Ahad, Januari 25, 2009

Polis BUKAN Melayu

Ada tanggapan perlu diperbetulkan mengikut hemat saya.

Polis BUKAN Melayu.

Hakikatnya, Pasukan Polis Di Raja Malaysia, PDRM dianggotai pelbagai kaum lain antaranya Cina, India, Orang Asli dan kaum etnik dari Sabah dan Sarawak.

Justeru, sentimen perkauman tidak seharusnya dibangkitkan dalam sebarang kes membabitkan nama PDRM.

Ingin saya tegaskan, ramai pegawai dan anggota PDRM terkorban semasa melaksanakan tugas membanteras jenayah. Jangan lupa, mereka ditikam dan ditembak penjenayah tidak berhati perut dan bersifat kebinatangan. Kematian mereka ditangisi isteri, anak, saudara mara dan rakan taulan. Cuma kisah pahit kesudahan kehidupan majoriti mereka tidak diperbesarkan.

Ada pihak berteriak ..

“Polis tidak boleh dipercayai!”

Ingat pepatah Melayu, dalam setandan pisang kekadang ada sebiji dua busuk. Maksudnya, bukan semua polis tidak boleh dipercayai. Pandangan peribadi saya, masih ramai pegawai dan anggota polis berkhemah tinggi, berpendidikan agama dan sanggup menggadaikan nyawa demi menjaga keselamatan dan kesejahteraan kita dan negara tercinta.

Terfikir, jika tiada PDRM, mampukah kita semua hidup tenang sebegini?

18 ulasan:

  1. Yap......!!! Setuju...

    Masih ader lagi segelintir yang belum betul2 memahami tugas2 Kepolisan dan ader gak saya percaya masih ader gak segelintir yang mengatakan POLIS adalah semuannya Melayu.....

    Bagus sesangatlah bila Bro menerangkan dan membuka topik ini....
    Pasal aper Gua cakap macam tuh ......!!!!
    Disekeliling Gua banyak perkara2 yang NEGATIF di tujukan pada POLIS sejak kebelakangan ini...
    Bila salah Polis nampak sangat!!!!
    Bila Polis buat baik....buat2 tak degar dan tak nampak jer....

    Mungkin Lumrah Manusia kut?
    Tanpa Polis Yang Cekap..
    Negara takkan AMAN...

    Marilah kita saling HORMAT MENGHORMATI...
    Bukan Kita jer yang kena Hormat Polis!!!!
    Polis Jugak Perlu Hormat pada Rakyat....

    BalasPadam
  2. ya betul tu encik, kalaulah takdak PDRM, sakit kita encik.

    BalasPadam
  3. memang betul..ada segelintir polis yg xleh dipercayai n so on..tapi itu hanya segelintir..sedangkan sebahagian besar polislah yg menjaga keamanan kita sekarang ni...

    BalasPadam
  4. tidak wajar menghukum semua polis teruk...ade segelintir sahaja..
    tanpa mereka belum tentu Malaysia aman damai camni...

    BalasPadam
  5. oops..handsome pic baru tue..hehe..

    semoga terus berbahagia bersama keluarga tersayang..bile nk tmbh lg ahli keluarga nie?hehe..

    BalasPadam
  6. Semua, ramai orang ingat polis bila jalan jem ..

    BalasPadam
  7. betol tu bila jem mesti nak kol polis gak..

    tahniah en. mazidul..semoga rumah tangga dirahmati ALLAH swt.amin :)

    BalasPadam
  8. tak sume polis jahat tapi...... kat tempat aku pakcik-pakcik tue yang takde lesen bawak moto pun diorang nak tahan.

    BalasPadam
  9. 1-Konst 30279 Fong Thean Kit- Kuala Lumpur 30 april 1971, gangster

    2.Supt G/6160 Paul Kiong-Perak, mac april 1981, komunis

    3.DSP G/10958 Abdul Razak Mohd Yusoff, 5 julai 2000, Al Maunah Bukit Jenalik

    4. SI 63889 Mohd Noh Hashim, 3 jun 1976, komunis

    5, Insp I/8294 R.Gunasegaran,9 jun 1980, Komunis Perak/Kelantan

    Ini antara mereka yang berkorban, terkorban dan dikorbankan untuk keamanan hari ini.

    Kenal tak mereka ini? pernah berterimakasih? hmm...

    Jangan kerana nila setitik,satu belanga dicela ya?

    kamal fnd hashim

    BalasPadam
  10. Lah, kalau menunggang motosikal tanpa lesen, salah ke jika ditahan polis? Disaman sekalipun tidak bercanggah dengan Akta Pengangkutan Jalan 1987. Sebab apa? Kalau berlaku kemalangan, jalan bertar keras TIDAK mengenal kepala orang tua atau muda, pecah tetap pecah :)

    BalasPadam
  11. bangga menjadi anak polis walaupun kini..

    bertugas sebagai seorg wartawan penyiaran..

    tanpa abah xmerasa langsung berada di situasi sekarang..

    thanks abah!

    dan kenyataan dengkel, anak polis jahat..

    xsemua kot..

    p/s: xsabar nak tgk sitkom terbaru di tv3 pasal gelagat kehidupan di berek.. macam mane le tu kan? :)

    BalasPadam
  12. Polis ada yang baik ada yg buruk, dan yg buruk adalah jumlahnya sedikit kalau nak dibandingkan dengan polis yg baik

    BalasPadam
  13. rasanye kne layan akedemi polis la ek

    p/s-polis pun manusia jugak..susah nk cari manusia yang sempurna

    BalasPadam
  14. Bgi sya .. smua pekerjaan yg halal adalah MULIA ttapi yg 'mngotorknnya' adalah yg mngerjakannya krana tiada mnusia yg smpurna..

    TQVM kpd RF/**2701 kt IPKKL atas bantuan yg dhulurkn slama ni trutama kes org kt Sgmbut tu..

    BalasPadam
  15. PDRM merupakan "unsung heroes of Malaysia"...arwah pakcik saya merupakan seorang polis ..beliau merupakan seorang yang taat dan berdisiplin dan sikapnya memang terbawa2 dengan kehidupan sehariannya. Beliau pernah bergadai nyawa dan bergelut dengan komunis sewaktu di Perak. kisahnya pernah dibukukan - "A policeman's story"...bacalah,mungkin boleh dapat iktibar atas penat, jerih dan lelah seorang yang dinamakan POLIS...

    BalasPadam
  16. syabas kepada PDRM Selangor yang telah berjaya menumpaskan Kumpulan anga yang terlibat dengan beberapa kegiatan samun disekitar lembah Kelang dan NS. Kami kini boleh menarik nafas lega dan boleh tidur dengan lena sedikit...Harap teruskan usaha sebegini PDRM...pengorbanan mu amat kami hargai...

    BalasPadam
  17. kita kena ingat tanpa polis. mesti anak muda kita naik minyak. bergelumang dengan gejala sosial yang tidak memberikan faedah. saya juga tak nafikan ade sesetengah polis tue tak ikhlas bekerja. tapi bukan semuanya. Kalau tak ade polis teruk laa Malaysia.

    satu lagi manusia tue polis gak...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.