Jumaat, November 26, 2010

Kepala KAU Bukan Kepala AKU

Anak kecil, remaja dan golongan warga emas, semua terbabit. Mereka tanpa berasa segan silu lalu-lalang di hadapan Balai Polis Badang, balai diperbuat daripada kayu dan kelihatan daif.


Tanyalah berhubung Jalan Pantai Cahaya Bulan, majoriti penduduk di Kota Bharu mengetahui antara keunikan laluan terbabit.


3 kanak-kanak berusia di antara 8 dan 15 tahun berikut bukan sahaja tidak memakai topi keledar malah penunggang menunggang motosikal tanpa lesen.


Lelaki mendakwa kakitangan Jabatan Penjara Malaysia berusia 30 tahun ditahan polis dan disaman menunjukkan ketidakpuasan hati.

"Kita sama-sama kakitangan kerajaan, nak saman, samanlah. Gambar tak payah keluarlah," ujarnnya.

"Sejak bila pula saya jadi kakitangan kerajaan? Macam inilah, saya bukan banduan dan tak payah nak mengarahkan saya," balas saya.



Lelaki berbaju biru itu berang, beria-ia mengarahkan saya dan krew tidak membuat liputan berhubung tindakannya menunggang motosikal tanpa topi keledar. 

Secara peribadi saya muak dengan sikap sebilangan individu menggunakan nama jabatan mereka bertugas apabila berhadapan dengan media.

Kami hanya melaksanakan tugas tanpa sikap pilih bulu.

Pihak polis dilaporkan berulang kali menjalankan operasi sekaligus menyaman pengguna jalanraya melanggar Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kalau tindakan itu tidak berkesan, bagi saya mudah.

Kepala kau, hak kau.

Kalau berlaku kemalangan dan kepala bersepai, itu pun kepala kau BUKAN kepala aku. Jika menganggap tempurung kepala diperbuat daripada besi keluli, apa lagi boleh kami lakukan untuk mengingatkan penunggang?

18 ulasan:

  1. Yeahhhh.. memang bukan kepala kita, tapi kepala dia.

    Apapun kepala semua sama saja. Yang berbeza adalah isi dalam, samada berisi Otak atau berisi Rumput...!

    BalasPadam
  2. SAlam...

    betul kata gadisbunga tuh... susah sgt ker pakai helmet... patut takutkan keselamatan diri bukan takutkan saman polis...

    and.. kalau yer pun rela menyepaikan kepala, tapi izinkanlahh ahli kuarga menatap wajah kelak dalam keadaan sempurna...

    Allahualam...

    BalasPadam
  3. topi keledar, tali pinggang keledar, lampu isyarat, had laju, lesen memandu dsb tu semua untuk kita...

    selagi kepala masih berfungsi, sama2 la kita gunakan untuk manafaat diri kita dan mereka2 yg ada disekeliling kita...

    kaki, tangan, kepala dan seluruh anggota badan adalah hak ALLAH, semuanya akan dipersoalkan diakhirat nanti... mana ada milik kita (teringat nasyid ust.asri hu3x)

    BalasPadam
  4. myb sbb ingat kpla tu mcm best konkrit kot....

    BalasPadam
  5. salam.
    LM pernah lalu kawasan ni ,memang jalan ni busy ,wahhh berani nyer mereka tak pakai helmet . Tak sayang kepala betul la diorang .

    BalasPadam
  6. setuju 200%, kalau POLIS dan JPJ buat tiap hari lagi bagus, jalan itu ramai pelancong masuk..

    selepas motor tiada, harapnya perkara yang lebih merbahaya adalah lori pasir lebih muatan, memecahkan tar, ekzos keluar asap hitam, cemin gelap..akan kurangg..kereta tanpa cukai prebet sapu dan lain lain akan bersih dari melalui jalan itu..elok elok..
    aman..

    BalasPadam
  7. Bahaya betul! Jalan besor, tapi tak pakai helmet..

    BalasPadam
  8. X PAKAI HELMET DH BUDAYA KAT SITU..NAK BUAT CAM NE? KITA TEGUR PUN, BUAT DONNO JE!

    BalasPadam
  9. Awal mula pertama mula... Sedih melihat kedaifan Balai Polis Badang tu. Layakkah ia mendapat taraf sebuah balai? Bit Polis pun lagi cantik. Sesuatu harus dilakukan utk menaikkan imej kembali.

    Keduanya, apa special sangat kerja ngan KERAjaan hingga membolehkan kakitangannya melanggar peraturan dan undang-undang? Jgn kata tak pakai helmet, pemandu pun suka meletakkan kenderaan jabatan di tempat yg tertera tanda NO PARKING.

    Last but not least, kalau dah kepala bersepai kerana kemalangan, ahli keluarga dan lain-lain pihak jgn dok salahkan Polis tak buat penguatkuasaan la, operasi la dll

    BalasPadam
  10. Salam,

    Orang di Aceh pun dah pakai topi keledar, Orang Gedebe KB tak pakai lagi? ----> org kelate mesti marah aku ni hu huh u

    Tak malu betul mengaku orang gomen bila buat salah hu hu hu baik aje dia ngaku tak pernah pi sekolah, tak reti nak baca...lagi selamat kan hu hu hu

    BalasPadam
  11. Salam Bro Mazidul..
    memang kepala mereka.. tapi nanti kalau dah bersepai.. jadik kerja kita pulak nak kutip!

    BalasPadam
  12. yeah kepala diorang bersepai atas jalan nanti sampai keluarga tak dapat cam..bukan kepala KITA...memang degil amat..kenapa mesti mention kerja kerajaan..? memalukan.

    BalasPadam
  13. kepalamu memang kepalamu jua...
    jgn sampai menyusahkan orang lain..

    BalasPadam
  14. saya rasa masalah pemakaian topi keledar nii ada dimana2 sahaja terutama di luar bandar. Kebanyakan penunggang menganggap pemakaian topi keledar ni hanya untuk memenuhi tuntutan undang2 bukannya untuk keselamatan diri sendiri.

    BalasPadam
  15. Maybe kepala diorang tuh kepala keras macam batu, so kalau eksiden tak mungkin pecah

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.