaikan janji untuk memakai baju Penyingkap Fakta di Palembang.
Seperkara lagi, bilik hotel saya diami agak sempit, lihatlah.
... tetapi saya masih tidur berbantal, bertilam dan berselimut.
Terima kasih kepada semua pembaca blog ini kerana sudi menyumbang membantu mereka ini. Jumlah kutipan wang tunai terkini mencecah RM1700.
Sejak 14 November 2011, internet mampu diakses lebih baik, teksi juga telah dibenarkan untuk mengambil dan menghantar kakitangan media pulang ke hotel.
Kafetaria telah mula beroperasi di tingkat dua Pusat Media Utama di Jakabaring untuk kru media menjamu selera biarpun tidak menawarkan banyak pilihan.
KEMAS KINI
Sejak 14 November 2011, internet mampu diakses lebih baik, teksi juga telah dibenarkan untuk mengambil dan menghantar kakitangan media pulang ke hotel.
Kafetaria telah mula beroperasi di tingkat dua Pusat Media Utama di Jakabaring untuk kru media menjamu selera biarpun tidak menawarkan banyak pilihan.
Bagaimanapun dilaporkan, bilangan pingat tercatat di laman web rasmi Sukan Sea 2011 lewat dikemas kini. Pada masa sama, jadual acara juga didapati berubah tanpa sebarang notis memaklumkan pihak media.
Semoga abang dapat menunaikan tanggungjawab dengan baik dan sempurna disana walaupun banyak rintangan.
BalasPadamBaju kru abang confirm ada di Malaysia. Heheh
sabor je la..semoga lepas ni semua kemudahan yang diperlukan disediakan dengan kadar segera..
BalasPadamteruskan melapor utk kami rakyat Malaysia!
kasihan pihak media..
BalasPadamapepun, all the best
SMTI
BalasPadamucapan terima kasih diucapkan kepada semua krew media yang terlibat untuk melaporkan berita sukan sea. Semoga semua urusan kalian di sana dipermudahkan. En. Mazidul, igt-igtkan rakan media di sana.. siap sedia ubat sakit perut ^_^. ada berita di akhbar melaporkan ada antara atlit yang sakit perut dikhuatiri berpunca daripada keracunan makanan akibat daripada penyediaan makanan yang kurang bersih. :'(
BalasPadamsusah jgk duk tempat org ye...
BalasPadamkasihan pihak media, tapi demi tugas untuk memuaskan hati pencinta sukan negara, kalian berusaha untuk selesa... tahniah!
BalasPadamSMTI
BalasPadambanyaknya masalah
alahai,serba kekurangan tp kenapalah indonesia msh nk jd tuan rumah sukan sea jugak...bukan ke menyusahkn semua orang...
BalasPadamapa pun,semangat 1malaysia n cintakan sukan negara,msti membuatkan semua yg mustahil dpt dijayakan jugak
SMTI
BalasPadambanyak betul masalah kat sana,Malaysia juga tetap best! apa pun cayalah geng2 TV3.berusaha memberi liputan sukan sea yg terbaek!!!
BalasPadamtahniah suma...sabar2 byk atas dugaan... :)
BalasPadamurm...memalukan mereka tidak profesional untuk acara besar seperti ni
BalasPadamAbang Mazidul, kenapa tak sirakan SEA Games dalam HD, dekat gamabar tadi ada tunjuk kamera HD. bial TV malaysia nak siar pakai HD. Singapura dan Brunei dah ada.
BalasPadamSpura - MediaCorp HD5
brunei - RTB3 HD