Rabu, Oktober 17, 2012

ABANG HENDAK 'EKSTRA'?

Undang Undang Kecil jelas menyatakan, hanya lelaki dibenarkan mengurut lelaki manakala wanita mengurut kaum sejenis. 

Jika undang undang itu dipatuhi, saya percaya, pasti banyak premis menawarkan perkhidmatan mengurut bakal gulung tikar. 

Dalam episod Majalah bakal dipaparkan Sabtu ini, saya menemu bual beberapa pengurut wanita serta lelaki berusia 50 tahun, ketagih 'diurut' sekaligus memuaskan tuntutan batinnya.

Melalui rakaman temu bual itu, mereka mendedahkan kegiatan sebenar berlaku di majoriti pusat urut memandang lekeh peraturan ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Majalah 3 kali ini akan disiarkan pada jam 11 malam, bukan 9 malam seperti biasa untuk memberikan peluang kepada semua peminat bola sepak menonton perlawanan akhir Piala Malaysia, pasukan Kelantan menentang pasukan Angkatan Tentera Malaysia, ATM.

Saksikan klip promo disunting oleh Izzul Iswat.


Majalah 3, Sabtu, jam 11 malam.

3 ulasan:

  1. betul tu bro... rata2 pun yg nak pergi mengurut ni dikalangan lelaki dan mesti dia pergi kedai urut dgn harapan tukang urut tu orang perempuan. takkan dia nak orang lelaki buat urut batin kan hehehe... melainkan dia gay

    BalasPadam
  2. waa... meletop !!
    musti rating melonjak/melambung2 naik Sabtu, jam 11 malam nnt.. caya la !!!

    BalasPadam
  3. SMTI-siapa tauke dia? Orang #### kan? Perosak bangsa, bahasa, negata dan agama.


    Salam dari jauh, phone tak de roaming....mahal lah. Maaf ye bang.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.