Isnin, Mac 28, 2011

Hidup Saya

Jam 4.24 pagi, 27 Mac, lelaki berusia 27 tahun diberkas polis di Taman Desa Pinji, Lahat, Perak dengan sejumlah bahan dipercayai heroin dan dia akan didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Saya berada di lokasi.


Jam 2.16 pagi, 28 Mac, 7 pelayan pelanggan, GRO warga China diberkas sepasukan polis dari IPD Ipoh di pusat hiburan beroperasi lebih masa berhampiran Tesco di ibu negeri Perak itu.

Saya berada di lokasi.


Jam 12.20 tengahari, 28 Mac, saya dan kru 999 bertemu Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul kadir di pejabat beliau.


Jam 2.42 petang, saya dan kru bertemu Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan di IPK Perak.


Hidup saya, kekadang sibuk, kekadang sekadar berehat menonton CSI di rumah.

18 ulasan:

  1. berkhidmat demi negara yang tercinta...
    tak pernah kenal erti penat...

    BalasPadam
  2. wahh kalau berehat pun menonton CSI. bunyi macam tetap berkerja pula. hehe

    BalasPadam
  3. Masih sempat berkongsi pengalaman melalui blog, ok la tu. :)

    Bila agaknya nak 'bergeder-geder' lagi, ya? :)

    BalasPadam
  4. sementara badan & kudrat masih kuat serta semangat yg berkobar-kobar, ni la hasil nye....

    BalasPadam
  5. Salam BRO.
    Hidup anda tetap menjadi hidup anda yang tidak boleh diubah tanpa sebab.

    Hidup anda tidak sama orang lain, begitu juga hidup orang lain tidak akan sama dgn anda.

    Itulah istimewa tiap orang.

    Kalu sama, boring la Bro... kan?

    Yang penting, bersyukur dengan kehidupan hari ini...

    BalasPadam
  6. Hectic btol..baca pun rasa penat tau. I pun suka tgk CSI. Tp tu pun otak kita pun kena bekerja gak kan?..nak pikir sekali sapa yg menjadi penjahat kan?. CSI ada ulangan so not to worry. tak pun layan jer marathon kalau ada masa...

    BalasPadam
  7. Dinihari dengan tugasan; tidur nan tidak menentu; pastikan rehat tu secukupnya;

    Jangan sampai stres dengan tugasan seperti saya; belum cecah usia 50an dah ditimpa sakit kronik.

    BalasPadam
  8. Bro Idan, setakat ini kerjaya saya tidak menimbulkan stress terlampau.

    Kerjaya ini satu hobi. I enjoy every single second of it.

    Thanks

    BalasPadam
  9. Anna, tak hectic. Ke lokasi ada pemandu bawa, visual jurukamera rakamkan, saya sekadar membuat tinjauan dan mendapatkan fakta sahaja.

    BalasPadam
  10. Azie, tq, saya ingat setiap patah pesanan orang berpengalaman like you.

    Yes Maam!

    BalasPadam
  11. Kalau kita mencintai kerja kita, pasti kita akan bagi lebih - 'Nilai tambah' perlu ada di dalam setiap perbuatan/pekerjaan - Tetapi bukan utk menjolok mata Boss - Buatlah kerana kita mahu buat, bkn disuruh buat dan buatlah dengan penuh kesungguhan & penuh keikhlasan.

    BalasPadam
  12. hidup ni begitulah lumrahnya


    ada masa sibuk dan rehatnya


    kalau sama saja setiap hari, tak ada pula cabaran dan ceritanya

    BalasPadam
  13. You have an interesting life, so give to it the fullest..

    BalasPadam
  14. Sebaik begitu, jadikan kerjaya kita itu satu hobi & jangan sampai terasa membebankan.

    Satu kepuasan jika hasil kerja kita berkesan di kaca mata masyarakat; itu baiknya jika kita menjawat jawatan yang sesuai dengan jiwa kita. Kerja yang ikhlas itu satu ibadah.

    BalasPadam
  15. biarpun penat tapi hasilnya dapat memuaskan hati sendiri, rasa berbaloi2 dengan apa yang dikorbankan..

    moga abg Maz sentiasa dilindungi, dirahmati dan diberkatiNYA serta sihat selalu dalam menjalani pelbagai rintangan dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.