Khamis, Oktober 24, 2013

PEMBUNUH : ARDI HAMZA WARGA ASING?


Barangkali berkebetulan.

Pada Mei 2009, saya mengesan penipuan membabitkan pengawal keselamatan kononnya berasal dari Tawau, Sabah walhal sebenarnya warganegara Indonesia. Mujur saya mampu bercakap dalam loghat Sabah dan dari gaya bahasa digunakannya, saya tahu dia bukan rakyat Malaysia. 

Klik di sini untuk membaca entri terbabit.

Saya percaya, sejak semalam polis di Tawau tentunya cuba mengumpulkan maklumat tepat berhubung suspek kes bunuh Norazita Abu Talib, Ardi Hamza, berdasarkan alamat tercatat di kad pengenalan pengawal keselamatan itu. Jika alamat No 70, Jalan Apas,  Batu 20, Tawau itu wujud, penduduk di sekitar pasti mengenalinya atau ahli keluarga suspek terbabit. 

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, polis sedang menyiasat samada suspek itu warga asing menggunakan kad pengenalan palsu.  Pendapat peribadi saya, melalui pengalaman, kebarangkalian itu ada. Berkemungkinan besar, nama Ardi Hamza itu juga tidak wujud atau milik individu lain.

Saya tidak pernah jemu selama ini mendedahkan kes pengawal keselamatan warga asing bertugas secara haram di Malaysia. Jika rajin, sila Google 'Bersama Mazidul pengawal keselamatan warga asing' dan bacalah entri saya tuliskan berserta bukti. Bukan sahaja warga Indonesia, rakyat Bangladesh, Myanmar dan Pakistan turut mengaburi mata masyarakat sebaik mereka memakai seragam pengawal keselamatan.

Dalam kes tembakan pegawai operasi Ambank di Subang Jaya, Selangor ini, pihak polis dan Kementerian Dalam Negeri wajib menyiasat secara terperinci syarikat membekalkan pengawal keselamatan kini berstatus pembunuh itu. 

Saya difahamkan berita penangkapan suspek di LCCT masih belum disahkan oleh polis Selangor. 

Sila hubungi talian 03 2052 9999 jika mempunyai sebarang maklumat mengenai suspek.


9 ulasan:

  1. Dah terantuk baru nak terngadah. Selagi x jadi kes..selagi tulah xde pihak yg berkenaan nak ambik kisah.

    BalasPadam
  2. Tu la pasal.. tawau jgk yg jadi sasaran.. memalukan betul..

    BalasPadam
  3. org sbh xdelah mue mcm tu..sah2 pndtang haram....:(

    BalasPadam
  4. Bro Mazidul ... saya pddk Batu 2 Jln Apas Tawau sejak thn 1979. Hanya ada seorang pddk bernama ARDI asal kg. kami dan bekerja sbg mekanik. Muka pembunuh tu kami tak pernah lihat langsung. Saya percaya pembunuh tu adlh spesis IC PROJEK ciptaan ...????

    BalasPadam
  5. bukan dah terantuk baru nak terngadah.. dah terantuk beratus kali pun buat tak tau ttg kebajiran warga asing ni..ni la kesannya.. kalau tak percaya tgok la setahun dua ni.. masih bnyk n bertambah lg warga asing di Malaysia..Siapa yg bertanggungjawab mengatasi masalah ni pun kita tak tau..tak kan nak suruh kita atasi kot..

    BalasPadam
  6. Cuma warga Malaysia and Nepal jer ker yg blh jg pak guard???tp knp kat condo yg sy tinggal skrg nie ada mcm2 warga asing???huhuhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jawabannya mudah. Awak tidak tahu dan mungkin selama ini tidak mahu mengambil tahu mengeai undang undang telah ditetapkan oleh negara kita.

      Padam
  7. Salam
    Nak tanya mazidul hanya pantau kes yang seperti ini je ke... kalau ada kes atau cerita lain buat tak....

    BalasPadam
  8. kalo tengok pusat2 urut di KL sekarang ni,kalo tanya ,diorang semua akan mengaku berasal daripada sabah...padahal org indonesia...diaorang ni semacam dah pakat,dah training jawab macam tu..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.