Jumaat, November 25, 2011

ADAKAH PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT KOTA DAMANSARA KISAH BERHUBUNG KEBAJIKAN RAKYAT?

Pelbagai entri saya catatkan berhubung kegagalan pihak berkuasa tempatan, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ, menutup lebih 10 lubang di Jalan Kenyalang 11/1, Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Entri pertama saya nukilkan pada 13 Julai 2011, klik di sini.


Empat hari kemudian saya meninjau lokasi terbabit sekali lagi dan mendapati semua lubang masih ternganga.

Hanya tali rentang dipasang.

Justeru jika berlaku kemalangan maut, saya berjanji akan mengusung mayat mangsa pertama ke pejabat MBPJ.

Baca di sini.


1 Ogos lalu, saya bersama kru 666, Razali Harun, kembali ke lokasi sama. Sebilangan lubang didapati ditutup menggunakan simen rapuh justeru mudah hancur sebaik dilalui kenderaan.


Klik di sini.

Pada 3 Oktober 2011, kemalangan pertama berlaku, mujur mangsa tidak meninggal dunia.


Saya kongsikan butiran kes terbabit di sini.

1 November 2011, satu lagi kemalangan berlaku, baca di sini.


Petang tadi saya terlihat semua lubang telah disimen. Kali ini, MBPJ bertindak lebih bijak kerana tidak lagi menggunakan besi, bahan menjadi kegilaan penjual barang lusuh, sebagai penutup. Simen digunakan juga kelihatan lebih kukuh berbanding sebelumnya.


Untuk rekod, Kota Damansara berada di bawah kepemimpinan parti Pakatan Rakyat.

Tempoh hampir 4 bulan diambil untuk menutup lubang sekangkang kera tetapi mampu menggugat nyawa penduduk berhampiran dan pengguna jalanraya.

Timbul persoalan, adakah mereka kisah mengenai kebajikan rakyat sebenarnya?

11 ulasan:

  1. smti...
    nanti di"orang" cakap..
    "ADA AKU KISAH..."

    BalasPadam
  2. diorang tak kisah bro kalau aduan datang dari rakyat biasa. tapi oleh sebab bro komplen, baru diorang 'ambik' kisah, tu pun lembab benda boleh settle sekejap ambik masa 4 bulan dan 2 mangsa.

    BalasPadam
  3. penutup longkang kat taman perumahan saya pun kena curi bebrapa bulan lalu sampai ke hari ni tak diganti lagi...

    BalasPadam
  4. Bro, Dr nasir memang bodoh dan bongok.
    mereka bodoh sebab belum kena batang hidung sendiri, bodoh sebab YB Kota Damansara memang bodoh dan cuma pandai buat perhimpunan tepi jalan, menentang pembinaan Carrefour dan menentang kerajaan serta undang undang negara. Dr Nasir memang bodoh sebab orang yang undi dia memang bodoh (saya mengundi di kampung saya, bukan di Kota Damansara), YB Kota Damansara dan MBPJ bodoh kerana mereka takut kepada CINA DAP. Sejak menang pilihanray sampai sekarang susah nak nampak muka. Jalan Mahogany, korek pasang paip sebelah kiri jalan, tapi yang di turap di sebelah kanan. Cuba bro tengok dari depan Polo club hingga ke persimpangan masuk ke rumah bro. Kan ke kerja bodoh dan bangsat namanya tu?
    Kalau ada orang MBPJ yang baca ni alangkah bagusnya, ti mereka tiada masa ntuk membaca kerana semua akses internet serta aduan rakyat telah di blok/ sengkang oleh Nasir Bongok dan kuncu kuncu DAP BANGSAT.

    Pilihanraya tahun depan, PRU 13, kita kempen undi 0 untuk pakatan Lahanat ( pakatan tidak berdaftar) mereka boleh pergi ke mana mana hutan untuk meraih undi dari monyet, gajah, harimau, singa dan lain lain binatang liar yang tidak perlukan apa apa kemudahan, melainkan makanan iaitu orang orang PKR sendirimyg menjadi makanan kepada hidupan liar ini.

    Minta maaf kepada mereka yang menyokong PKR dan Pakatan Lahanat, undi anda membazir sebenarnya. Selangor pun makin susut pendapatan bulanan khabarnya. Tanah tanah Melayu banyak yangdi rampas dan diambil untuk di jadikan kandang babi dan banglow DAP.

    Lagi mau sokong PKR ka? Lubang jalan pun susah nak tampal, inikan pula nak tadbir satu negeri...jangan mimpi nak menang PRU 13, sistem PRU kami yang pegang.

    BalasPadam
  5. Red, bersemangat sungguh.

    Saya suka dengan kenyataan, lubang jalan susah nak tampal, inikan pula nak tadbir satu negeri.

    Actually, they couldn't care less.

    BalasPadam
  6. banyak blog pro BN . . . guna istilah Fuckatan Rakyat. hahaha

    BalasPadam
  7. Salam Bro Mazidul,

    Saya tak sabar menanti PRU ke-13. MP PR lebih banyak berpolitik dan tak buat kerja. Lebih daripada itu, suka menghentam keromo dan bertindak sesuka hati.

    Insya-Allah, saya akan pastikan undi saya tak disalahguna seperti 2008 lalu.

    BalasPadam
  8. eleh dulu time bn pon jalan teruk gak. So sama jela dua dua pihak(tak kira la barisan atau pakatan)dua dua ni cakap besar aje. saya atas pagar.

    BalasPadam
  9. erm, tanpa ilmu kita akan nmpk dangkal..sapa di sini yg ada advance knowledege atau pernah bekerja kontraktor turap jalan( bukan tukang turap je at least supervisor ke?)untuk menghasil kn jalan yg elok dan tahan lama, byk step2 dia..terutama yg di korek akan ditimbun lebih tinggi..tu lah pasal jalan mahogani tu teruk smcm..so diorg akan turap yg sebelah lain dulu..tp skrg diorg dh turap sblh yg korek dulu kali kedua & jalan dh ok dah.. jgn salahkan kerjaan negeri pulak semata2 kerana jalan je..lgpun projek korek tu untuk projek air under tan sri rozali, kroni UMNO jgk..FIY masa umno jaga selangor pun jln problem jugak dkt KD..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.