Menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar kekadang dianggap kelaziman sebilangan kita.
Mungkin kerana segelintir masyarakat lebih gemar memakai topi keledar ketika mereka tidak menunggang kenderaan.
Barangkali mereka khuatir kaki tergelincir ketika berjalan di atas simen.
Saya juga berpeluang merakamkan detik gembira dua lelaki dipercayai warga asing di lokasi sama.
Lebih gembira, peniaga cakera optik di pintu masuk premis.
Jika bimbang kegiatan dipantau, berhenti dan berehat buat seketika.
Jam 3 petang tadi, saya perhatikan langkah longlai warga emas ini.
Dia juga menuju ke lokasi sama.
... cuma tidak bertopi keledar kerana dia dipercayai berbangsa Cina.
Seperti dijangkakan oleh majoriti pembaca, semua aksi itu dirakamkan di ...
... dan di sini ...
Wajar jika sesekali penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor datang membuat pemeriksaan ke lokasi sama. Ramai pelanggan Melayu beragama Islam didapati membeli nombor ekor di tiga premis di Jalan TSB 9, Petaling Jaya terbabit.
Lebih molek jika mereka datang bersama penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Tau pula malu masa nak beli.. tu yg dok pakai helmet.... manusia2...
BalasPadamMula-mula nampak pre-post announcement kat FB. Dalam hati, mungkin Tuan nak bercerita berkisar topi keselamatan dikawasan pembinaan, kilang-kilang, ahli bomba, askar atau polis, rupa-rupanya.. kedai nombor.
BalasPadamGian nak tikam ekor punya pasal, telungkop muka dengan helmet pun jadilaaaahh.
BalasPadamIskandar, saya mengambil masa 3 jam untuk merakamkan 306 gambar di lokasi terbabit.
BalasPadamKesian kpd keluarga yg dpt ketua keluarga mcm ni. Nauzubillah kenal org2 mcm ni..mintak Tuhan jauhkan
BalasPadamSaya kira selalu lalui kedai 4 angka ni, tiap kali lalau mesti ramai yg masuk bertopi keledar, sampai anak saya tegur 'kenapa diaorg tak buka helmet mak' heheheheh
BalasPadamsaya cuma kata 'org klu bt dosa, mmg mcmtu, malu' :)
dimelaka sendiri pun banyak berlaku keadaan begini, tak kira dimana pun letaknya premis2 judi ini, hatta yang terletak depan masjid pun sama. pihak berkuasa memang tak larat nak pantau, yang nak dijaga bukan 2-3, malah ribuan...
BalasPadamDi Melaka sendiri pun banyak berlaku begini, tak kira dimana pun letaknya premis tersebut, hatta depan masjid pun ada. pihak berkuasa tak akan larat nak pantau, bukan 2-3, tapi ribuan..
BalasPadamSalam Bro...hahaha..pakai helmet berjalan, selalu nampak, office saya sebelah kedai jual nombor...memang ramai yg bertopi keledar masuk...hehehhe
BalasPadam