Sukan Sea 2011 di Palembang-Jakarta, Indonesia telah melabuhkan tirainya malam tadi.
Bilik di Zuri Express Hotel kami huni sepatutnya hanya berharga 330,000 rupiah (RM100) semalaman tetapi dinaikkan ke 1,000,000 rupiah (RM330).
Tindakan itu barangkali didorong dek 'semangat' sukan terbesar di rantau Asia Tenggara itu. Semangat meraih keuntungan terlampau!
Tindakan itu barangkali didorong dek 'semangat' sukan terbesar di rantau Asia Tenggara itu. Semangat meraih keuntungan terlampau!
Malam kelmarin saya dimaklumkan berhubung kadar sewaan sebenar hotel terbabit.
Untuk rekod, setiap pagi kami hanya dihidangkan nasi goreng dan nasi lemak bersilih ganti.
Rating Zuri Express Hotel, 2 stars.
Manakala sewaktu tiba di Pusat Media Utama atau Main Press Center, MPC, pada 9 November lalu, bangunan Bank SumSel (Sumatera Selatan) menempatkan petugas media dari 11 negara terbabit didapati tidak mempunyai kelengkapan asas diperlukan.
Fakta saya catatkan di entri ini berserta gambar.
Di bawah saya paparkan antara kru dipertanggungjawabkan oleh Media Prima untuk memastikan rakyat Malaysia berpeluang mengikuti laporan secara langsung perkembangan Sukan Sea edisi ke 26, 3 jam sehari.
Alhamdulillah, pada hari ketiga Sukan Sea berlangsung, hampir semua perancangan dilaksanakan lancar hasil kerjasama semua kru.
Wartawan penyiaran, Nuraishah Maswan melangsungkan perkahwinan kira-kira 5 bulan lalu menunjukkan komitmennya tanpa dipaksa.
Wartawan penyiaran, Nuraishah Maswan melangsungkan perkahwinan kira-kira 5 bulan lalu menunjukkan komitmennya tanpa dipaksa.
Biarpun menyapu seirama bukan antara 43 acara dipertandingkan di Sukan Sea edisi ke 26.
Hampir setiap hari, mee segera disajikan secara percuma di Press Center menjadi makanan ruji majoriti kami. Apapun Pop Mie terbabit didapati lebih enak rasanya berbanding rasa Maggi Mee.
Namun perasaan muak tidak mampu dibendung lagi selepas 10 hari memakan juadah sama.
Namun perasaan muak tidak mampu dibendung lagi selepas 10 hari memakan juadah sama.
Jika sedikit terbuka selera pun hanya kerana gadis di bawah ini bertugas di meja Pop Mie diletakkan.
Bangun awal pagi untuk ke MPC dan pulang selepas tengah malam meninggalkan kesan emosi pada wajah sebilangan kru bertugas.
Tekanan dilalui dilengkapkan dengan 'macet', kesesakan jalanraya bak tidak berkesudahan.
Mujur biarpun penat, tiada kru tertidur di tepi jalan seperti wanita di bawah.
Lihat gambar penerbit, Mohamad Ibrahim.
Berakhirnya Sukan Sea sekaligus menghilangkan pening kepalanya menerajui produksi di antara 11 dan 22 November 2011.
Kekuatan teriakannya di studio berupaya menewaskan decibel jeritan Ong Kim Swee sewaktu menyusun strategi Harimau Muda di Gelora Bung Karno, Jakarta di separuh masa kedua perlawanan akhir bola sepak.
Tugasan digalas oleh Mohamad barangkali tidak jauh bezanya berbanding tanggungjawab dipikul Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara.
Pun begitu semua kru produksi masih mampu untuk mengawal perasaan justeru tidak perlu berdemonstrasi seperti dilakukan lebih 400 sukarelawan pada 19 November lalu.
Baca berita lengkap di sini.
Tiada juga kru mengambil keputusan untuk berdiri di atas gondola bersama pencuci bahagian luar bangunan setinggit 16 tingkat.
Gayat der!
"Dia orang siap make up tu ...," bisik penyampai berita sukan TV3, Hasnida Hanim Ahmad Kamil.
Mungkin kerana mereka menyedari tingkat empat, lokasi kami bertugas 'dibanjiri' wartawan dan jurukamera muda kacak lagi bergaya dari Thailand, Myanmar, Singapura dan Malaysia.
"Jangan digambar pak cik!," jeritnya.
Seperti aksi pelari pecut 100 meter, saya berusaha mengejarnya dan kemudian berjaya merekodkan gambar gadis berhias wajah dan memakai contact lenses berwarna biru di bawah.
Cleaner berusia 20 tahun itu bersama beberapa rakan lain bekerja menyapu sampah dan membersihkan tandas berhampiran studio kami.
Tidak hairan jika sebilangan kru lelaki kencing berulangkali.
Jika dia diambil berkhidmat sebagai pembantu rumah di Malaysia, pasti ramai suami sudi berhenti kerja secara sukarela sekaligus menjadi suri rumah.
Banyak kali saya cuba menjelaskan kepadanya, panggilan 'pak cik' itu kekadang amat kurang sesuai digunakan sebagai ganti nama.
"Lazimnya, kita panggil 'encik' atau mister bukan 'pak cik' kerana 'pak cik' itu maksudnya 'paman'"
"Pengayuh beca di bawah ini memang wajar kamu panggil 'pak cik'," terang saya kepadanya.
Namun saya tidak menyalahkan gadis itu seratus peratus kerana majoriti warga Indonesia juga tidak memahami perbezaan di antara dua ganti nama itu.
Tidak dapat saya gambarkan jika dia memanggil tiga lelaki kacak di bawah 'pak cik'.
Tambahan pula pengacara ini, Tabah Syazwan Othman ...
... tetapi jurukamera di bawah ini pasti tidak kekok untuk digelar sebegitu.
Setakat ini dia pemegang rekod pembeli beg, kacamata dan baju paling banyak untuk anak dan isteri berbanding semua kru bertugas di Palembang.
Faizu juga berkebolehan menampilkan aksi bak atlet gimnastik biarpun tangannya kirinya diperkukuhkan menggunakan besi akibat kemalangan jalanraya.
Apapun, terima kasih kerana sudi bersama saya menyusuri Sungai Musi di bawah terik matahari untuk menghasilkan laporan 'Musi nadi kehidupan'.
Saya amat menghargai kesungguhan ditampilkan.
Teringat saya kepada permintaan Abdullah Sani.
"Boleh ambil gambar saya dengan bapak polisi ini?," soalnya.
Your wish is my command sir!
Barangkali sewaktu kecil dahulu dia terlalu berminat menyertai pasukan berseragam, itu pun sekadar jangkaan rambang saya sahaja. Sekalung penghargaan untuk Abdullah kerana membuka peluang kepada saya untuk bersamanya dan jurukamera bertugas membikin liputan di lapangan sasar.
Kisah perjalanan kami saya nukilkan, klik di sini.
Pelbagai cabaran didepani kru bertugas. Paling tidak dijangka, 3 pemandu atau 'supir' berhenti dan pulang ke Jambi, mendakwa gaji tidak dibayar penuh oleh majikan mereka.
"Di Indonesia ini memang ramai kaki sunat pak Mazidul," ujar seorang daripada supir.
"Kaki sunat?," soal saya keliru.
"Ya, kaki sunat ertinya kaki potong. Mereka sanggup memotong bayaran seharusnya dijelaskan kepada pekerja demi meraih keuntungan berganda," jelasnya.
Jangan menjadi kaki sunat sehingga menyusahkan orang lain untuk kencing, cukup. Pada masa sama sebilangan pekerja juga mempunyai karenah mereka sendiri.
"Jam 2 pagi kelmarin, mobil saya tabrakan (kemalangan) pak, hancur di sebelah kanan kerana dilanggar oleh pemandu mabuk," ujar supir berusia 25 tahun, memakai baju berwarna biru.
"Berapa orang berada di dalam mobil melanggar kamu?," tanya saya.
"Dua lelaki," balasnya kelihatan jujur.
Saya kemudian difahamkan, supir itu sebenarnya terlanggar kenderaan lain dari arah belakang akibat berada di bawah pengaruh alkohol.
Putar pelit!
Mujur saya tidak terserempak remaja itu di ...
Jika tidak pasti air rifle milik pemenang pertama pingat emas Malaysia, Nur Suryani Mohamed Taibi memuntahkan peluru tanpa henti.
Sewaktu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud Badaruddin II Palembang 13 hari lalu, saya terpandang papan tanda berikut.
Hemat saya notis terbabit hanya sekadar memaparkan mesej berbentuk lawak jenaka, tidak lebih daripada itu.
Malah tempat membuang abu rokok juga disediakan di lokasi sama.
Mengelirukan.
Di kesempatan ini saya ingin merakamkan terima kasih kepada teman sebilik, Mohd Roshisam Mat Sidik kerana sudi menyunting visual tugasan saya tempoh hari.
Sekalung penghargaan juga kepada Abu Bakar Atan dan semua kru terbabit kerana membantu saya untuk menyempurnakan tugasan di Palembang.
Khamis petang, InsyaAllah kami semua dijadualkan tiba di Malaysia. Semua kru kelihatan gembira sebaik menamatkan tugasan di bumi Palembang semalam.
Siapa lebih comel? Cleaner atau penjual pulsa (top up)? Barangkali itu soalan terlintas di fikiran dua rakan saya di bawah.
Eh! Bukan cleaners ini!
Ini maksud saya.
Presiden sudah bilang STOP!
Jom kita pulang ke Malaysia pak! Jom!
bambang kurang comel dari pak cik!!
BalasPadamSelamat kembali ke tanahair dengan segala pengalaman pahit manis dan TAHNIAH kerana telah menjalankan tugas dan kewajipan dengan jayanya. :)
BalasPadamhahaha. good job abg Mazidul!!!! sungguh berkesan lawak jenaka anda dalam entry kali ni, mampu mengekalkan kesegaran sy pada pagi hari ni, memandangkan hujan tidak henti di Tronoh mampu membuatkan mata minta bantal untuk tido semula. owh ye, hati2 pulang ke Malaysia ye pak.. eh silap, encik... hahaha
BalasPadammenghayati kecantikan gadis-gadis Indonesia.. barangkali satu cara menghilangkan kerinduan dan stress berkerja... tidak begitu Mazidul..???
BalasPadamTapi cleaner tu.. memang comel pun..macam aktress Indonesia.. bahaya dibawa bekerja di sini...Boleh perang besar tu...!!!!!
Dalam serius kamu ini pinter bercanda ya Pak!..hehehe
BalasPadamApa pun tahniah dan sekalung terima kasih kerana kalian kami di sini boleh terlompat kegembiraan menikmati kilaun emas dari bumi 'pelik' itu!
Pheewww akhirnya...
BalasPadamAmg MAZ, jika KL pula jadi host sukan SEA nanti, adakah kontinjen dari Indon akan diberi layanan sama yang diterima oleh kontinjen Malaysia?
TQ mazidul banyak berkongsi cerita, pengalaman dan cabaran berada d Palembang! Korang juga juara sukan sea...
BalasPadam^_^ terima kasih..terima kasih..terima kasih... ^_^ laporan Suka Sea pada tahun ini bukan sahaja diikuti melalui tv.. malah melalui blog juga..terima kasih sekali lagi en.mazidul dan rakan-rakan yang bekerja di sana untuk kami peminat sukan / rakyat Malaysia. Ya Allah, Permudahkan perjalanan pulang mereka ini.. amin..
BalasPadambingkisan dari jakarta yg paling menarik. haha...
BalasPadamtahniah dan terima kasih!
hahaha..macam2 cite kat sane ek..
BalasPadamSeronok juga melihat telatah masing2
BalasPadamwalaupun hanya memakan POP MEE.. hik3..
Jgn selalu PAK, bisa botak kepalanya..
Tahniah Suryani kerana menggondol emas
utk acara rifle... I LIKE.. Super Woman
Skrg sudah di Msia belasah nasi putih with Kari... lega perut tuh...
Syabas Saudara !
BalasPadamSungguh berwarna-warni tampalan blog saudara selama berada di Tanah Palembang.
Terlalu banyak yang harus dicerna disebalik catatan saudara yang kelihatan begitu bersahaja namun demikian dalam maksudnya.
Terlalu banyak yang menjadi tauladan dan sempadan buat menitip jejak di hari mendatang.
Terima Kasih untuk semua perkongsian ini. Sesungguhnya... !
syabas Pak...semoga diberkati oleh Allah..
BalasPadamSMTI :-)
BalasPadamakhirnyaaaa......selamat kembali abg...pasnih leh cover tido puas2.. ;)
BalasPadamSalam PAKCIK mazidul, saya tengok tiga kali gambar minah cleaner tu kat entry ni. Hahahahahaha.. Pakcik tak ajak dia datang KL? Kalau kat KL, takyah kerja cleaner. heheheheh..
BalasPadamCongrats to your team for the excellent coverage of our contingent.
Tahniah utk blog entries bermula dari hari pertama Sukan Sea ke-26 especially kisah betapa susahnya media bekerja kat sana.
Tahniah. Harap dapat bertemu gadis cleaner tu, satu hari nanti.
Selamat pulang PAKCIK.
selamat kembali - artikel ni menarik...buat saya gelak sorg2
BalasPadamSelamat kembali..
BalasPadamops.. saya lah yang lebih chomel hehe
Terima kasih semua, saya membaca setiap komen dicatatkan di sini.
BalasPadamBenar kata pepatah Melayu, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, biarlah kita bermastautin di negeri sendiri.
Dalam kes ini, negara sendiri, Malaysia.
Hazrey, awek tu sanggup memakai contact lenses biarpun terpaksa dibasuh menggunakan air paip.
BalasPadamliputan terbaik, syabas
BalasPadamselamat kembali, memang negara kita juga yg terbaik
Tahniah Bro...Hard Workin' Man
BalasPadamsatu perbezaan perkataan diantara Malaysia dan Indonesia ialah perkataan 'tewas'..bagi kita tewas adalah tumpas atau kalah..bagi mereka tewas membawa maksud 'mati'
BalasPadamjadi ulasan kita seperti 'pasukan harimau muda menewaskan garuda' tidak disenangi mereka...hahaha..peace to all...
selamat kembali ke malaysia...jadikan pengalaman disana untuk memajukan diri dalam bidang kewartawanan..
BalasPadammemang tak dinafikan, tahun 2011, mentaliti zaman 60an masih menebal dalam jiwa orang kat sana...
tak senang dengan negara jiran...mudah diperbodohkan dengan isu-isu remeh...walaupun isu tersebut belum pasti kesahihannya...
awek tadi, kalau buat bini pun, tak rugi...sedap mata memandang...kalau islam, alhamdulillah...
memang balik awal jelah jawabnya...he..he..he...
good job kepada rakan-rakan yang lain...
smti
BalasPadamSaya sangat terkagum dengan betapa banyaknya gambar2 di upload melalui entry kali ni (dan semua entry2 di Palembang). Sana pun ada Unifi ke bang?? :)
BalasPadamsmti,
BalasPadamselamat pulang ke Tanahair..
Terbaek...slain laporan yg ditonton di tv3...seronok membaca laporan dlm blog ni...terasa da tau dah palembang ni camne...=) terbaek bro..selamat kembali ke Sri pentas...!!!
BalasPadamTahniah kerana menghidangkan kisah-kisah yg menarik dan memberi pengajaran. Bergambar dgn pak polisi kena bayar gak?
BalasPadamBesr,rasa tengok tv pulak..kenapa tak bawa cleaner tu balik Malaysia sekali?cute ler...kalau kat sini gerenti nak jadi artis je kalau lawa camtu..
BalasPadam