Isnin, Jun 11, 2012

PENGAKUAN LELAKI KECEWA : CINTA BAK SUSU KOTAK

Minggu lalu saya bertemu kenalan mendakwa kecewa dalam percintaan, Hans, 29 tahun.

"Cinta tamat tempoh dalam masa 3 bulan sahaja," ujarnya selamba.

"Tiga bulan? Cinta pun macam susu kotak? Ada tamat tempoh?," soal saya, sambil tersenyum.

"Ya. Kalau kita perhatikan secara teliti, cinta lazimnya indah di saat awal perkenalan. Itu semua orang tahu. Semua pengalaman dikecapi berasa manis bak madu. Waktu itu juga, terlalu kerap kekasih dihubungi. Setiap hari, sebaik wujud waktu terluang, kita menelefon atau menghantar banyak SMS untuk bertanyakan khabar. Kekadang kalau SMS itu tidak berbalas sekalipun, kita tetap akan terus menghantar SMS seterusnya tanpa jemu. Perkataan 'bosan' pastinya tidak wujud dalam kamus percintaan ketika hubungan masih 'hangat'," ujar Hans.

Saya hanya mendiamkan diri dan terus mendengar.

"Lebih menarik lagi. Kalau kita kata, "Saya sayangkan awak". Dia akan berkata, "Saya pun sayangkan awak tetapi lebih banyak lagi". Kita secara spontan pula terus membalas, "Saya sayangkan awak lagi lebih, lebih dan lebih! Huh! Saat itu terlalu indah untuk digambarkan, romantis," ujar rakan itu. 

"Tidakkah tindakan dan pengalaman begitu mampu diteruskan dan dikecapi selepas 3 bulan?," soal saya.

Kekadang amat menarik mendengar luahan hati kenalan berusia jauh lebih muda berbanding usia saya.

"Boleh tetapi amat jarang berlaku. Sebaik masuk sahaja bulan kedua, maksud saya selepas 30 hari bercinta, minat untuk bertanyakan khabar dan meluahkan perasaan kasih dan sayang itu tetap ada tetapi barangkali  sedikit luntur. Mengapa? Selepas sebulan, kita mungkin mula mengetahui sedikit daripada perangai buruk dia. Being pushy, satu daripadanya. Mengada-ngada satu lagi. Yalah, contohnya kalau sudah sebulan keluar makan bersama, hampir setiap hari tetapi kemudian bila kita maklumkan ada kerja, tidak boleh keluar lunch bersama, dia tidak memahami, terus mendesak untuk dilayan, kita mesti angin, kan? Itu belum lagi kalau gadis dikenali itu kaki kikis, pisau cukur, sehingga Gillette pun kalah. Setelah berasa selesa keluar dengan kita,  kita bayar semua, mereka mula meminta kita membelikan barangan itu, membelikan ini. Taukeh mesin kuda pun boleh jatuh papa kedana," gurau Hans.

Saya tertawa.

Barangkali ada kebenarannya kenyataan itu.

"Pernahkah awak bercinta dengan gadis di bawah usia 25 tahun ke?," tanya saya.

"Pernah! Usia dia 23 tahun, baru putus tunang, berikutan itu kecewa. Kami kenal kurang sebulan, dia sudah berani mempelawa saya meniduri dia. Offer itu saya tolak. Terfikir, gadis jenis apakah dia sebenarnya? Kalau terlalu mudah menyerahkan batang tubuh kepada lelaki baru sahaja dikenali, saya takut dia sudah lama dipunahkan oleh tunang dia. Firasat saya, sewaktu bercinta, dia termakan pujuk rayu, dimomokkan dengan janji manis untuk bertunang dan berkahwin. Sebelum itu berikutan nafsu serakah tanpa kawalan, dia mengadakan hubungan seks dengan bekas kekasih, kononnya berlandaskan perasaan sayang dan cinta.  Pertunangan dilangsungkan dan kemudian timbul masalah mengakibatkan ikatan dimeterai di antara dua keluarga diputuskan. Tunang tertawa gembira, dia berduka, ditnggalkan bak kelapa ditebuk tupai. Barangkali dia berfikir, jika saya meniduri dia sekalipun, she has got nothing to lose. Jadi saya membuat keputusan cinta kami ditamatkan tempoh lebih awal, kurang 3 bulan," keluh rakan itu..

"Pada pandangan awak, adakah tindakan gadis sewaktu bercinta bergantung kepada usia mereka?," soal saya. 

"Melalui pengamatan saya, gadis berusia di bawah 25 tahun sukar sedikit untuk menjaga hati dan perasaan mereka. Kekadang manja mereka terlampau sampai ke tahup tidak terlayan. Sikap terlalu mementingkan diri sendiri, itu satu lagi turn off. Mereka tidak memikirkan keadaan teman lelaki, paling penting setiap kehendak mereka tercapai," celah Hans.

"Kalau gadis berusia lebih 25 tahun?," tanya saya.

"Pendapat peribadi saya, gadis berusia lebih 25 tahun sudah cukup dewasa dari aspek pemikiran dan tindakan. Jarang mengada-ngada sekaligus mereka lebih sesuai untuk dijadikan kekasih. Mereka akur, sebelum usia mencecah 30 tahun jika gagal mencari pasangan untuk mendirikan rumah tangga, mereka mungkin akan terpaksa hidup membujang sampai ke tua dan berstatus andartu (anak dara tua). Sebilangan  andartu akan terbabit menjalin hubungan dengan pengkid. Ops! Apapun kekasih berusia di antara 25 dan 28 tahun dilihat lebih komited, sedaya upaya mereka mencuba menjaga keharmonian perhubungan dibina bersama. Selepas berasa dicintai dan selesa dengan layanan kita, mereka lazimnya akan membuka mulut,  mengajukan soalan berhubung arah tuju percintaan. Dalam kata ringkas, bilakah mereka bakal dijadikan isteri?," terang Hans.

"Apakah lazimnya bakal berlaku selepas 90 hari bercinta?," soal saya.

"Masuk sahaja bulan ke tiga bercinta, lelaki normal selalunya sudah berupaya 'membaca' perangai sebenar kekasih mereka. True colors terpancar. Perangai baik atau buruk mereka sudah berada di dalam data bank pemikiran kita. Ketika itulah, kita harus membuat keputusan samada cinta dijalinkan dalam tempoh 3 bulan itu perlu ditamatkan tempoh atau sebaliknya," ujar Hans.

Saya teruja melihat keyakinan wajah Hans sewaktu mengungkapkan kenyataan di atas.

8 ulasan:

  1. Salam Bro Mazidul,

    Setuju dengan pandangan Hans dalam Entry Bro ni...

    Sedikit serupa dengan pengalaman saya dahulu, Lepas 90 hari tempoh matang dah boleh lihat warna sebenar
    Meluatnya dengan lakonan kualiti rendah tak setanding filem yang tak laku di pawagam oleh golongan perempuan macam ini...
    Saya yakin yang begitu ninoriti jumlahnya perempuan di luar sana yang betul betul ikhlas dan jujur dalam perhubungan... Bukankah begitu??

    Kepada En. Hans, Realiti hari ni memang begitu, Tak mengapa Bro, anda akan bertemu jodoh dengan yang lebih baik lagi selepas berjaya dalam menempuh ranjau dan liku berkasih sayang begini
    Tak perlu bazirkan banyak sangat masa dan sumber untuk jenis perempuan ini, Anda boleh saya kategorikan sebgai sudah "Matang" dalam hal cinta sebenarnya.
    Selamat maju jaya dalam kehidupan anda :)

    Sedikit pesanan khidmat masyarakat kepada para pembaca Blog Bro Mazidul,
    Don't ever attempt to test the patience of a guy if you dare not to face the truth that hidden behind of their 'silent' appearance
    Lelaki memang pantang dicabar dengan apa jua cara sekalipun.
    Jangan cuba menduga laut dalam kalau kail panjang sejengkal kata orang lama dulu
    Terbaeeeeekkkk Bro !!

    BalasPadam
  2. Salam Abg Mazidul,

    A good article. Just nak bertanya, is it enough to know someone within 90 days? Yang dah berumah tangga 30 tahun pun sometimes tidak mengenali pasangannya 100%, what more yang tiada ikatan. Something to ponder.

    But, this is a good topic. Somehow rather, I do learn something valuable from it. Therefore I don't regret asking all these while "What is your intention to get to know me?".

    Jodoh di tangan Allah. Usaha je lah sebaik mungkin untuk dapatkan pasangan yang terbaik buat diri (saling melengkapi). All the best.

    BalasPadam
  3. perkongsian pengalaman yang bagus untuk dijadikan pedoman kepada yang lain.

    BalasPadam
  4. perkongsian pengalaman yang bagus untuk dijadikan pedoman kepada yang lain.

    BalasPadam
  5. setuju dengan komen Jonathan. Lelaki jangan sekali2 dicabar kesabarannya~

    BalasPadam
  6. Saya jarang memberikan komen namun kali ni saya terpanggil pula utk beri komen yg sebetulnya nak betulkan sedikit pendapat En. Hans tentang umur gadis yg disebutkan di atas. Bukan semua gadis yg bergelar andartu tertarik kepada pengkid atau sewaktunya. Masih ada gadis andartu mempunyai keinginan utk dicintai dan disayangi oleh lelaki. Malah perasaan utk berkahwin memang ada,namun masih belum ketemu jodoh lagi.

    Mcm En Hans kata,ada segelintir andartu yg menyukai pengkid namun BUKAN SEMUA. Masih ada andartu yg berfikiran waras dan rasional dan tetap berpegang teguh kpd ajaran agama.

    Allah sudah berfirman dalam Al Quran,setiap manusia di dunia ni memang Allah dh tentukan jodohnya. Hanya cepat atau lambat saja.

    Saya dh akhir 20an,saya sendiri tak bersedia utk berjumpa dgn pemilik tulang rusuk saya kerana byk komitmen famili yg perlu diutamakan. Jika ditakdirkan umur 40 thn ke atas pun saya masih sendiri sya redha kerana itu adlh jalan saya tentukan sendiri. At least sya dapat berbakti kepada orang tua saya terlebih dahulu.

    Saya yakin jodoh En Hans tu ada,namun Allah merasakan belum samapai masanya En Hans bersedia utk berjumpa dgn tulang rusuk En Hans yg hilang itu.

    Bykkan berdoa :)

    BalasPadam
  7. sedih dgr citer encik Hans.yup btul ckp zenaya.stuju sgt.dan jgn salahkan perempuan sahaja.lelaki aper kurgnyer.thun ni genap la usia sy 30 thun dan sy masih blum bertemu jodoh.mcm2 episod percintaan tlah dilalui,namun org sekeliling hanya mengeji.andartu la,sruh mandi bunga la,ingat kami xder prasaan ker?bkn kami memilih.di hati kecil ingin sngt nk berkahwin tp blum ditunjukkan jln.InsyaAllah akan trus berusaha:) skadar luahan hati.berdoa yer.janji Allah itu pasti:)

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.