Jumaat, Oktober 14, 2011

666 BERSETUJU DENGAN PANDANGAN TUN MAHATHIR

Halfest (Halal Fest) 2011 berlangsung di antara 12-16 Oktober.


Untuk rekod, kru 666 akan berada di gerai 3165, Aras 3, Dewan Tun Razak, Pusat Dagangan Dunia Putra, PWTC, Kuala Lumpur.

Kami berada di lokasi sama Rabu lalu, hari pertama Halfest dirasmikan.

Di samping membeli baju Penyingkap Fakta, pelanggan berpeluang mengajukan pelbagai persoalan berhubung tinjauan ke lokasi dikaitkan dengan entiti paranormal.

Saya ingin memetik kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ...

"Lambakan cerita hantu yang ditayangkan di televisyen dan menerusi filem ketika ini boleh menggalakkan kepercayaan karut yang tidak membantu membina masyarakat berproduktif, termasuk menyelesaikan masalah dengan pendekatan saintifik"

Baca kenyataan lengkap Tun Mahathir di sini.


Saranan dibangkitkan oleh Tun Mahathir dilihat selaras dengan objektif 666, menyingkap fakta tersurat dan tersirat di sebalik pelbagai kisah seram disebarkan di kalangan masyarakat Malaysia.

666 tidak membuta tuli 'menelan' informasi disalurkan oleh masyarakat dan kru kami menggunakan bermacam jenis peralatan elektronik sebagai alat bantu menghasilkan bacaan saintifik.

Barangkali kerana itu, gerai menempatkan kru 666 di Halfest mendapat sambutan hangat oleh ratusan pengunjung pelbagai agama, bangsa dan peringkat usia.

Pengunjung juga diberikan peluang untuk mencuba peralatan digunakan oleh kru kami.


Usah sesekali melepaskan peluang untuk membeli baju 666 edisi khas Penyingkap Fakta dengan harga RM25 di lokasi sama sekaligus berpeluang mencuba peralatan digunakan oleh kru kami.

Lihat sampel baju di sini.

Harga diskaun akan diberikan kepada sebilangan pengunjung bertuah, nantikan.

Untuk rekod, hasil jualan baju tidak digunakan untuk kepentingan peribadi tetapi dijadikan dana untuk memacu usaha tinjauan kru 666 ke lokasi lain di masa akan datang.

Lebih menarik, InsyaAllah pada petang ini, perakam imej ganjil, imam Masjid Sungai Besi, ustaz Zaharuddin Zainal juga bakal bersama kami di gerai, bersedia melayan pengunjung dan berkongsi pengalaman beliau.


Sila baca tampalan berhubung kejadian bersejarah itu di sini.

Pada masa sama, 10 pengunjung mendaftar sebagai stokis  Kasturi Syifa' di Halfest 2011 akan menerima baju Penyingkap Fakta secara PERCUMA. Jadi rebut peluang itu sambil menjadi usahawan memasarkan produk diaurakan dengan 30 juz Al-Quran, lebih 30 kali dikhatamkan, minyak Kasturi Syifa'.

Bagi pembaca tidak berpeluang berkunjung ke Halfest, stok minyak wangi terbabit juga boleh didapatkan dari Puan Lin 012 6277 300 secara terus atau dihantarkan melalui pos ke mana sahaja di Malaysia.


Beberapa perawat Kasturi Syifa' juga akan berada di gerai 3165 untuk menawarkan perkhidmatan mereka secara percuma kepada pengunjung memerlukan.

Jumpa di sana ...

2 ulasan:

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.