Khamis, Mac 10, 2011

Komen Pengikut Blog Cikgu 'Sherita'

Berikut emel dihantar sahabat blogger blog Sherita Aziz.

'Saudara Mazidul, berdirinya saya disini bukanlah untuk menegakkan benang yang basah (ehem..ehem.. silap intonasi..) ok.

Hi abang mazidul (sapaan penuh mesra....)
Saya ni sahabat blogger Sherita.

Sebagai sahabat blogger Sherita, saya pun pening.. letak paswed salah.. tak letak paswed lagilah salah.

Sebab blog saya pun berpasword juga, itupun untuk tampalan2 peribadi je.

Pada pandangan saya, entry peribadi tu sama lah macam entry2 kat blog2 lain yg private tu, cuma bezanya, private blog tu SEMUA entry dia, orang2 tertentu je blh tgk, berbanding PASSWORD ni, untuk entry2 tertentu je yg x semua readers dpt tgk.. untuk entri yg lain, readers dpt baca dengan senang hati.. *gittew*

Sekrang ni banyak blog dah pakai password protected entry, instead of making their blog as private tau abg.. supaya lebih meriahhh...

So, secara peribadi, saya tak nampak pun mana salahnya letak password kat entry yang dikhususkan untuk pembaca2 dan sahabat2 tertentu blogger tu sendiri.

Kalau nak katakan kandungan blog kak sherita mengandungi bahan pornografi yang terlampau, saya rasa banyak lagi laman2 sesawang lain yang penuh dengan elemen2 yang jauh lebih meletop dari paparan di blog sherita tu dan mereka langsung tak tapis kandungan tersebut di alam maya nan luas ni, berbanding sesetengah blogger yang sudi tapis dengan meletakkan kata kunci, demi menjaga sensitiviti umum.

Akhir kata ...

Salam sayang buat abang Mazidul.. Oh ye, saya suka baca blog abang yg meletops tu.. haruslah abg ni wartawan dan blogger berkaliber di Malaysia.. **tepuk..tepuk..*

Tafsiran peribadi

Suci Kudus'

Suci Kudus,

Jika dilihat dari aspek sejarahnya, sebelum ini Sherita kelihatan taksub memaparkan gambar dia melakukan hubungan seks di luar tabi'i manusia bergelar lelaki di blog miliknya.

Untuk rekod, pada tahun 2009, blog milik guru itu boleh diakses secara terbuka.

Saya dapati, kandungan blog Sherita telah diubah semalam berbanding hari sebelumnya, link juga dipadamkan. 

Jika tindakannya difikirkan benar, mengapa tampalan terakhirnya diubah?

Bersikap beranilah jika benar.

Sebelum ini, saya menegur untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai orang Melayu dan beragama Islam. Guru terbabit kemudian mengubah sedikit kandungan blognya tetapi melalui puluhan gambar dipaparkan, dia masih lagi menunjukkan minat  berbaur seks terhadap ramai lelaki. Gambar mereka dipaparkan samada dengan kebenaran atau sebaliknya.

Setakat ini, Sherita antara mereka dikesan bekerja sebagai guru, memuatkan blog dengan bahan tidak bersesuaian dengan kerjaya disanjung dek masyarakat.

Tidakkah mereka terfikir, apakah bakal berlaku sekiranya Kementerian Pendidikan mendapat laporan berhubung pemilik dan kandungan blog terbabit?

Adakah pihak kementerian akan berkata...

"Hormatilah hak segelintir guru untuk menampilkan gambar mereka melakukan hubungan seks songsang dengan syarat blog mereka memiliki password"

Guru, insan mulia dan berilmu, pendidik kepada anak bangsa. Ingat, pepatah Melayu mencatatkan, jika guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari. Guru bukan bersifat maksum tetapi amat janggal jika mereka mempromosikan kegiatan bercanggah dengan undang-undang dan tuntutan agama.

Semalam saya menerima beberapa links blog dipercayai milik guru berpenampilan sama.

Apakah motif sebenar guru terbabit menampilkan kandungan blog sebegitu?

Begini ...

Apa kata jika kita dapatkan pandangan pembaca blog ini. 

Adakah perlu sikap guru sebegitu ditegur? Atau harus dibiarkan sahaja?

What say you?

40 ulasan:

  1. memalukan warga JELI (jika benar), elok pindah ke Bukit Antarabangsa.

    Risau kita mana tau ,bukit Jeli runtuh..habis semua jalan raya tak dapat nak ke Grik..


    kategori persendakan..lalu memain .nafsu

    BalasPadam
  2. perlu di tegur dan dikenakan tindakan tatatertib.
    Saya yakin golongan sebegini mencari teman 'bermain' secara rambang dan jka dilihat dari ikedudukan dia sebagai seorang guru, kemungkinan dia menguja pelajar-pelajar sekolah adalah tinggi.Terasa di benak saya yang dia sedikit sebanyak ada menyalahgunakan kedudukan dia sebagai seorang pendidik untuk mempengaruhi pelajar ini kalau tidak melakukan aktiviti sumbangnya, mungkin aktiviti yang ada sipi-sipi sumbangnya.
    Ntah berapa ramai la pelajar yang telah digodanya..Nazubillah.

    BalasPadam
  3. yg salah ttp salah...kita sbg org yg tau perkara itu salah, haruslah menegur wpun hakikatnya, manusia x suka ditegur kan? hehe~

    BalasPadam
  4. Salam MAS,

    Bagi kakcik eloklah ianya ditegur sebelum luka busuk bernanah, sebelum kudis menjadi barah.

    BalasPadam
  5. Bang, saya rasa abg jangan 'layan' orang sebegini secara open. Mungkin kita kena guna cara tersembunyi dan akhirnya dapat bersemuka secara berdepan dengannya. Ini lebih sesuai. Memaparkan link utk blognya adalah lebih menggembirakan isi perutnya dan meningkatkan jumlah pengunjung ke blognya. Ini akan buat dia lagi teruja dan suka untuk terus 'bermain-main' dengan abang.
    Sekadar pendapat penulis tak berlesen

    Entri terkini Perempuan pun ada sunat ke?

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum.
    Pendapat sy, kita TAK BOLEH SAMA SEKALI biarkan ia terus berlaku. Tindakan proaktif utk mengawal keruntuhan moral masyarakat WAJIB DIJALANKAN.
    Sebagai seorang Melayu beragama Islam, sy MENYOKONG PENUH tindakan Abg Mazidul!

    Bak kata Usop dlm filem Hantu Kak Limah Balik Rumah "Kita bakor je..kita bakorrr!!"

    Lawat website sayer...

    BalasPadam
  7. konpius disini, sherita tu lelaki ke pompuan?

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum..

    Saya sokong penuh abg mazidul..
    guru adalah pembimbing,mane letaknya maruah seorang guru pada masa sekarang ni?yes..guru pun seorang manusia..tetapi diorang dah pilih nak jadi PENDIDIK.so,jadilah seorang pendidik yang betul2 dihormati dan boleh menjadi seorang yang dicontohi.

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum..

    Saya sokong penuh abg mazidul..
    guru adalah pembimbing,mane letaknya maruah seorang guru pada masa sekarang ni?yes..guru pun seorang manusia..tetapi diorang dah pilih nak jadi PENDIDIK.so,jadilah seorang pendidik yang betul2 dihormati dan boleh menjadi seorang yang dicontohi.

    BalasPadam
  10. please report to kementerian. memang tak wajar jadi pendidik. demi keselamatan anak2 kita, mesti bertindak dan pecat mereka. sapa2 guru yg ada do crimes pun wajar dipecat. yes it is a crime.

    BalasPadam
  11. perlu tegur, at least dah lepas tanggungjawab mengubah menggunakan lidah...

    BalasPadam
  12. Saya nak tanya Sherita :
    "Cikgu sayangkan kerjaya Cikgu ke atau Cikgu sayangkan nafsu?"

    Kalau Cikgu sayangkan kerjaya Cikgu sila teruskan dgn penuh hemah & berintergriti.

    Tetapi sekiranya Cikgu sayangkan nafsu, saya dgn penuh hormatnya mencadangkan agar Cikgu meletakkan jawatan secara terhormat.

    Cadangan saya kerana :-
    Saya amat menyanjung tinggi kerjaya Guru.

    Saya amat menghormati Guru walau apapun subjek yg diajarinya.

    Saya sayang & kasih kepada semua Guru.

    BalasPadam
  13. depa ni tak perlu ditegur, dinasihat dimotivasikan lagi. singkirkan saja mereka daripada profession perguruan.
    kalau boleh sula dan gambik gambar masukkan dalam blog. bior die rasa bagaimana nikmatnya disula.

    BalasPadam
  14. Salam, terpanggil saya untuk memberi komen yang sedikit panjang tetapi pedas. Untuk Sherita, hidup bukan selama-lamanya, kalau password itu boleh membantu kamu mendapat syafaat dari Rasulullah ketika berhadapan dengan Allah s.w.t, simpan baik-baik password itu dan gunakan dengan sebaiknya juga. Tapi kamu pun tahu dan semua manusia yang ada akal pun tahu, password kamu tu adalah pembuka perjalan kamu ke neraka. Kalau ada yang berkata siapa saya untuk mermperkatakan tentang Sherita ke neraka. Jawapannya "bukan saya yang katakan, tapi bacalah tafsiran Al-Quran sementara masih hidup dan anda akan tahu bahawa Allah s.w.t. telah lama menyatakannya tentang kaum yang bersikap seperti Sherita". Kalau terasa benci dengan apa yang saya komen, maka ketahuilah Sherita, Allah s.w.t. lebih membenci apa yang kamu dan rakan-rakan kamu lakukan. Kebencian kamu dan keseronkan kamu tak kemana pun Sherita. Kerana Allah itu Maha dalam segalanya, dan Dia boleh membenci kamu dan berseronok dengan melihat kamu menerima padah dari "keseronokan" dan "kebebasan" yang telah kamu nikmati di dunia ini. Jangan jadikan amalan sebegini sebagai perjalanan hidup. Tak kiaralah apa profession kamu. Kita semua sama disisi pandangan Allah s.w.t. Allah telah berikan kita akal, yang dapat membezakan kita dari binatang. Cuma kekadang manusia membinatangkan diri sendiri.

    BalasPadam
  15. Kepada Mazidul dan pembaca, kita boleh marah sebanyak mana pun, tapi dinegara kita ini tiada keutuhan undang-undang Islam. Pikirkan kenapa masyarakat kita menerima nasib sebegini. Allah telah berfirman berkenaan manusia yang berani mengharamkan dan menghalalkan tanpa izin Allah. Maksud Firman Allah:

    "Katakanlah! Apakah kamu menyetahui apa-apa yang Allah telah turunkan untuk kamu daripada rezeki, kemudian dijadikan sebagian daripadanya itu, haram dan halal; katakanlah apakah Allah telah memberi izin kepadamu, ataukah memang kamu hendak berdusta atas (nama) Allah?"(Yunus: 59)

    Dan firman Allah juga:

    "Dan jangan kamu berani mengatakan terhadap apa yang dikatakan oleh lidah-lidah kamu dengan dusta; bahwa ini halal dan ini haram, supaya kamu berbuat dusta atas (nama) Allah, sesungguhnya orang-orang yang berani berbuat dusta atas (nama) Allah tidak akan dapat bahagia." (an-Nahl: 116)

    Masyarakat Malaysia dan khususnya orang-orang Islam di Malaysia juga tak terlepas dari menghalalkan yang haram dan mangharamkan yang halal, maka itulah Allah s.w.t. memberikan penyakit jiwa, penyakit akhlak dan penyakit mental kepada sebilangan dari kita sebagai tanda murka Allah s.w.t. terhadap kita.

    Halal haram ini bukan hanya pada pemakanan, tapi juga perlakuan, amalan dan institusi kehidupan.

    tahirnisa@blogspot.com

    BalasPadam
  16. Assalammualaikum...

    antara suruhan Allah SWT ialah amal maaruf, nahi mungkar...justeru itu perlu ambil tindakan sehingga sherita
    dan seangkatannya dibawa ke pengadilan..

    boleh je buat isu 999.."oops maksiat".

    Dah masuk tv nanti pasti pihak yg berWAJIB ambil pot permasalahan ini...

    Moga urusan dipermudahkan dan berjaya.

    BalasPadam
  17. harap tuan mazidul lengkapkan info yn berkaitan guru tersebut & buat report kt kementerian pendidikan.

    kita just public, bukan penguatkuasa undang2.so kita boleh report,tgk kementerian pendidikan akan buat siasatan or diorg akan biarkan perkara ini terus berlaku.

    kalau cikgu tu betul, & tak salah sure kem.pendidikan tak akan ambil tindakan & begitu lah sebaliknya..

    igt ni amerikaaaaaa ke???

    p/s: ni just pandangan peribadi saya.

    BalasPadam
  18. abg mazidul, kalau tema Guru Tauladan Mulia dijadikan isu, memanglah sherita perlu akur... checkmate.

    cuma sy berikan pendapat berkisar tentang kapasiti seorang blogger (her personal life, regardless of her profession) sama seperti bloggers lain yg tidak memberitahu kerjaya mereka ketika berblog demi privasi.

    berkenaan dengan sherita, pada satu sisi lain kehidupan dia, saya fikir mungkin kita perlu beri sedikit kebebasan untuk dia berkarya dan bercerita kehidupan pribadinya.
    kerana saya fikir, mungkin tidak ada sesiapa yang tahu akan kerjaya sebenar penulis kreatif itu jika isu ini tidak diperbesarkan..

    apapun, sekali lagi saya ulang, pendapat saya berkisar tentang perspektif peribadi.. tapi jika elemen "guru" menjadi isu, it's hard to argue about it.

    sesuci,
    SUCIKUDUS

    BalasPadam
  19. Salam, kepada suci kudus, anda adalah contoh terbaik dalam isu ini berkenaan pemikiran Logik Akal. Anda meminta supaya diberikan kepada Sherita sedikit ruang untuk "berkarya" dan "bercerita tentang kehiduoan peribadi". Kehidupan peribadi yang ditonjolkan sudahpun menyimpang dari akidah dan akhlak yang sihat. Masih nak masyarakat bagi ruang untuk Sherita terus "meleburkan" saki baki masa yang ada untuk dia bertaubat ke? Sepatutnya awak yang beridentiti "suci kudus" berterimaksih kepada blogger lain yang memberi komen untuk menghentikan tabiat buruk Sherita. Mungkin lepas ini Sherita akan menjadi manusia yang mengamalkan ajaran Allah. Allah telah janjikan pengampunan kepada setiap hambaNya tetapi Allah tidak pernah bagi tahu berapa saki baki masa yang hambaNya ada untuk berpeluang meminta ampun dan bertaubat. Dalam erti kata lain saya menyatakan, Sherita diseru menghentikan perbuatannya, bertaubat sementara masih diberi peluang oleh Allah s.w.t. Salahke kami bloggers mahukan semua kemungkaran dihentikan?

    tahirnisa@blogspot.com

    BalasPadam
  20. Bro Dul - Alaaaa... RR tak pandai lah nak discus pasal benda ni. Cuma nak kata, kalau Allah dah kata haram, haram lah benda/perkara tu, jangan banyak tanya, ikut je perintah Allah. Kalau nak buat jugak, sendiri buat sendiri tanggung, jangan nak menyibuk jak orang lain terbabit. Betul tak Bro?

    p/s - saya bukan ustaz, saya JAGA. koh koh koh

    BalasPadam
  21. Saya mohon maaf jika tulisan saya menyinggung mana2 pihak. Mana yang salah kita sama2 betulkan, mana yang benar kita amalkan...

    Manusia makin hari makin lupa pada hak Allah terhadap mereka. Ya, kita punya hak untuk buat apa saja di dunia ni. Tapi kita perlu ingat, ceruk mana pun kita duduk, kita tertakluk kepad undang2 di tempat itu. Juga, perlu menghormati budaya hidup di situ. Justeru janganlah kita mementingkan diri di atas nama hak asasi manusia.

    Selain perlu hormat sesama sendiri, janganlah kita lupa tanngungjawab kita pada Allah iaitu menjadi hambaNya yang baik, taat kepada perintahNya. Termasuklah menjauhi perkara2 yang dilarangNya. Marilah kita sama2 berdoa supaya hidayah Allah itu sentiasa bersama kita dan taubat kita diterimaNya.

    BalasPadam
  22. sokong sgt dgn pendapat Tahir-nisa..

    tu la yg sebetulnya..

    BalasPadam
  23. Guru begitu bukan sahaja patut ditegur... tapi patut disuruh cari kerja lain saja.

    BalasPadam
  24. Kita tentang habis-habisan gejala sonsang ni, sebelum jadi lebih teruk...

    BalasPadam
  25. saya bersetuju dengan hampir semua yang memberi komen di atas.ada sahabat saya pernah berkata dengan saya,Mengajak kearah kebenaran adalah kewajipan, kita harus tunaikan. Jika tidak dapat mengubah dengan tangan(yakni kuasa), ubahlah dengan lisan, jika tidak mampu juga, ubahlah dengan hati, dimana mengubah dengan hati itu adalah selemah lemah iman. Moga Allah memberikan hidayah kepadanya untuk bertaubat. Amin!

    BalasPadam
  26. rosak! rosak!bikin panas je lah blog2 macam ni!

    BalasPadam
  27. haper..hak utk homo? bala bala bala...

    BalasPadam
  28. En.Mazidul..tlg lakukan sesuatu dgn pemilik blog..takut2 nanti merebak ke dalam diri pelajar..jasa dan budi baik En.Mazidul amat bsr kpd umat Islam..tq


    Ya Allah,lindungilah umat Islam dari mala petaka akibat dari perbuatan jijik ini..Amin..

    BalasPadam
  29. so kalau semua dah setuju.. apa lagi.. usulkan lerr rang undang2 baru.. tukar corak pentadbiran negara.. x guna melalak disini.. lapor pada polis.. then polis buka kertas siasatan.. lastly tolak kat pendakwaraya.. then pendakwaraya kata xde kes.. tutup kes.. so.. senyap.. pastue korang bising lagi.. sampai lerr ada tindakan..


    perkara paling baik.. senyap.. buat amal.. kubur x sama.. asing2.. x perlu risau dia masuk neraka atau syurga.. janji cukup jaga diri sendiri.. amalan dah cukup atau tidak.. x perlu nak nampak salah sendiri..


    huhuhu..

    L48..

    BalasPadam
  30. kene kembali pada quran dan sunnah... agama tidak boleh sekdar pada ic.. ia wajar diamalkan supaya jadi guideline dalam kehidupan dan cara idup.. bukannya ikut budaya barat..


    Mari Ubati hati, Jangan biarkan hati mati, Tak pandai baca al quran, tak paham maksud ayat quran? di sini jawapannya

    BalasPadam
  31. jangan menghalalkan benda yang dah sedia haram..aku paling pantang bab "banyak lg laman sesawang yang jauh lebih teruk"..adakah dengan adanya website yang jauh lebih teruk dapat menghalalkan perbuatan yang jelas haram dan diLAKNAK TUHAN ini???tentu TIDAK...bak kate brader Hamka jgn buat Fatwa Beruk...

    BalasPadam
  32. Memang le kena tegur, kalu tak nanti turun bala, semua kita kena....

    BalasPadam
  33. Sokong 5c1d,

    ngeri bila tau si dia tu cikgu.. klu anak saya jadi murid si dia.. tak nyenyak tidur dibuatnya. Semoga Allah swt mendatangkan rasa insaf dan rasa mahu segera bertaubat nasuha kepada CIKGU SHERITA.. kembalilah ke pangkal jalan sementara Allah izinkan kalian bernafas di bumiNya, jika masih engkar carilah dunia lain di mana kalian pasti malaikat maut tidak dapat mencari kamu..!

    BalasPadam
  34. Greatt MCJ : Ini bukan soal kubur sendiri, ikut suka sendiri. Allah jadikan manusia ini,salah satunya supaya kita dapat tegur menegur.

    Analoginya begini, saya beri contoh macam budak baru belajar ye...

    Awak dan kawan awak berjalan, awak ternampak longkang, kawan awak ni pulak,termamai,maka terjatuh la dia ke dalam longkang tu...Tak kan awak tengok saja kawan awak tu terjunam dalam longkang tanpa ada rasa simpati nak menolong dia? takkan awak cuma berkata, "ah,lantaklah dia sendiri yg jatuh,kenapa aku nak sibuk?" begitu?, biarkan saja macam tu?

    Tak kan awak sampai hati tengok dia tertonggeng dalam lubang tu?

    Kami menegur,supaya dia sedar, kalau nak sedar. Sebab, Allah kalau bagi pahala,cuma orang yg buat baik tu saja dapat pahala, tapi kalau Allah turunkan bala, bukan pembawa bala tu yang dapat bala sorang-sorang, dengan awak awak sekali terkena tau.

    Kita cuma ingat mengingatkan.
    p/s: Saya tak dengki pun dia dapat anugerah cemerlang tu...saya sendiri dah dua kali dapat..tak ada bendalah, cuma sayang kecemerlangan dia tu ke hala ke lain, memang patut ditarik balik, supaya orang tak akan mencebik,"Macam ini guru cemerlang?"

    BalasPadam
  35. Tulisan, blog atau jurnal sebenarnya berupa satu wadah jihat; kata nan baik akan pastinya mendapat ganjaran; begitu jua bahan yang kotor pasti mendapat bahana.

    Kita kena menegur apa yang salah & terpulang pada empunya diri. Jika lagi ditegur lagi terusan melakukan bahana yang sama itu petanda hatinya telah hitam & mati.

    Jangan kita sampai kena jelaganya.

    BalasPadam
  36. aku paling suka yg ni :

    "bak kate brader Hamka jgn buat Fatwa Beruk..."

    hehehe....yaa...Fatwa Beruk..hehehe

    BalasPadam
  37. Just curious.

    Adakah anda pasti suami/bapa/abang/adik lelaki/ rakan2 anda tidak homo?

    Tanya diri anda sekali lagi. Anda pasti?

    Lihat dulu sekeliling anda. Bimbing mereka yang sesat. Jangan pandai nak menghukum saja. Saya lihat golongan ini perlukan bimbingan bukan sekadar hukuman sahaja.

    Kalau anda berada di tempat mereka, apa yang anda buat?

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.