Khamis, Mac 31, 2011

Hebat Kuasa Mereka


Pernah melihat papan tanda 'No entry'

Banyak kali?

Ya?

Jadi, semua pengguna jalanraya tahu, jalan terpampang lambang 'No entry' tidak boleh dimasuki. Pun begitu di SS2, Petaling Jaya, Selangor, senarionya berbeza.

Lihat gambar saya rakamkan di bawah.


Majoriti pemandu barangkali keliru, lalu meredah jalan 'No entry'  kerana kedudukan pos pengawal keselamatan membuatkan laluan terbabit kelihatan seperti pintu  utama untuk memasuki kawasan perumahan terbabit. 


Lihat tong drum dicat merah putih tertulis perkataan 'ROAD CLOSED'. Sepengetahuan saya, jalan terbabit, laluan awam. Pada waktu malam, beberapa lorong kecil ditutup. Persoalannya, adakah penutupan jalan mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan, Majlis Bandaraya Petaling Jaya?

That's for me to find out.

Untuk rekod, sebelum ini tiada perkhidmatan pengawal keselamatan di kawasan terbabit.  Mungkin kerana kejadian jenayah pecah rumah kerap berlaku, persatuan penduduk membuat keputusan menggajikan pekerja Nepal, menjaga keselamatan harta benda mereka.


Melalui pengamatan saya, bukan semua penduduk melanggan khidmat mereka, hanya golongan berkemampuan sahaja, mungkin.

Hebat sungguh kuasa dimiliki syarikat keselamatan terbabit. Jalan 'No entry' dibuka sebagai laluan.

Mengalahkan kuasa diperuntukkan kepada polis trafik.

Rabu, Mac 30, 2011

Jangan Minum Pepsi Di KFC

Bulan puasa tahun 2010, saya dan keluarga berbuka di KFC di Endah Parade,  Sri Petaling, Kuala Lumpur. Berikutan status komplek membeli-belah tidak begitu glamor, bilangan pelanggan berbaris di kaunter juga tidak seberapa.

Anak memesan makanan, saya membantu membawakan hidangan ke meja. Sebaik azan Maghrib berkumandang, perlahan saya membuka tutup botol Pepsi bersaiz 1.5 liter di atas meja.

Peeeerggggh! Gas dan air berkarbonat menyembur dari mulut botol bagaikan muntahan lava gunung berapi, membasahi baju, meja dan lantai.

Setelah selesai membasahkan tekak, saya berjalan menuju ke kaunter.

"Masa saya ambil botol Pepsi tadi, saya tak ada goncangkan tetapi mengapa air masih tersembur keluar masa botol dibuka tadi eh?," soal saya.

Penyelia perempuan, berusia 21 tahun bertugas di kaunter hanya diam membisu biarpun for sure dia tidak bisu. 

"Staf di kaunter ni memang kerja suka goncang botol Pepsi ke? Atau langsung  tidak terfikir kalau botol minuman berkarbonat tidak dipegang baik-baik atau tergoncang, bila customers buka tutup, gas dia akan menyembur keluar?," soal saya. 

Pelik, dia tiada jawaban.

Lebih menarik lagi, tiada seorang pun daripada staf KFC Cawangan terbabit bergegas ke meja saya untuk membersihkan tumpahan air sehingga dipanggil 2 kali. Mereka menyedari kejadian berlaku, nampak dek mata tetapi kesemua sekadar menganga.

Mujur panggilan kali kedua disempurnakan dengan kaedah jeritan, mereka dengar.

Itu cebisan kejadian menunjukkan betapa sebilangan staf syarikat makanan segera itu tidak profesional dalam melaksanakan tugas mereka.

Satu lagi kisah membabitkan staf KFC berlaku di Melaka, laporannya bersama blogger, Azhar Abdullah.

Over to you Azhar!

Tengahari tadi kami ke Tesco Cheng, tak jauh sangat dari rumah. Tujuan utama ialah nak beli blender jug buat ganti yang lama dah pecah...tapi biasa la bila ada anak-anak ni, macam-macam la yang diorang masukkan dalam troli...antaranya Chocolate Chip Cookie yang sedap buatan Tesco tuh...

Bila dah menuju ke kereta baru teringat, kang kalau diorang makan cookie tu kering pulak tekak, so my wife suruh Rayyan pergi beli dua gelas Pepsi atau Coke kat KFC di tingkat bawah...

Tabiat aku, bila anak-anak pergi nak beli barang sendiri aku akan perhatikan dari jauh. Ada dua kaunter yang berfungsi waktu tu, kaunter hujung sekali sebelah kiri ada sepasang lelaki dan perempuan berbangsa Cina dan kaunter tu dikendalikan oleh Supervisor sebab baju dia kaler lain. Kaunter sebelah tu pulak kosong, tapi ada seorang pekerja perempuan dok buat-buat sibuk di sebelah tu. Jadi Rayyan ni pergi la terus ke kaunter kosong tu dan aku nampak dia bercakap-cakap. Ok, aku pun attend to other business sebab mission Rayyan dah selesai.

Tetiba, another glance, aku tengok Rayyan berlegar-legar antara dua kaunter tu dan di kaunter yang tadi dia pergi tu ada sepasang lelaki dan perempuan Melayu. Yang perempuan berseragam jururawat (muka tak macam jururawat yang selalu aku tengok kat spital pun)...

Aku pun terus tolak troli ke situ. Aku tanya Rayyan kenapa, dia jawab kejap. Aku tanya dah order belum, dia kata belum. Then aku tanya lagi, tadi bukan Adik kat kaunter tu ke, dia kata ya, tapi akak tu buat tak tahu je then datang orang lain terus dia ambik order.

Aku sekarang ni dalam keadaan tidak bersuara. Bak kata Hazrey, suara aku hari ni ibarat suara pondan gersang...sebab sakit tekak. Jadi aku malas bising-bising, aku pergi dekat sikit dengan kaunter dan aku bercakap dengan Rayyan :

Aku : Tadi Adik berdiri kat kaunter ni tak?

Rayyan : Ya la, tapi akak ni ambik order orang lain pulak.

Aku : Tak pe la Adik, KFC kat sini tak layan kot pelanggan budak-budak.

Masa tu staff kaunter KFC tadi buat muka bodoh dan dua ekor Melayu yang berdiri kat situ pun beralih tengok aku sambil kontrol muka tak bersalah.

Tak puas hati sebab tak leh bertengkar dengan kadar suara yang baik, aku pergi ke arah wife dan bagitau apa yang berlaku. Apa lagi, my wife terus pergi ke kaunter tu dan berlaku lah perbualan berikut :

Wife : Maaf ye dik, tadi anak akak datang kaunter ni kosong, dia nak beli air kenapa adik tak ambik order dia dan dahulukan orang lain?

Staff : Saya ingat dia anak pasangan kat kaunter sebelah. (Please note that kaunter sebelah ialah pasangan Cina)

Wife : You are not supposed to do that. Walaupun dia budak tapi dia adalah pelanggan. I wish to see your supervisor atau manager.

Jururawat : Alah, benda kecik je, kan dah bagitau silap faham.

Wife : (Api sudah naik kepala)...Are you working here? Am I talking to you? You takde tanggungjawab tau, sebab tu walau you tahu ada pelanggan lain kat depan, you terus jugak bagi order, walhal sepatutnya you bagitahu budak kaunter ni yang ada orang lain depan you kalau in case dia tak perasan. Benda kecik yang you kata tu ialah apa yang kita panggil Adab. I didik anak I supaya dia beratur dan ikut undang-undang, supaya dia tidak membesar jadi orang yang tidak ada adab dan tak tau beratur.

Wife : (Sambil bercakap kepada supervisor di kaunter sebelah) You sepatutnya tahu melatih dan menasihati staff you. Bukan ambik pekerja kemudian biar diorang bekerja tanpa ada kawalan mutu yang baik.

Supervisor : .... (hanya memandang seolah-olah dia hanya bekerja sebagai tukang sapu sampah kat situ)

Wife : Ok...since no response from both of you dan I hear no apologies sampai sekarang, I will file a report to your HQ after this.

Tanjung Apa?


Indahnya pemandangan saya rakamkan dari puncak bukit buatan manusia di Tanjung Rambutan, Perak.

Perhatikan burung bangau duduk bertenggek di atas pokok.

Nikmati pula keunikan gambar di bawah. Ratusan burung berterbangan bebas di udara.


Biarpun cantik pada pandangan mata, saya tidak fikir pembaca berasa selesa berada di lokasi 2 gambar terbabit saya rakamkan.

Mengapa?

Di kawasan sama saya abadikan beberapa gambar di bawah.


Tapak pelupusan sampah terbabit turut menjadi lokasi ratusan lembu mencari makan.


... anjing peneman haiwan terbabit


Saya dan kru ke tapak pelupusan sampah bersama pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Perak, 26 Mac lalu.

7 lelaki disyaki penagih dadah bekerja di tapak pelupusan sampah terbabit diberkas. Enam daripada mereka didapati positif dadah jenis morfin setelah menjalani ujian saringan air kencing di Balai Polis Tanjung Rambutan.

Saya difahamkan, majoriti penduduk daerah terbabit, lebih gemar menggunakan nama 'Tanjung', bukan Tanjung Rambutan.


Terima kasih kepada semua pegawai dan anggota membantu menjayakan Ops Tapis bersama kru 999.


Hasil rakaman penuh akan disiarkan pada Khamis ini, jam 9 malam di 999. Jangan lupa menyaksikan antara operasi paling unik pernah saya sertai dimuatkan dengan adengan kejar mengejar, tangisan dan jeritan.

Isnin, Mac 28, 2011

Hidup Saya

Jam 4.24 pagi, 27 Mac, lelaki berusia 27 tahun diberkas polis di Taman Desa Pinji, Lahat, Perak dengan sejumlah bahan dipercayai heroin dan dia akan didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Saya berada di lokasi.


Jam 2.16 pagi, 28 Mac, 7 pelayan pelanggan, GRO warga China diberkas sepasukan polis dari IPD Ipoh di pusat hiburan beroperasi lebih masa berhampiran Tesco di ibu negeri Perak itu.

Saya berada di lokasi.


Jam 12.20 tengahari, 28 Mac, saya dan kru 999 bertemu Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul kadir di pejabat beliau.


Jam 2.42 petang, saya dan kru bertemu Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan di IPK Perak.


Hidup saya, kekadang sibuk, kekadang sekadar berehat menonton CSI di rumah.

26 Mac Diserbu 28 Mac Beroperasi Kembali

Jam 11 malam, 26 Mac lalu, 2 premis memasarkan DVD cetak rompak di Tanjung Malim, Perak diserbu penguatkuasa Bahagian Percetakan, Kementerian Dalan Negeri, KDN Cawangan Perak, polis dari IPD Slim River dan Jabatan Pertahanan Awam Perak.

Serbuan diketui Penolong Pegawai Penguatkuasa KDN,  Mohd Khuzuan Fauzi.

"Jumpa 2 ruang rahsia, satu lorong di bawah tanah dan satu lagi di atas siling. DVD kena rampas bernilai RM64,000, 2 penjaga kedai ditahan untuk siasatan lanjut," ujar wartawan 999, Khairil Aswad.

Petang tadi, saya kembali membuat tinjauan di premis sama.

Lihat gambar berikut.


Ringkasnya, premis diserbu pada 26 Mac, 2 hari kemudian, 28 Mac, premis terbabit beroperasi kembali.

Hakikatnya, pengusaha tidak gentar kepada tindakan KDN dan polis biarpun kedai mereka diserbu berulang kali.

Hairan, bagaikan undang-undang tidak wujud di Tanjung Malim.

Sewaktu saya memasuki premis terbabit bersama jurukamera, penjaga berasal dari Tapah, jujur menjawab soalan saya.

"Ini semua DVD cetak rompak?," soal saya.

"Ya, cetak rompak," balasnya.

"Minggu lalu kena serbu, bila start berniaga balik?," tanya saya.

"Hari ini," katanya.

Wow!

Ahad, Mac 27, 2011

BUAH DADA RM500

Jam 9.13 malan, 26 Mac lalu, semasa pondan dikejar jurukamera 999 di Ipoh, Perak, 'Cinderella' terbabit tercicir kasutnya (bukan glass slippers)

Lihat gambar kasut terbabit, baca di sini.

Jam 2.34 pagi tadi,  gambar Cinderella saya rakamkan.



Bandingkan sekali lagi untuk kepastian.


Malam sebelumnya, sewaktu dikejar, Cinderella dan 4 rakannya berjaya memboloskan diri, masuk ke bilik mereka di bangunan kedai di Jalan Che Wan.

Jam 1.48 pagi tadi mereka juga cuba melarikan diri tetapi bezanya, 24 pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Perak sudah bersedia mencari pemilik kasut terbabit. Pintu grill dipecahkan.


Cinderalla dan 3 rakannya kemudian didapati berjaya memboloskan diri, lari ke atas bumbung bangunan. Namun kali ini anggota polis bertugas nekad memanjat bumbung sama dan 'menjemput' mereka masuk semula ke bilik.


Mereka semua dibawa masuk melalui tingkap. 2 daripada pondan terbabit tidak berbaju dan hanya memakai g-string sahaja.


Ingat, mereka semua LELAKI warga Indonesia berusia di antara 25 dan 35 tahun, berasal dari Jakarta dan Medan.

"Saya baru kerja 3 hari," ujar pondan berbaju merah.

Manakala pondan tidak berbaju, 35 tahun, selamba berkata ...

"Saya sudah 2 tahun di sini. Di Jakarta, saya miliki salon sendiri"

"Kamu buat operation atas (buah dada) di mana?," soal anggota polis bertugas.

"Di Thailand, RM500 wang Malaysia," ujarnya.

3 daripada mereka memiliki buah dadah bersaiz agak besar.

"Keluarkan sponge tu," bisik saya kepada pondan berbaju merah, duduk di kiri sekali.

Pantas dia memasukkan tangan ke dalam coli dan mengeluarkan 2 pelapik sponge dan meletakkannya di atas katil.


Di luar pintu, satu daripada 5 bilik di tingkat 1, Hazlin Hussain menemui kasut Cinderella.


Manakala di tingkat bawah, 3 pelanggan diberkas polis dan diarahkan menjalani ujian saringan air kencing. Lelaki berusia hampir 50 tahun didapati berada dalam keadaan berbogel pada awal serbuan dan gambarnya sempat dirakamkan.


"Baru buka seluar bang, dia (pondan) pergi toilet. Bila polis masuk semua lari ikut itu belakang punya pintu," jelasnya.

Semua pelanggan disyaki berada di bawah pengaruh alkohol dan lelaki di atas didapati positif dadah jenis syabu.

"Satu kali servis (seks oral) berapa ringgit?," tanya saya.

"RM40," balasnya.

Saya percaya, jika berada dalam keadaan normal, barangkali sukar untuk mereka melanggan pondan terbabit.

Berikut antara barangan kepunyaan pondan saya temui, g-string dan kondom berperisa strawberry.


Berikut pula gambar Cinderella dikenalpasti, tertinggal kasut sewaktu dikejar pada malam sebelumnya.


... setelah dia berbaju