Zaman dahulu, ilmu kebal diperturunkan oleh mahaguru dalam tempoh lama. Ilmu sama diberitakan hanya diwariskan kepada anak murid terpilih agar tidak disalahgunakan.
Untuk bertemu mahaguru, sebilangan anak murid terpaksa menempuh pedih jerih, merentasi hutan belantara, mendepani binatang buas, mendaki gunung dan menuruni lembah.
Maklumlah, mahaguru zaman dahulu lazimnya bertapa di dalam gua di puncak gunung pula.
Ringkasnya hanya anak murid tabah, berani dan cukup amalan diri berpeluang mewarisi ilmu kebal, bukan Dick, Tom atau Harry.
Ya, ilmu kebal, ilmu hebat, menjadi impian ramai.
Hang Jebat contohnya, dilaporkan kebal sewaktu bertikam dengan kekandanya, Hang Tuah kerana dia memiliki keris Taming Sari.
Jebat terbunuh selepas keris terbabit bertukar tangan kepada Hang Tuah.
Bayangkan jika ilmu kebal berupaya dipelajari sekaligus diperturunkan sewenang-wenangnya pada zaman ini. Hemat saya, pasti ramai penjenayah, perompak, perogol dan pembunuh, bermaharaja lela lalu sukar ditumpaskan oleh pihak berkuasa.
"Yeah! Yeah! Yeah! Aku kebal! Aku Kebal! Tembaklah! Cepat! Cepat!," jerit penjenayah kepada polis.
Polis bertugas pasti akan terpaku dan ternganga.
Jika tidak begitu, mereka juga akan menjerit.
"Aku pun kebal juga! Kebal juga! Hahahahahahaha!"
Huh! Itu hanya imaginasi liar saya.
... tetapi berasas jika benar dakwaan ...
Ilmu kebal boleh diwarisi dalam tempoh 7 hari dengan kadar bayaran RM250. Lebih menarik, bayaran boleh dijelaskan dengan menggunakan kad kredit, Mastercard atau Visa.
Perincian dakwaan, sila klik di sini.
apasal saya rasa macam scam je website tu? ntah betul ntah tidak ilmu kebal tu menjad bila dah bayar tu...
BalasPadamRasullullah S.A.W sendiri cedera semasa peperangan.
BalasPadamHati hati dengan ilmu ilmu yang pelik, silap haribulan boleh jatuh syirik.
Bahasa Melayu VS Nihonggo(Bahasa Jepun )
Ilmu ini saya yakin ada "pendamping" yang akan "menjaga" tuannya. Tatkala maut menghampiri tuannya, "ia" akan mengacau ahli keluarga pulak. Nak ambik ilmu pelik pelik ni, mudah. Nak keluarkan bukannya mudah.
BalasPadamerrr...ada ek lai benda2 kebal cam2?
BalasPadamRM250 je?
BalasPadamni satu contoh yg baik utk menuntut ilmu kebal..
BalasPadamcuma silap tersalah pilih mahaguru... huhu.. !!
http://mymetrohub.wordpress.com/2011/09/19/kes-orang-minyak-di-taman-pinggiran-batu-caves-gombak-perlu-rogol-99-anak-dara/
http://alamghaib.com/Almunajat.php
BalasPadammungkin di 'copy paste' dari web ini
http://nur9.blogspot.com/2009/10/ilmu-tenaga-dalam-inti-bumi.html
Harap-harap pihak berkenaan ambil berat perkara ini, jangan sampai pisang berbuah dua kali... Terima kasih dan syabas kepada usaha Bro Mazidul diatas pendedahan ini...
uik... betul ke... hebat zaman akrg ek. kalau ada orang buat.. nampak betul jahilnya
BalasPadam