Khamis, Oktober 24, 2013

GAMBAR MANGSA AMUKAN PENGIKUT AJARAN SESAT

Nampaknya dalam tempoh 3 hari berlaku 3 kes bunuh di lokasi berasingan di Lembah Klang.

Pagi tadi, lelaki berusia 26 tahun dipercayai pengikut ajaran sesat atau mengalami tekanan jiwa, menikam 4 orang awam di Stesyen Putra LRT Taman Gombak dan Taman Melati menggunakan pisau Rambo. Berikutan itu,  2 mangsa maut dan 2 lagi dilaporkan cedera parah.

Berikut antara gambar mangsa dihantar kepada saya.


Suspek berjaya diberkas oleh orang ramai dan diserahkan kepada polis. Klik di sini untuk membaca laporan akhbar Utusan Online.


13 ulasan:

  1. Menakutkan zaman sekarang ni, macam2 boleh jadi walapun berada ditempat awam. Tiba2 teringat anak2 yang berada di rumah.

    BalasPadam
  2. Kawan tempat kerja saya ni.Kebelakangan ni memag cept naik angin.Tak sangka sejauh ni tindakan nye..Pagi tadi dia minta Maaf kt Kekawan dia..

    BalasPadam
  3. kerajaan mesti serius nak hapuskan dadah.punca semua masaalah ialah dadah.kabel telefon,samun atm,ragut Romkpak ,Culik dll jenayah sekarang ni ialah DADAH.Nak DUIT nak beli DADAH..Kerajaan akan rugi lebih banyak kalau takut nak bertindak. Selesaikan masaalah DADAH dan kuatkan DIDIKAN KEAGAMAAN INSYALLAH masaalah dapat di selesaikan.

    BalasPadam
  4. MASAALAH POKOK ADALAH KURANG DIDIKAN AGAMA.DAN POKOK KEPADA JENAYAH RAGUT,SAMUN,CURI KABEL TELEFON,PECAH ATM CULIK DAN LAIN2 JENAYAH ADALAH DADAH..DADAH..KERAJAAN AKAN LEBIH BERMASAALAH LAGI KALAU TIDAK BERSUNGGUH-SUNGGUH MENCEGAH MASAALAH DADAH,RAKYAT AKAN RASA TIDAK SELAMAT DIMANA2 SAJA ,DIRUMAH,DITEMPAT AWAM,DITAMAN DITEMPAT2 REAKRASI ADAKAH KITA SELESA HIDUP DALAM SUASANA SEMACAM INI.

    BalasPadam
  5. Tekanan rakyat yang tidak dpt dibendung dgn kenaikan pebelanjaan hidup, harga minyak meningkat dan harga brg naik mendadak.. Pemimpin senang rakyat tertekan.

    BalasPadam
  6. dah rasa takut walaupun berada di tempat public... tak terjangka langsung difikiran..

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum,

    Izinkan saya ingin membuat sedikit ulasan dari perspektif yang berbeza daripada komen yang sedia ada.

    Kejadian melibatkan tiga orang mangsa berbangsa cina dan seorang warga indonesia yang bekerja dengan bangsa cina. Manakala pelaku adalah bangsa melayu beragama islam. Kes ini bukan bermotifkan rompakkan tetapi di war-warkan sebagai tindakan seorang yang ekstrem terhadap agama dan di gelar penganut ajaran sesat kerna tidak berhenti berzikir walaupun sudah ditangkap dan menyatakan kepada salah seorang mangsanya bahwa ini adalah tanggungjawabnya.

    Sekiranya boleh saya nyatakan sekarang ini semakin ramai golongan melayu islam yang mengamalkan ajaran islam sebaik mungkin walaupun cabaran bagi yang lain2nya kadang2 tak tercapai akal memikirkanya berbanding waktu terdahulu. Contohnya walaupun tidak menutup aurat bagi wanita secara keseluruhannya tetapi sekurangnya sampai ke peringkat memakai tudung di kepala dan semakin ramai anak-anak muda yang sebegini. Insyallah akhirnya nanti menutup keseluruhan aurat peringkat sterusnya. Namun begitu terdapat juga lebih ekstreem sehingga segala-galanya haram kerana kejadian manusia ini hanya untuk beribadah semata-mata.

    Berbalik kepada kes yang tersebut, tidakkah terlintas difikiran kita bahwasanya kejadian ini berlaku kerana tekanan perasaan berikutan daripada tekanan yang semakin melampau pemimpin dan warga bangsa2 lain yang semakin menjadi2 memperlekehkan agama islam yang menjadi tonggak agama negara. Tidak apayah saya sebutkan berapa banyak tetapi cukuplah dengan kalimah Allah dan ibadah korban yang seolah-olah masyarakat melayu islam perlu mendapatkan kelulusan semua bagi melaksanakan ibadah yang sebelum ini tidak pernah ujud.

    Pemimpin kerajaan yang memerintah umpama malu dan layu untuk tegas mempertahankan hak-hak ini atas dasar kepentingan keharmonian atau politik semata2. Masyarakat yang tonggak utama kehidupan adalah agama yang dijunjung menjadi semakin sakit hati dan memendam rasa. Namun kesakitan hati itu tidak terubat langsung bila melihat pemimpin yang dipilih dan diharapkan seolah melihat perkara ini seperti bukan keutamaan agenda pemerintahan. Semakin bertambahlah sakitnya hati kerana sifat bertolak ansur dianggap lemah oelh bangsa lain. Tidakkah mereka juga sepatutnya lebih bertoleransi kepada masyakat islam yang membentuk majoriti rakyat di negara Malaysia ini.?

    Bagi majoriti masyakat islam yang berpegang kepada fahaman ahli sunnah wal jamaah tindakkan sebegini (kes ini) bukanlah perkara yang di izinkan. Maka berdoa dan cuba melaksanakan bantahan mengikut lunas undang2 adalah jalan yang diambil selain menyuarakan bantahan melalui media yang boleh dicapai.

    Sampai bila perkara melakukan tekanan agama yang melampau ini akan berakhir dan sampai bilakah perasaan sakit hati dapat dibendung dengan kesabaran. Kita juga manusia yang mempunyai perasaan. Saya percaya mungin akan ada lagi perkara sebegini akan berlaku akibat ketidak sabaran masyarakat islam diatas kececeluparan yang melampau oleh bangsa lain.

    Saya berharap bangsa-bangsa lain yang nama bangsanya tidak disebut didalam perlembagaan negara supaya memikirkan kembali tindakkan mereka yang keterlaluan ini. Ingatlah kamus dunia tidak mempunyai terjemahan bagi perkataan "Amuk" kerana ianya adalah perkataan melayu turun temurun yang mempunyai maksud yang terlampau besar natijahnya. Dan mungkinkah kes yang tersebut rentetan daripada aksi amuk? Cuba renung2 kan.

    Wasalam

    BalasPadam
  8. Pendapat saya, pembunuh tu penagih syabu.. Menurut kawan saya yang menagih syabu, simptomnya selepas menyedut penagih syabu akan merasa sangat aktif dan tidak mengantuk selama tiga hari. Selama tiga hari ni lah idea dan kebijaksanaannya mencurah-curah, seperti mampu menghafal hadis nabi dan ayat al-quran lebih cepat dari biasa.

    Pada hari ketiga, badannya tidak lagi mampu menampung rasa mengantuk tu walaupun otak masih segar. Inilah terjadi micro-nap dan penagih akan merasa halusinasi dan ada sesuatu yang bercakap dan mengarahnya..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.