Sabtu, Oktober 12, 2013

KEDAH GAGAL MEMBERHENTIKAN KES EKSPLOITASI DAN PERHAMBAAN KANAK-KANAK


Pelajar perempuan Pusat Tahfiz Amal, PTA, Yan, Kedah berusia 14 tahun di bawah ini didapati menjual balm panas di stesyen minyak Petron di Bukit Beruntung, Selangor pada kira-kira jam 12 tengahari tadi.

Jauh sungguh lokasi dia diperhambakan oleh 'tuan' nya. Teringat saya kisah drama bersiri, Kunta Kinte ditayangkan pada penghujung tahun 70 an dahulu.


Biarpun berulangkali kes eksplotasi kanak-kanak didedah dan dihebahkan oleh media utama dan sosial namun usaha terbabit hanya sia-sia. Kes perhambaan kanak-kanak ini telah dimaklumkan kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir.

Berikutan itu akhbar Harian Metro memaparkan berita kononnya Jabatan Agama Islam Kedah, JAIK akan menutup pusat itu, klik di sini.

Namun ternyata, itu hanya cadangan tetapi tidak terlaksana. Nampaknya pihak pengurusan PTA itu ternyata lebih berkuasa berbanding kuasa dimiliki oleh JAIK dan YANG AMAT BERHORMAT Menteri Besar itu sendiri.


Pelajar PTA didapati masih menjaja barangan keluaran SM Amin di seluruh negara. Klik di sini untuk membaca luahan hati blogger berasal dari Kedah.


Melalui sumber di Negeri Jepalang Padi, saya difahamkan Ketua UMNO Bahagian Sik, Datuk Mohd Tajudin Abdullah ( Klik di sini)  mengenali SM Amin dan tahu berhubung kegiatan dalang utama di sebalik eksploitasi PTA itu.  Sebuah 'istana' milik SM Amin terletak di Tasik Beris, SIK, bukan di London.


Menjelang pemilihan ahli Majlis Tertinggi UMNO, beberapa perkara pelik saya perhatikan jelas Datuk Mukhriz kepingin terus berkorban untuk kepentingan rakyat negara ini tetapi GAGAL menangani kes perhambaan kanak-kanak tercetus di negeri sendiri sejak memegang jawatan Menteri Besar.

6 ulasan:

  1. Menzalimi kanak-kanak berdosa, apa lagi anak yatim. Yang hairannya kenapa masih berleluasa, bukan warga asing tapi anak-anak Malaysia kita

    BalasPadam
  2. Kegiatan ini sudah sampai di sarawak..saya didekati oleh seorang remaja lelaki meminta derma di hadapan bank islam kota samarahan. Dia menggunakan resit yang menunjukkan nama pusat tahfiz amal di kedah. Saya amat kecewa dengan pihak berkuasa agama yang membiarkan perhambaan anak yatim masih berlaku.

    BalasPadam
  3. Bro Mazidul..sape SM AMIN nie sebenarnya???..and kenapa die terlalu KEBAL??..harap bro boleh dedahkan biar satu MALAYSIA taw..sy da muak tanya bebudak nie sape die..bler tanya die banyak bantu sekolah etc..masalahnye btol ke sekolah budak2 nie??..maklumat pasal raja sakti nie pun amat kurang dlm internet..harap bro boleh dedahkan..

    BalasPadam
  4. Salam ..di Kelantan ..Masih ada kanak-kanak yg diperalat oleh Pusat Tahfiz Amal. Saya sendiri nampak dan baca surat yg dilaminatekan dengan tertera nama PUSAT TAHFIZ AMAL seperti diatas. Kanak-kanak yg sama menunggu insan yg sudi memberi di MYDIN Kubang Kerian bermula sebelum puasa hingga kini. Sempat juga nasihatkan budak tu balik sebab lewat malam(11.00Malam) tapi budak ni berdiam sahaja. Kasihan bila tengok seorang kanak-kanak dipergunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

    BalasPadam
  5. Dekat kedah dia dikenali dengan nama raja sakti walaupun x de kturunan raja, boleh x en mazidul bongkarkan pasal dia tu..dia kebal sangat dekat kedah..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.