Jumaat, Mac 18, 2011

Diskriminasi Terhadap Pekerja Wanita Bertudung?

Saya difahamkan, majoriti hotel di Malaysia tidak menerima pekerja wanita bertudung untuk bertugas di barisan hadapan, front line.

Sebelum ini komplen sama dikemukakan beberapa pensyarah kursus Pengurusan Hotel saya temui.

"Kejadian ni dah lama, bukan sekarang. Cuma tak ramai mampu menyuarakan masalah ini. Wanta bertudung diterima bekerja di hotel tetapi majoriti di bahagian belakang macam di kitchen, bukan customer service," komen mereka.

Awal pagi tadi, sewaktu bersarapan pagi saya terjumpa pekerja hotel, 32 tahun dan berpengalaman bertugas di 4 hotel bertaraf 4 bintang sebelum ini.

"Kalau pekerja sales pun, mereka pakai tudung lazimnya handle pakej government, corporate clients are handled by sales persons tak pakai tudung," ujarnya.

Menurutnya, front lines seperti petugas di front desk, jika wanita Islam, tidak bertudung.

"Apa rasional tindakan sebegitu?," soal saya.

"Saya pun tak pasti tetapi keputusan tu kena ada approval owner dan General Manager kut," balasnya.

Jika dakwaan terbabit benar, saya melihat berlakunya diskriminasi terhadap wanita Islam bertudung di Malaysia untuk berkhidmat dalam insdustri perhotelan.

Adakah wanita bertudung tidak presentable? Adakah hasil kerja mereka tidak berkualiti?

Kementerian Pelancongan tidak pernah menerima aduan berhubung hal ini?

Saya percaya syarat pengambilan pekerja hotel tidak berlandaskan diskriminasi. Peraturan terbabit barangkali dilaksanakan tanpa dicatatkan secara hitam putih.

35 ulasan:

  1. Saya sgt setuju. Saya juga mangsa diskriminasi 15thn dulu ketika mula mau mencarik pekerjaan..Alhamdulillah dapat juga pekerjaan dgn bangsa asing (bukan local pnye bangsa asing) yg tidak langsung memandang bertudung sebagai masalah. Yg nyata, mereka lebih hormat pendirian dan pegangan agama kita. Asalkan prestasi dan keje kita tip top..mereka tak byk karenah pun.

    BalasPadam
  2. saya dlu pernah jugak kena diskriminasi macam ni, walhal nak kerja promoter je pun (sementara tunggu result exam keluar). tp rasanya saya x sanggup korbankan pegangan saya. cuma betul, diskriminasi sebegini mengehadkan peluang kami yg bertudung ni. apa-apa pun, rezeki ada dimana-mana =)

    BalasPadam
  3. emm..
    merujuk pada hotel2 sekitar sini, hampir semua uniform pekerja front desk ni kalau berkebaya pun terselak sampai nampak peha..
    cmne orang bertudung nk amik jawatan tu??

    BalasPadam
  4. sy sangat menghargai en. maz buat isu ni... benda dah lama.. tapi kenapa x dipertikaikan... kalau ni yang tetap diteruskan... buang title negara Islam pada malaysia... kita x layak menjadi negara islam sedangkan bnyk sngat perkara mengenai islam kta pakat padang jelek... termasuk pemimpin sendiri...

    BalasPadam
  5. isu ni dah lama...bukan baru tapi isu yang patut dipandang serius.. diskriminasi dilakukan secara senyap.. tidak tercatat dalam syarat memohon jawatan... kalau dimasukkan dalam syarat tentulah dah lama kena private2 sektor ni especially hotel2 .. cuba En. Mazidul tanya ngan Hotel Manager tu sendiri... dah tentu mereka akan menafikannya... diskriminasi ini tidak harus berlaku..

    BalasPadam
  6. bertudung atau tidak, bukan itu yg jadi punca prestasi bagus atau buruk.

    cuma orang bodoh sahaja yang akan befikiran sesempit ini, tak kira la siapa pun.

    BalasPadam
  7. pihak berkuasa sedikit sebanyak boleh mengekang.

    nawaitu nak tolong siapa.

    -meeting besar2
    -kursus anjuran kerajaan dibuat di mana?

    BalasPadam
  8. Last year saya pernah tanya kedai yang cari promoter, untuk kawan saya..

    saya: ada vacancy kat sini?
    promoter kedai: ktorg tak terima yg bertudung.

    direct je terus dia cakap..
    -_______-

    BalasPadam
  9. agaknya kalau pakai tudung xboleh layan tetamu yang mata keranjang kot.tah apa2 la fikiran mereka ni.hurm

    BalasPadam
  10. sy pun x fhm sedangkan negara kita negara Islam..:(

    BalasPadam
  11. Wanita bertudung juga dinafikan hak untuk ke salon rambut kerana pelanggan lelaki turut berdandan disitu.

    Ada saya nukilkan disini Berdosa Gunting Rambut

    BalasPadam
  12. saya pernah mengalami nasib yang sama dulu bila pergi interview sebuah rangkaian resort ....perkara terakhir yang ditanya jika saya diterima adakah saya setuju diminta tidak memakai tudung oleh GM seorang Islam yg berbangsa melayu & terus saya kata tidak sbb saya tidak nampak rasional tidak memakai tudung dengan kerja saya di bahagian accounts

    BalasPadam
  13. selagi ada yang sanggup kain terselak sampai ke paha, selagi itu akan ada diskriminasi begitu

    rasanya bukan hotel saja yang berpendirian begitu

    BalasPadam
  14. kementerian pelancongan? hmmm....
    cuba masuk portal kem pelancongan, dlm portal tu front page pun gambar orang islam/melayu pakai tudung kt ujung rambut jek...tak di panggil tutup aurat pun.,.org kementerian pun tak nk letak gambar org islam bertudung secara betul dkt web diorg...hehehe...

    menda ni mmg tak ada hitam putih syarat dia, tp dh jadi mcm peraturan secara tak langsung pihak hotel memilih staf dh ni...kalau tanya pihak pentadbiran hotel, mungkin diorg akan cakap mana ada peraturan mcm tu...heheh..tp time pilih staf, tu antara syarat yg diorg tgk first..PENAMPILAN..so penampilan dr pandangan penemuduga mmg berbeza...subjektif sgt...(ni pandangan peribadi saya..hehhe)

    BalasPadam
  15. kerajaan nganga mulut

    apisv3.blogspot.com

    BalasPadam
  16. Salam En Mazidul,

    Isu diskriminasi wanita bertudung bukan dalam bidang perhotelan sahaja malahan juga kepada sektor dalam bidang penerbangan negara.

    Mereka yag bertudung adakah diberikan ruang menjadi krew kabin sebagai pramugari dalam mana-mana syarikat penerbangan negara? Rasanya tiada, jika ada pun krew bertugas di kaunter dan pramugari "bertudung secara kontrak" semasa penerbangan haji atau ke negara Arab Saudi.

    Wasalam.

    BalasPadam
  17. Well, isu ni dah terlalu lama. Cuma ramai yg cakap2 belakang je, takde sapa yg berani suarakan secara terbuka sbb nanti ada saja la org2 yg bagi mcm2 alasan.

    Saya tak boleh cari apa kaitan tudung dgn prestasi kerja. Pada saya, bertudung atau tidak, yang penting ialah kerja kita efektif dan efficient.

    BalasPadam
  18. Sama juga En MAS, dalam bidang penyiaran. Last 10 yrs member saya pergi interview di tv3 minta jd pembaca berita, semua ok malah beliau lebih cantik dr wan zaleha razi. Pakej lengkap senang citer, tp direject sbb beliau BERTUDUNG. Andai beliau rela buka tudung mmg diterima kerja ketika itu.

    BalasPadam
  19. ye, betul. isu diskriminasi ni dah lama sangat. saya sendiri pernah tolak 2 tawaran, hotel terkemuka, 4 bintang. satu di bawah sales dept dan satu lagi HR...kedua-duanya memerlukan saya 'take-off' tudung. Siap diberi kata dua..take it or leave it. Apa nak buat..they dont leave us with choice, tolak saja lah tawaran tu. tak adil kan..

    BalasPadam
  20. Salam..Memang dmana2 ada diskriminasi terhadap wanita bertudung terutamanya dbahagian frontdesk n sales hotel. Pendapat peribadi saya ini adalah kerana pandangan dari guests/clients/customers sendiri yg tidak selesa atau malu sebab mereka kebanyakannya ada agenda lain dsana (membawa pasangan gelap, minum arak, bersuka ria dll) Org yg bersama keluarga, ada tugas atau cuma berehat memang tak ada masaalah. Dulu saya pernah bekerja bersama org bertudung dan semuanya berjalan lancar tp pihak pentadbiran yg sendiri tidak berlaku adil..

    BalasPadam
  21. Saya pernah menyewa hotel di Negeri Pantai Timur, pemilik hotel tersebut seorang jutawan batik; tak menjadi masalah pun pekerjanya mahu bertudung. Mungkin kesedaran Islamnya tidak menjadikan dunia perhotelan itu melanggar ajaran agama.

    Sukar ingin kita memaksa pemilik hotel yang bukannya orang Islam mahu membenarkan pekerja bertudung sebabnya tak ada akta atau perundangan yang dikanunkan dalam masalah menutup aurat ini.

    Terpulang kepada kita mahu berkhidmat di sana atau mencari kerja lain; isu menjual arak kalangan orang Islam pun masih tidak dapat selesai (minum arak adalah dosa besar) apatah masalah bertudung ini ada kalangan kita menganggap ianya perkara remeh-temeh belaka.

    Sesuatu kena diperbetulkan oleh pihak berwajib dalam mengekang masalah hak umat Islam dalam mencari rezeki di mana jua.

    BalasPadam
  22. klu bleh..
    klu la diboleh kan..
    petugas di front desk, customer service dan sales semua tu..
    ndak dikenakan bikini.. lingeries.. dan g-string..
    gamaknya la.. !!

    BalasPadam
  23. Cuba blogger bawak isu ni ke datuk sharizat...

    BalasPadam
  24. Salam Mazidul,

    Saya lihat ramai majikan berbangsa cina dan india yang boleh tolerate dan respect pekerja islam yang bertudung.

    Ada Resort di Cherating yang majikannya beragama islam dan tidak membenarkan pekerja islam bertudung bertugas sebagai frontliner. Majikan seperti ini bersedia mengorbankan identiti diri demi mencari rezeki

    BalasPadam
  25. Oh teringat kisah Pembaca Berita Tv dulu..
    Itu kerajaan bukan swasta.. Masa itu pentadbir belum insaf agaknya

    BalasPadam
  26. rasanya bergantung pada jenis kerja, kalau setakat receptionist contohnya, tp kena buka tudung mmg diskriminasi lah.. tp kalau customer servis yg kena ikut bontot customer kesana kemari, dlm kata lain tidak sesuai dengan wanita bertudung, biarlah ada diskriminasi, takdelah kang org pandang serong pada yg bertudung

    BalasPadam
  27. assalammualaikum...

    kalau pakai baju yang ada butang..
    tentulah kita butangkan yang atas dulu..kalau kita main butang aje tentu baju yang kita pakai itu senget-menget...

    Justeru itu pemimpin 'ATAS' hendaklah mendahului kewajiban aurat kepada isteri2...insyaAllah kehormatan wanita yg lainnya pasti tidak diperlekeh.

    Ketidakbolehan wanita memakai tudung di sebahagian kerjaya adalah kelemahan kerajaan memperjuangkan hak wanita dan kesucian agama Islam.

    BalasPadam
  28. Negara Islam tapi pelaksanaan dalam mengendalikan cara hidup - muamalat tidak mengikut lunas2 Islam.
    Amat dikesalkan.

    BalasPadam
  29. Banyak negara di Padang Pasir sana kerajaannya memang mengambil berat masalah menutup aurat ini, malahan warnanya ditentukan jika keluar di khalayak ramai; mesti warna hitam...

    Waima apabila warga negara ini ke negara kita; amboi! mengalahkan amoi seksinya; saya sering panggil mereka ini "Amoi Arab" dalam blog saya.

    Sementelah itu jangan salahkan kerajaan atau pemerintah semata; iman & kesedaran diri itu jua akan memainkan peranan.

    BalasPadam
  30. Islam sejati ialah tidak hipokrit atau munafik.
    Dalam bab wanita bertudung mereka mesti ikhlas melakukannya dengan bersandarkan iman dan taqwa.

    Bertudung bukan kerana terpaksa, dipaksa atau untuk bergaya(dilihat beriman) - sebab itulah ada mereka yang pakai tudung sekejap tetapi ditempat lain buka tudung pula seperti iDAN coretkan itu diatas.
    *(Malah gambar iDAN diatas pun tidak bertudung walaupun mahu bercakap pasal hal menutup aurat)
    ...ha ha ha.

    BalasPadam
  31. Isu tudung ni memang dah lama. Nama saja negara Islam yang memang agama rasminya, tapi percaturan tidak melambangkan Islam. Selalu digembar gemburkan di media, TV, Radio, amalkan hidup atas landasan Islam. Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.
    Tapi ini tidak berlaku di negeri2 yang diperintah oleh bukan BN, mereka yang bertudung menguasai industri pekerjaan, kerana bagi mereka menutup AURAT adalah WAJIB dan menghormatinya. Maaf jika sapa2 tersinggung.

    BalasPadam
  32. saya pernah buat part-time keja hotel, dari runner-room service-front office-banquet... mmg diskriminasi berlaku... siap ada kwn pakai tudung, diminta berhenti atau tukar department. cam tu sekali di negara yg merasakan Melayu adalah tuan ? utk makluman, hotel yg pernah saya kerja adalah Marriott, Place, Shangrila, Hilton, KLCC... dah tu plak, paras gaji tak sama, sbb ras... sbb tu saya anti-checkin hotel... buang duit saya saja... baik homestay je!

    magua_putra@2000

    BalasPadam
  33. Saya juga pernah mengalami nasib yang sama. Pada ketika itu saya bekerja sebagai Asst Sales Manager di sebuah hotel. Selepas berkahwin saya mula bertudung. Hal ini telah dibincangkan dalam board meeting dan Asst Director of Sales menyuruh saya membuka tudung krn ianya tidak sesuai. Pernah diturunkan pangkat kerana mengandung dan akhirnya saya berhenti kerana tidak selesa bekerja di tempat itu.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.