Selasa, Oktober 22, 2013

DILEMA WANITA 35 TAHUN

Lazimnya setiap gadis mencari teman lelaki dan mungkn dijadikan pasangan hidup sewaktu masih muda, tatkala usia mereka mencecah pertengahan 20 an. Ketika itu kehidupan lebih ceria dan majoriti gadis sedang menuntut di pusat pengajian tinggi. 

Pasangan bercinta bak Romeo dan Juliet. Kejujuran dijadikan asas percintaan, kecurangan cuba dielakkan demi memelihara keserasian.

Mereka saling mengambil berat di antara satu sama lain biarpun sesekali hubungan itu mungkin dicemari oleh perasaan cemburu keterlaluan. Sebilangan hubungan mungkin terhenti di tengah jalan berikutan faktor kekurangan persefahaman di antara pasangan manakala ramai gadis meneruskan perhubungan dijalin berpaksakan cinta suci sehingga ke jinjang pelamin. Dari titik itu maka wanita berpeluang melahirkan zuriat sebagai penyambung keturunan di masa akan datang.

Namun tidak semua gadis berpeluang menempuh kehidupan membahagiakan seperti itu. Lihat di sekeliling kita dan cuba mencungkil fakta sebenar. Ramai antara kita mempunyai kenalan masih tidak mempunyai pasangan sejati tatkala mereka berusia 35 tahun.

Pada pandangan saya, gadis bertukar status kepada 'wanita' pada usia 35 tahun.  Mungkin terdapat sebilangan pembaca kurang bersetuju dengan angka dipilih itu tetapi itulah pendapat peribadi saya. Wanita ketka itu lebih matang dari aspek pemikiran dan tindakan. Wanita berkerjaya tentunya berada dalam keadaan stabil dari sudut kewangan. Tambahan pula sikap wanita, bijak berjimat dalam perbelanjaan. Dalam erti kata lain, mereka mampu berdikari tanpa bantuan insan bergelar lelaki.

Jadi tidak hairan jika ramai wanita pada usia petengahan 30 an berasa mereka tidak terlalu memerlukan lelaki sebagai pasangan hidup. Tambahan pula jika kehadiran lelaki menjadikan mereka bak mendukung biawak hidup.

"Biarlah saya membujang, hidup lebih bebas, tiada siapa mengongkong pergerakan"

Itu antara zikir harian mereka.

Namun selarikah kenyataan itu berbanding hakikat sebenar tersirat di dalam jiwa mereka? Benarkan mereka tidak memerlukan lelaki atau kerana wujud halangan untuk mereka didekati?
Jika saya berpeluang menyingkap jiwa wanita pada usia 35 tahun, sudah pasti saya tidak akan melepaskan peluang itu.

Sebagai contoh, jika wanita bertugas sebagai jurutera berpengalaman, siapakah antara lelaki berani untuk menghampiri mereka? Lelaki bagaimanakah tergamak memperjudikan maruah untuk menawan hati mereka? Mungkin ada tetapi hakikatnya ramai lelaki berasa rendah diri andai tidak mempunyai kerjaya setahap dengan wanita itu.

Pastinya kadar pendapatan bulanan antara faktor dijadikan sandaran perbandingan di antara kedua individu berbeza jantina itu. Mungkin sebilangan pembaca melabelkan saya sebagai pemikir ortodoks namun itu hakikat didepani oleh ramai wanta berusia 35 tahun. 

Pada usia unik itu, majoriti wanita lazimnya telah menempuh pelbagai pengalaman pahit manis alam percintaan. Getir mereka telan, bahagia buat seketika mereka abadikan sebagai kenangan. Segelintir daripada wanita berkerjaya profesional itu mungkin juga pernah dikecewakan ke tahap kritikal dan berikutan itu mereka berasa tertekan serta janggal dengan kehadiran lelaki. Walhal disedari ataupun tidak, mungkin mereka juga pernah mengecewakan kaum Adam.   

Jika diamati, kelompok wanita sama juga amat sukar untuk mempercayai kredibiliti serta tindakan lelaki. Selalunya mereka bersikap lebih berhati-hati andai menjangkakan hati bakal disunting dek lelaki kerana percaya jodoh pertemuan di tangan Allah.  


Jika mempunyai pandangan berhubung dilema wanita berusia 35 tahun, sila kongsikan di ruang komen.


14 ulasan:

  1. Masalah utama sekarang adalah majoriti lelaki kurang bernasib baik dalam kerjaya menyebabkan lelaki tidak berani melamar wanita berstatus tinggi. Ramai juga lelaki yang berpendidikan tinggi tapi hanya bekerja biasa biasa saja. Mau meminang wanita ini poket kena tebal juga sebab keluarga mereka pasti memberi alasan hantaran harus sepadan

    BalasPadam
  2. Ada juga lelaki yg berminat tetapi takut wanita yg tak mahu dan terlalu memilih...

    BalasPadam
  3. Betui na..kaum hawa sekarang lebih advance dlm karier mereka..Lelaki Melayu pulak, sorry kalau ada yg terasa, ada masalah inferiority complex. Depa x mau kalah dgn perempuan yg lebih berjaya drp depa..Ada lelaki, bukan semua naa, disebabkan ego atau kurang matang akan gunakan ayat2 yg kureng digemari oleh kaum perempuan..Contoh yer..."Ooo, mentang2 hang gaji besaq drp aku, jadi hang menjawab dgn aku yer??" Ataupun depa mula sindir2, kutuk2 - ini tabiat lelaki yg mulut mcm longkang lar - padahal kaum wanita ni penyumbang ekonomi yg penting pd negara naa... In short, lelaki Melayu dibanding dgn bangsa lain mcm Mat Salleh ka, kurang terbuka..Skrg zaman org pi angkasa lepas mcm pi jln2 makan angin so kena lar ubah persepsi..Layan kaum wanita sebagai setaraf na..bukan 2nd class citizens..Dlm Islam pun x ada larangan kalau isteri lebih berjaya dlm kerjaya dibanding dgn si suami selagi dia hormat pada suami & keluarga suami, jaga anak2, harta benda, & yg penting sekali, pelihara kehormatannya semasa dia pi bekerja di pejabat sepanjang hari...Peace to all!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh saudara/i jelaskan mana2 perenggan (atau dalil) dalam Islam mahupun al-Quran yg mengatakan (dan boleh membuktikan) kenyataan ini : "Dlm Islam pun x ada larangan kalau isteri lebih berjaya dlm kerjaya dibanding dgn si suami selagi dia hormat pada suami & keluarga suami, jaga anak2, harta benda, & yg penting sekali, pelihara kehormatannya semasa dia pi bekerja di pejabat sepanjang hari...Peace to all!"

      Cuma saya prihatin (dan khuatir) tentang tindakan saudara/i sewenang2nya memetik agama dan istilah Islam untuk membuktikan kebenaran kenyataan itu; tanpa penjelasan sewajarnya.

      Jika ada kebenarannya, baguslah jika perkara ini menjadi satu perkongsian yg berfaedah & bermakna.

      Padam
    2. Mudah saja contohnya:

      Nabi Muhammad SAW sebelum diangkat menjadi Rasulullah pernah bekerja dengan Saidatina Khadijah iaitu bakal isteri dan Ummul Mukminun. Saidatina Khadijah ialah bangsawan kaya raya kaum Quraisy, mempunyai pendapatan jauh lebih tinggi berbanding kaum lelaki zaman itu.

      Pada saat dilamar oleh Rasulullah, Khadijah mempunyai kerjaya yang advance dalam perniagaan, ada kedudukan dan dihormati oleh golongan bangsawan Quraisy.

      Rasulullah pula bukannya peniaga berpendapatan jutaan Dinar dan Dirham seperti Khadijah. "Not in the same business & entrepreneur league". Namun, lamarannya diterima lantaran kemuliaan akhlaq, budi pekerti dan lebih penting lagi keimanan. Walau tidak kaya dinar dan Dirham, Rasulullah kaya dengan iman dan makrifatullah, unggul dihadapan dari aspek keimanan hingga kiamat atau sampai bila-bila (kerana dia kekasih Allah - pasti kelebihan ini miliknya).

      Maksudnya disini, kaum lelaki perlu mempunyai kekuatan iman yang tinggi untuk membimbing wanita berumur 35 tahun keatas. Dengan iman yang mantap, lelaki akan lebih dihormati oleh kaum hawa yang hatinya cenderung ke arah Islam. Kalau setakat pandai meng"ayat-ayat cinta", dibimbangi bahtera yang dibina mungkin karam ditengah lautan gelora rumah tangga yang pelbagai pada zaman ini.

      Padam
    3. To aKu YaNg TuLiS Khamis, 24 Oktober 2013 3:01:00 PTG GMT+8

      Hang da dpt jawapan dak?? Ni nak tny hang sikit..yg hang pi pakai logo toksik tu apasai?? Hang toksik ka?? Camni lar..hang ada masa pi baca riwayat2 nabi..contohi sifat & akhlak mulia Rasulullah..Jangan suka2 serkap jarang na...Membaca utk menimba ilmu, ilmu itu senjata..Terima kasih no sebab membaca!!

      Padam
  4. Rasanya ada je wanita yang se'complicated' itu. Lelaki tak penah cuba bertanya, 'sudi ke kalau saya mencuba?'. Asyik assume...assume...assume. Lepas tu takut kena reject. Lepas tu assume lagi. Macam mana nak tahu cinta awak berbalas atau tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju sgt3!! lelaki mmg suka assume pastu tak yakin dgn diri sendiri. sbb kebanyakan wanita bekerjaya ni masih berfikiran ortodoks "takkan perigi cari timba" dan mereka mahu tapi malu.

      Padam
    2. ya setuju. ramai wanita masih terikat dengan takkan perigi mencari timba. tak semua wanita profesional ni tak bole didekati.mereka pun kena jaga maruah.kalo lelaki berkenan apa salahnya bertanya dulu dan bukan buat anggapan melulu. bila lelaki berani menyuarakan hasrat hati, saya percaya wanita takkan tolak mentah2.apapun memang byk perkara wanita profesional ni kena pertimbangkan.

      Padam
  5. zaman sekarang di malaysia perempuan lebih ramai dari lelaki. Di universiti pelajar perempuan lebih ramai dari lelaki.mengikut Islam pilihlah diantara calon isteri anda yang mempunyai harta dunia dan akhirat. banyak sangat pilihan kalau dah perempuan tue sombong dan angkuh dengan apa yang dikecapi sapa nak layan. pilihan masih berlambak bak kata pepatah bunga bukan sekuntum.

    BalasPadam
  6. Dah pendapat peribadi. Pasti tidak akan sama dengan pandangan dan pendapat orang lain pula.

    BalasPadam
  7. Betul ke sdra Matkilau Penang kat Msia lebih ramai perempuan dari lelaki. Mungkin lebih sesuai ... lelaki yg boleh dipertimbangkan untuk jadi calon suami mungkin ya sebab kalau mengambil kira bilangan penghuni penjara dan pusat serenti statistik berbeza. Perempuan pun berhak memilih. Kalau lepas kahwin kena tanggung suami dan anak baik tak payah. kena pulak suami dah lah ditanggung berlagak bos. Bab nafkah tak pe istri kena tolong tapi bab nak control istri ikut islam istri kena patuh. Sebab tu perempuan berkerjaya akan fikir beribu kali utk cari calon suami.

    BalasPadam
  8. susah nk cari yg beriman dan amal soleh. kalu ada pun biasanya dah kawen awal. poligami di malaysia atau mana2 tempat pun satu perkara yg sensitif. sifat wanita yg cemburu ( Allah yg letak sifat nie ) jugak satu halangan poligami. pelbagai alasan ketidakadilan suami, ketidak mampuan suami, kekejaman suami dll satu alasan kukuh tuk menutup alasan sebenar yg utama yakni CEMBURU. walhal ramai lagi yg hidup bahagia berpoligami cuma tidak diHIGHLIGHTkan di media massa. sume yg negatif ttg poligami di war war kan hingga wanita fobia mendengar perkataan POLIGAMI.

    cuma satu aku tak setuju dgn lelaki yg berpoligami atau berhasrat ke arah tu.. YAKNI ILMU AGAMA. dlm islam ada kitab khas bab poligami nie dan rata2 lelaki tak tau dan tak mengaji bab nie.

    aku dah baca so aku mmg takut tuk berpoligami kerna ianya sangat menekankan aspek KEADILAN.

    KESIMPULANNYA CARI LAH LELAKI YG TAKUT TUK POLIGAMI....

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.