Ahad, Oktober 16, 2011

"MENGGELETAR ..."

Jam 10.30 pagi saya dan Razali tiba di Pusat Dagangan Dunia Putra, PWTC. Apapun aksi di bawah tidak mempunyai kaitan dengan saranan lelaki mampu beristeri dua atau lebih.

Kru 666, Razali menerangkan kepada pelanggan di gerai 3165, Aras 3, Dewan Tun Razak berhubung produk Kasturi Syifa dan peralatan elektronik digunakan oleh kru kami sewaktu tinjauan.


Sebelum jam 11 pagi, Jet Da Brutal tiba di lokasi sama.


Anak kecil berusia 10 tahun berikut, datang bersama keluarganya bertanyakan pelbagai soalan kepada kru bertugas.


Azree, Atoi, Asyraf dan Alfee tiba pada jam 12.20 tengah hari.


Alfee, berbaju belang merah dan biru datang bersama tunangnya.

"Baju saiz M satu," pesan Alfee.

Baju Penyingkap Fakta dihadiahkannya kepada insan tersayang.


Saya difahamkan, nama timang-timangannya sejak kecil, 'Boboi' dan Alfee gemarkan iklan gula-gula Sugus.

"Kalau ternampak iklan, dia mesti berdiri di hadapan TV dan menari," ujar adik-beradiknya.

Itu dahulu, kini Alfee sudah dewasa, berusia 32 tahun. 

Mereka berdua sempat melihat kakitangan Kasturi Syifa' membuat rawatan menggunakan minyak wangi diaurakan dengan bacaan ayat Al-Quran.


Pengunjung berpusu-pusu datang menghampiri gerai.


Hari terakhir Halfest, harga istimewa ditawarkan.

Sebotol minyak Kasturi Syifa' dan baju Penyingkap Fakta dijual dengan harga RM50 sahaja.


"Saya ustaz mengajar di sekolah, berasal dari Penampang, Kota Kinabalu, Sabah. Memang dari universiti sampai sekarang menjadi pembaca blog abang Mazidul," ujar Lutfy Hafifiy, 25 tahun.


Terima kasih ustaz.


Sekalung penghargaan juga dirakamkan kepada pengikut blog Penyingkap Fakta, Mohd Suhimi Salim, 45 tahun berasal dari Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor.


"Kalau sehari tidak membaca blog, macam kena Parkinson, menggeletar," ujarnya berseloroh.

Dari temubual bersama kru 666, saya membuat kesimpulan Suhimi membaca semua tampalan saya nukilkan di blog ini dan Penyingkap Fakta, dia pengikut blog hardcore.

"Saya kena sokong awak semua ini. Lagipun bukan mudah engkau orang hendak menghasilkan t-shirt ini semua, kan?," soal Suhimi sekaligus memandang tepat ke wajah Razali.

Hati teruja mendengar kenyataan itu, saya pasti persoalan sama turut mengusik perasaan Razali. Hemat saya, Suhimi bak memahami semua cabaran getir kami lalui untuk sampai ke tahap ini.

Apapun, terima kasih kepada semua pengujung sudi melawati gerai.

4 ulasan:

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.