Jumaat, Mac 04, 2011

Benarkah Semakin Berusia Wanita Kurang Cemburu?

Setelah berada di Miri, Sarawak selama 5 hari, saya selamat pulang ke Lembah Klang. Tenang di rumah, berehat.

Topik ini secara tiba-tiba menerjah fikiran saya.

Benarkah?

Melalui pengamatan, majoriti pasangan remaja pada usia belasan tahun dan awal 20 an dilamun cinta agak sensitif sekiranya pasangan mereka kedengaran menjalinkan hubungan atau rapat dengan gadis atau lelaki lain.  Biarpun perkataan 'kedengaran' tidak bererti berita didengari itu benar.

Jiwa mudah terusik, amarah menyusul.

Lazimnya, berikutan itu berlaku sesi siasatan di antara mereka. Tuduh-menuduh, bertengkar dan sebilangan gadis berasa kecewa mengalirkan airmata.

Kekadang tanpa memastikan kesahihan berita disampaikan, mereka mengambil keputusan berpisah.

Mencecah usia 30  tahun, majoriti lelaki dan wanita lazimnya mendirikan rumahtangga. Biarpun sebilangan menganggap mereka sudah mengenali hati budi serta perangai di antara satu sama lain, sikap cemburu selalunya masih membara di jiwa.

Maklumlah, pada usia itu kedua mereka masih 'laku'. Jika tidak dijaga hubungan secara baik, kebarangkalian pasangan berlaku curang, wujud.

Kerapkali, anak dijadikan sebab utama untuk pasangan muda mencari  jalan penyelesaian sekaligus berdamai jika tercetus isu berhubung kecurangan mengakibatkan timbul sikap cemburu.

Pada usia 40 an, lelaki dan wanita berada di tahap lebih matang dari aspek pemikiran dan tindakan. Lazimnya begitu biarpun tidak semua. Tumpuan majoriti lelaki lebih kepada kerjaya dan keluarga.

 "Huh! Aku dah lalui banyak pengalaman pahit manis masa remaja dan muda"

Itu antara dakwaan mereka. Tidak dapat dinafikan, barangkali sebelum itu mereka juga pernah melalui pelbagai peristiwa getir akibat sikap cemburu wanita. Justeru pengalaman terbabit digunakan sebagai asas perbandingan, basis of comparison untuk lelaki bertindak lebih bijak menjaga hati dan perasaan pasangan mereka.

Tidak bijak sekiranya suami mengulangi kesilapan lalu sekaligus mencetuskan perasaan cemburu isteri pada usia itu.

Mencecah usia 50 an, kebanyakkan isteri gemar menghabiskan masa bersama pasangan mereka melihat anak, hasil perkongsian hidup meningkat dewasa. 

Cemburu tidak lagi menjadi agenda utama.

"Dah banyak pengalaman pahit, getir dan manis mak lalui dengan ayah kau orang. Alhamdulillah, kami masih bersama dan gembira melihat anak semua membesar.  Kami telah membekalkan kamu dengan ilmu dunia dan akhirat secukupnya. Tanggungjawab kami beres. Biarlah, kami sudahi hidup ini bersama dalam keadaan tenang"

Mampukah semua wanita berkata begitu suatu hari nanti?

13 ulasan:

  1. memang takde perasaan cemburu gila kalau dapat tahu teman pergi keluar dengan kawan perempuannya. rasanya sikap hormat-menghormati itu yang menjadi pengukuh sesuatu hubungan.

    BalasPadam
  2. sudah bersama bertahun-tahun, sudah terlalu kenal hati budi masing-masing. maka cemburu bukan lagi sesuatu yang harus dirisaukan :)

    BalasPadam
  3. Tapi ada yg semakin kuat cemburunya. Hinggakan bagai ada masalah mental apabila dpt tahu diri telah dimadukan disaat diri telah monopouse. Sedangkan suami masih gagah lagi. Jadi siapa harus disalahkan. Anak2 menuding jari menyalahkan bapanya. Kesian melihat si suami yang dipaksa menceraikan isteri kedua dgn talak 3.

    BalasPadam
  4. a'ah kot sbb dah tak larat nak bebel..hhahahaha

    BalasPadam
  5. Salam...

    Wanita memang hebat...
    InsyaAllah wanita boleh lebih dari apa yg en mazidul harapkan di suatu hari.

    Bertanya kembali... mampukah semua lelaki bersama-sama melayani pasangan dan mendidik mengasuh anak membesar menjadai soleh-solehah?

    Tu...ha...baca crita azwandengkil:

    alahai...fitrah (monopouse) wanita tak de ke mende...perkara kecil tetapi dibikin besar...bolehn rujuk pd Dr.Zila.


    Namun sekiranya isteri itu solehah yg mengutamakan syarie, InsyaAllah.. walau suami berbulan madu lagi di awan biru langgit ke tujuh ... di pinggir pelangi...takkan diganggu...sebab matlamat kita semua satu mencari keredhaan Allah SWT.

    Sama-sama kita berdoa agar kita dan pasangan kita beroleh keampunan Allah SWT

    BalasPadam
  6. Siapa kata wanita selepas 50an tidak cemburu? Semakin kuat cemburunya adalah...hinggakan apa kita buat dan ke mana kita pergi semua mesti ambil tahu. Masa depan PC lagilah...kejap2 jenguk mempastikan kita tidak chatting dgn sesiapa ajelah yang boleh timbulkan syak wasangka. Huhuhu...!

    BalasPadam
  7. Saya setuju dengan statement ini"

    “Cemburu tidak lagi menjadi agenda utama. ”

    Benar, kerana rasa percaya, menghormati dan sudah menerima seadanya segala kelebihan dan kelemahan sudah sebati dalam kehidupan berumahtangga.

    *Hmmmm.. saya pun kalu bertugas luas kawasan, balik senang hati juga sebab tak perlu explain banyak perkara. hehehehe kalu dah jujur ikhlas apa nak risau.

    BalasPadam
  8. Setuju..slalunye pda usia yg sudah meningkat wanita akan lebih memikirkan perihal ank2 mereka

    BalasPadam
  9. Mama saya tatkala usianya menjengah 50an tiba-tiba dikejutkan dengan perkahwinan kedua abah...cemburu ya tapi amarahnya lebih kepada ketidakadilan abah dalam pengagihan nafkah kerana lebih memihak si muda padahal tanggungannya di pihak mama lebih memerlukan....kini hatinya sudah tawar pada abah kerana kejujuran dan keikhslasan dalam perkahwinan selama ini lebur kerana abah mengidamkan pucuk muda yang telahpun dimakan kambing....
    Pokoknya cemburu tu ada tapi bila diambang usia matang sepertinya dia memikirkan anak-anak berbanding hati sendiri

    BalasPadam
  10. mugkin rasanya..
    semakin berusia mkin memikirkan anak2

    BalasPadam
  11. kata kawan perempuan aku, "lantak la kalau laki aku nak cari lain. nak tunggu tengok sj kalau boleh bertahan. sedang satu binipun dah tak tertanggung, ni nk gatal berbini lain? buatla kalau berani tanggung kemudian hari. esok2 aku makan angin sana sini ngn anak2 yg dah berjaya, awak si suami berulang alik ke spital berjaga temankan bini muda mengandung, beranak, pastuh kena pening kepala ngn anak kecik plak, sekian2 hari kena bawak ke klinik, beli lampin susu sampai budak/budak2 tu besar, antar ambik skolah, sibuk plak nak bayar itu ini...sanggup ke?? sempat lagi ke? takut semput jerrr...."

    ntahla. aku tak brani komen lebih2 bab ni! kaang kena siku plak ngn kawan aku tuh!

    BalasPadam
  12. Mungkin juga betul....

    Sebab bila semakin berumur, tak kuasa si isteri nak layan sikap menggatal suaminya, jika si suami tadi berura-ura nak tambah satu lagi - bagi yang berkemampuan lah..Ha ha ha

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.