Ahad, Oktober 16, 2011

PASSWORD DI GERAI 3165 HALFEST 2011

Salam kepada semua pembaca.

Halfest 2011 berlangsung di PWTC sejak Rabu lalu dan untuk rekod kru 666 akan berada di gerai 3165, Aras 3, Dewan Tun Razak di antara jam 11 pagi dan 7 malam.


Kepada pembaca berkelapangan, dijemput menziarahi kami bersama keluarga di lokasi sama.

Melalui pengamatan saya, Halfest menyediakan ruang dan peluang untuk peniaga tempatan memperkenalkan produk keluaran syarikat mereka. Lebih 600 pengusaha gerai, antaranya menjual serunding ikan bilis, pakaian, barangan dapur, bahan bacaan dan bermacam jenis makanan dan minum denghan harga berpatutan.

Kru 666 berada di Halfest untuk menjual baju Penyingkap Fakta sekaligus membantu syarikat Cinta Aroma Enterprise memasarkan minyak wangi diaurakan dengan bacaan 30 juz Al-Quran, Kasturi Syifa'.

Pagi semalam, penulis dan penceramah motivasi berhubung soal kewangan, Shamsuddin Kadir singgah di gerai menempatkan kru 666.


Shamsuddin mendapatkan sehelai baju 666 edisi khas Penyingkap Fakta manakala isteri beliau membeli sebotol minyak wangi Kasturi Syifa'.


Pengarah Urusan Cinta Aroma Enterprise juga perawat Kasturi Syifa', ustaz Aznil Zulkifli bersama rakan lain akan berada di gerai untuk menawarkan rawatan secara percuma pada hari terakhir Halfest ini.


Kira-kira jam 4.30 petang semalam, stokis Kasturi Syifa' di Kuching, Sarawak, ustaz Sharifuddin Bujang turut hadir bertemu kami. Beliau dan pengunjung diberikan taklimat ringkas berhubung aktiviti kru 666.


Jam 5 petang semalam, ustaz Aznil dan Hafiz diberikan peluang menerangkan informasi berhubung minyak wangi Kasturi Syifa' kepada pengunjung di pentas utama.


Pengunjung bertuah menerima hadiah berupa barangan Kasturi Syifa'.


Terima kasih kerana menaruh kepercayaan kepada saya mengendalikan sesi selama 30 minit terbabit biarpun tidak dirancang.

Saya yakin, perkongsian ilmu dan dakwah berupaya dilaksanakan dengan pelbagai kaedah.

Sebaik sesi tamat, gerai Kasturi Syifa' terus diserbu ratusan pengunjung, sebilangan mereka mendapatkan rawatan menggunakan kaedah Islam secara percuma di samping membeli barangan dijual.

Sambil merawat, Samsung Galaxy Tab tetap tergenggan erat di tangan ustaz Hafiz.


Dahulu, golongan bijak pandai agama dan Al-hafiz lazimnya dikaitkan dengan kehidupan daif, kini keadaan jauh berubah. Mereka usahawan celik IT sekaligus berpeluang menyebarkan dakwah Islamiah dengan kaedah tersendiri.

Saya amat berbangga melihat pencapaian sebegitu. Kaedah dakwah diadaptasikan dengan tuntutan cara hidup semasa.


Hari ini, kru 666 akan terus memasarkan baju Penyingkap Fakta tetapi kepada pembaca blog sudi hadir ke gerai, kami berikan harga istimewa.

Harga asal baju berkualiti itu RM25 sehelai.


Jika pembeli menyatakan kata laluan, password 'Penyingkap Fakta', secara automatik harga baju sama diturunkan kepada RM23.


Alamak! 

Atoi lagi ...

Kita berjumpa di gerai 3165!

Pembaca juga boleh mendapatkan bekalan minyak Kasturi Syifa' dengan secara terus menhubungi Puan Lin di talian 012 6277 300.

3 ulasan:

  1. memang best arr dpt jumpa pengasas & panel perawat kasturi syifa'...juga bersama team 666...gabungan mantap ni!

    BalasPadam
  2. Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada semua yang mengunjungi kami sepanjang di Halfest ini.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.