Isnin, Oktober 10, 2011

MENGAPA GAJAH ITU MASIH BERDIRI?

Bangunan di bawah terletak di antara 2 kawasan penempatan, Apartment Salvia dan Tania, di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Perhatikan suasana di sekeliling bangunan sama.


Oh! Bangunan apa? 


Koperasi Wanita Subang Selangor Berhad, melalui pengamatan saya, tidak pernah beroperasi sejak lebih 5 tahun lalu.

Lihat sambungan elektrik berikut.


Lazimnya, bangunan terbiar tidak digunakan digelar projek gajah putih. Timbul beberapa persoalan, mengapa gajah ini masih berdiri di lokasi itu?

Pihak manakah mendirikan bangunan terbabit? Wang siapakah dilaburkan untuk pembinaan struktur itu? Mengapa koperasi terbabit tidak beroperasi?


Jika ruang di dalam bangunan sama disewakan kepada peniaga, pasti berfaedah untuk masyarakat. Dapat juga mereka mencari sumber rezeki untuk menyara kehidupan keluarga.

Maka tidak perlu mereka berniaga di tepi jalan dan berulangkali disaman oleh penguatkuasa pihak berkuasa tempatan.

Tapak bangunan juga boleh dijadikan tempat memakir kenderaan di kawasan berpenduduk padat itu.


Lebih menimbulkan tanda tanya, tanah padang milik Majlis Agama Islam Selangor terletak di kawasan berhampiran juga kini telah dipagar.


Projek apa? Di manakah papan tanda mencatatkan butiran projek? Siapa meluluskan projek itu? Akaun pihak mana digunakan? Harus diingat, niat tidak menghalalkan cara.

4 ulasan:

  1. Boleh di'wangi'kan gajah itu - kalau boleh buka jadi kedai minyak wangi kasturi syifa' - kalaulah ya...

    BalasPadam
  2. bnyk persoalan yg memerlukan jawapan... hmmm....

    BalasPadam
  3. salah ke di pagar padang tue??tgk laa kereta parking kat luar tue...
    klu budak2 main bola..sepak kena kereta orang..kan susah...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.