Jumaat, Oktober 11, 2013

PLKN : BERAT MATA MEMANDANG BERAT LAGI BAHU MEMIKUL

Muhammad Suhaimi Norhamidi, 18 tahun,  maut di Kem Pusat Latihan Khidmat Negara, PLKN Muazzam Shah, Rompin, Pahang hanya kerana dia dilaporkan memotong barisan tatkala bersarapan pagi 22 September lalu. Mangsa ditemui terbaring tidak sedarkan di bilik air kem terbabit pada awal pagi sehari kemudian.

Siasatan awal polis mendapati Suhaimi mengalami kecederaaan di bahagian otak. Berikutan itu  seorang suspek berusia 17 tahun dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Sebutan semula kes pada 11 Disember di Mahkamah Majestrit Rompin.

Manakala 5 pelatih lain dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun sama kerana mendatangkan kecederaan kepada mangsa.


Tentunya ramai antara pembaca tahu mengenai perkembangan kes menjadi  satu titik hitam ini sekaligus menimbulkan pelbagai persoalan dan mencetuskan kesangsian terutamanya di kalangan keluarga bakal menghantar anak mereka ke Kem PLKN. 


Lihat gambar dirakamkan oleh akhbar Sinar Harian, persiapan membawa jenazah pulang ke Kerdau, Temerloh untuk dikebumikan. Hati ayah dan ibu manakah tidak tersentuh melihat sekujur mayat anak dipulangkan ke pangkuan mereka dalam keadaan sebegitu? Jika pihak pentadbiran PLKN disaman  atau keluarga diberikan pampasan jutaan ringgit sekalipun, nyawa anak mereka tidak akan dapat dikembalikan semula.

Mungkin sebilangan individu terbabit dengan PLKN berkata, bukan semua kes kematian pelatih membabitkan kes jenayah.

Ya, benar tetapi biarpun kes dianggap terpencil, kehilangan nyawa pelatih  tetap satu fakta tidak mampu disangkal. Jika tidak terkena batang hidung sendiri, barangkali tiada impaknya kepada keluarga. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. 

Setelah kira-kira 10 tahun PLKN dilaksanakan, apakah antara kaedah damage control dilakukan oleh pihak pentadbiran? Bukankah amat wajar sekiranya jiwa ibu bapa ditenangkan dengan perkongsian maklumat tepat agar mereka mampu berlapang dada sebelum anak mereka dihantar sebagai pelatih? 

Oleh itu, bijak sekiranya penggunaan media sosial dioptimakan untuk menyebarkan maklumat sebagai rujukan semua. Melalui pemerhatian, kebanyakkan rakaman video dipaparkan di Youtube, hasil kreativiti bekas pelatih, bukan maklumat rasmi dikeluarkan oleh pihak pengurusan PLKN sendiri.

Adakah sebilangan kita masih lagi tidak mempercayai keberkesanan perkongsian maklumat melalui media sosial?

7 ulasan:

  1. Salam bang Mazidul. Nampaknya budak2 tahfiz daripada Yan Kedah tu semakin ramai di Ipoh ni. Saya pernah buat-buat tanya yang sekolah tahfiz mereka bukankah dah ditutup? Mereka cakap mereka tak tau. Pelik. Harap bang Mazidul boleh siasat di kawasan Ipoh ni. Mereka banyak di kawasan bank-bank kat Greentown Ipoh dan Pasar Tani setiap hari sabtu di stadium Ipoh. Kalau rajin singgah la ke blog saya disini.

    BalasPadam
  2. Berani ke En Mazidul dedahkan kes pelatih PLKN dengan pakaian loreng tanpa pemantauan jurulatih memecah masuk tempat orang dan mencuri berama-ramai..? hampir satu lori barang yang dicuri dipunggah masuk ke kem mereka, jurulatih buat diam jer pada mulanya, pastu bila pecah lobang, jurulatih menyatakan mereka tiada daya upaya untuk mengawal perangai dan disiplin pelatih mereka. hahhahaha..!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adakah saya takut atau awak yang gentar untuk mendedahkan fakta? Kalau setakat kenyataan kosong dicatatkan di sihi, andai kucing boleh menulis, kucing juga berpeluang bertindak sama.

      Dakwaan harus berbukti. Tanpa bukti kenyataan awak tidak lebih daripada satu dakwaan.

      Padam
    2. Ramai orang yang jadi saksi pada kejadian tersebut, cuma kami tak tahu mana nak luahkan, ramai yang jadi mangsa, kalau mahu saya boleh terus bagi kontek no untuk En Mazidul jumpa mereka secara terus.

      Padam
  3. bukan senang mengawal budak kalau takde kuasa.buat lebih2 mak bapa saman

    BalasPadam
  4. Salam bang mazidul...saya tertarik dgn PLKN ni sbb saya merupakan batch pertama sekali yg terpilih untuk menyertai PLKN dan tmpt saya adalah di kem muazzam shah...(kem pinggiran pelangi)...pada pemerhatian saya sepanjang berlatih disana,saya lihat remaja2 kebanyakkannya bergerak secara berkumpulan,yang kuat akan membuli yang lemah...kejadian pukul dan bercinta kontrak di kem mmg tidak dinafikan...

    Saya lihat kes2 kematian di PLKN sejak kebelakangan ini mungkin berpunca dari salah faham antara kumpulan remaja di kem2 tersebut dimana mereka lebih mudah untuk berkumpul dan membuat perhitungan antara kumpulan mereka...

    Dan saya rasa PLKN sudah tidak relevan kerana sememangnya tiada perubahan pada remaja yang menyertai kem tersebut..

    BalasPadam
  5. hurmmm...dok belek-belek balik blog Abang Mazidul, terjumpa artikel ni yang menarik mata saya untuk membaca..saya setuju dengan apa yang abang utarakan..memang kematian hanya Allah yang mengetahui bila, tetapi kes-kes yang berlaku di kem PLKN ni sedikit sebanyak mencalarkan imej PLKN sendiri..ibu bapa malah pelajar sendiri was-was, termasuk saya..timbul rasa ragu-ragu..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.