Ahad, Mac 06, 2011

Samsung Galaxy Tab BUKAN Untuk Blogspot Bloggers?

Saya membeli Samsung Galaxy Tab 2 minggu lalu.

Tujuannya untuk mempermudahkan saya mengemaskini blog secara mobile tanpa mengira lokasi. Malangnya, objektif itu tidak terlaksana.

Saya sekadar menggunakan device berharga lebih RM2,000 itu sekadar untuk membaca blog dan komen sahaja.

Mengapa?

Editor Samsung Galaxy Tab tidak boleh digunakan untuk menulis blog. Believe it or not! 

Seperti biasa, untuk menulis tampalan baru, kita akan klik 'New Post' dan kemudian menggunakan mode 'Compose' untuk menaip kandungan tampalan.

Malangnya, dengan Samsung Galaxy Tab, itu tidak boleh dilakukan. Pada mode 'Compose', soft keyboard tidak mucul di skrin sewaktu disentuh dengan jari.

Sekaligus proses menaip tidak boleh dilaksanakan.

Namun jika mode ditukar kepada 'Edit HTML', soft keyboard muncul di skrin tetapi bayangkan bagaimana sukarnya untuk menaip dan re-edit dengan pelbagai coding di tampalan sama.

Ya, biarpun blog ini kini .com tetapi masih menggunakan enjin blogspot. Saya tidak tahu samada masalah sama dihadapi mereka menggunakan enjin lain seperti Wordpress.

Sesiapa boleh membantu?

31 ulasan:

  1. ada satu cara tuan, tuan taip dulu siap2 kat wordpad....kmd paste kat html blog tsb...

    BalasPadam
  2. iPad ok.. tiada masalah nak live blogging

    BalasPadam
  3. dah cuba applikasi blogger for android? https://market.android.com/details?id=com.google.android.apps.blogger

    BalasPadam
  4. Itulah masalahnya ada sesetengah perkakasan kini tak selari apa yg kita mahukan... samalah ada sesetengah laman sesewang blog atau jurnal tak sesuai dengan perisian Mozilla, kita terpaksa kembali ke IE sedangkan IE jika digodam virus dengan Windows kita ikut meragam...

    Saya sekadar mampu guna komputer di rumah sahaja... masih tak punya Labtop atau telefon bimbit terkini nak boleh akses internet.

    BalasPadam
  5. Zaire, anak ada 2 orang, kata dia orang kalau main games best :)

    Sniper!

    BalasPadam
  6. Terima kash .kongsi.
    Blogger yg guna. Com tapi tak guna injin blog spot, lambat loading nak buka, dan tak semua hp biasa boleh buka..jadi gunalah com berinjin blog, ringan

    BalasPadam
  7. Bro, cuba guna email to post your entry like what i did. its faster and easier.

    BalasPadam
  8. Saya menggunakan wordpress - so far saya takde masalah nak taip latest entry walaupun menggunakan Nokia N97/E95.

    Mungkin ini kekurangan blogspot sebagai enjin blog. Selalunya .com ni guna enjin Wordpress.

    BalasPadam
  9. rasanya kalau bro download aplikasi blogger for android, tiada masalah.. cuba search dalam android market ..:)

    BalasPadam
  10. akak pun masih lagi menggunakan enjin blogspot sebab tak pandai nak guna hosting sendiri.

    BalasPadam
  11. ada jugak berhajat nak beli galaxy tab...ipad pun menarik jugak...

    BalasPadam
  12. Ohh terima kasih atas entri ini. Baru tahu. Nampaknya tak leh beli Galaxy Tab - ahakss mcamlah saya mampu, tapi rasanya perkara ini sedang dilihat oleh pengeluar jenama, masakan tidak ... kalau sebab begini boleh membuatkan mereka terlepass pelanggan.

    BalasPadam
  13. Server Wordpress & Blogspot memang amat popular; saya pernah menggunakan Wordpress & Easyjournal. Waima setelah mendaftar di Blogspot saya amat tertarik lantaran banyak menunya amat mudah untuk dimanfaatkan biar pun tak siapa menunjuk ajar saya, maka itu saya lihat ramai kalangan pemblog@jurnalis maya suka mengembangkan blognya di Blogspot.

    Agar pihak Samsung Electronics Co. Ltd. dapat segera mengatasi masalah pengguna mereka. Ada kemungkinan pihak Sambung terlepas pandang akan ramainya pelajar di internet terutamanya di Malaysia mengakses jurnal mereka melalui Blogspot. Waima server di Easyjournal memang saya dapati ramai ahlinya orang dari negara China, Korea & tak ramai orang kita punyai akaun di sana.

    Samalah masalah e-mel awalnya saya kenal dunia maya; saya suka amat hotmail kemudian ke yahoo & kini lebih selesa di server Gmail. Alasannya cepat mudah & tak asyik tersukat diakses.

    BalasPadam
  14. Lain orang lain cara.

    Saya lebih suka menaip pada “Edit HTML” terlebih dahulu, sebab tidak mahu terikat dgn apa-apa code dulu.

    Saya taip “kosong” tanpa code. Add pic (bab ni memang ada code).

    Bila puas hati dgn ejaan dsb, baru saya click Compose utk justify dan color.

    Settle.

    Apapun saya rasa, jika cara pertama kita tidak sesuai dgn gajet tertentu, kena juga usaha utk cari alternatif cara lain. Asal menjadi.

    Selamat mencuba lagi.

    BalasPadam
  15. salam, kalau pakai ipad effa tau la. pakai blogpress.. first2 dulu pun camni gak, tak reti. mozilla pun tak leh download dlm ipad. mula2 cam menyesal beli. haha. lama2 tak nyesal.. hehehe

    BalasPadam
  16. saya buta IT dan buta gadjet. tapi komen2 di sini akan saya gunakan sebagai rujukan kalau nak beli gajet baru nanti. heheh~

    BalasPadam
  17. cuba guna/download application opera browser.

    m.opera.com

    BalasPadam
  18. As salam tuan,
    rasanya ada tuan..download dari android...so far saya gunakan perisian ini untuk update blog saya melalui TAB saya..kat bawah entry akan dinyatakan kita menggunakan Published with Blogger-droid v1.6.5

    BalasPadam
  19. Masalah internet spt ini memang biasa bagi pengguna Samsung Galaxy Tab. Tapi tiada masalah kepada perkakasan netbook lain, seperti iPad, Motorolla Xoom atau Dell.

    Saya syorkan : Sila cuba gunakan browser Opera Mini menggantikan browser internet sedia ada itu untuk menggunakan internet/blog.

    BalasPadam
  20. bro..tablet adalah sistem berdasarkan aplikasi..tujuan dia adalah sediakan platform utk byk jenis aplikasi dpt dibina..dlm kes ni..saya rasa ikut cadangan 2,3 brader kt atas utk cari aplikasi blogspot kat android market...saya rasa pasti ada...

    tablet secara kosong nyer hanyalah sekadar utk browsing n kerja2 mudah...kalau nak lebih spesifik..kena cari aplikasi..dalam hal ni..mungkin browser dlm galaxy tab disifatkan full fledge browser dlm google punya list...sbb tuh dia takde support utk mobile...

    BalasPadam
  21. Husband saya penggu samsung tab..
    dia boleh post entry bile2 mase..
    mugkin ade application nya..try search..ok.

    BalasPadam
  22. en mazidul bole cuba dload blogger-droid.. try cari kat android market..
    sy guna tu, alhamdulillah so far okay.
    tp basic function je laa.. upload and taip.. nk tuka font suma xdpt..

    BalasPadam
  23. mungkin kene update os android tu ke android 3.0(gingerbread)

    BalasPadam
  24. Saudara boleh menggunakan perisian blogaway. Download percuma dari market

    BalasPadam
  25. bro.. guna iphone k,
    saya update blog guna iphone je sekarang =)

    BalasPadam
  26. salam. saya rasa abang kena download blogger for droid dulu baru boleh post entry dengan mudah. saya baru download juga semalam. then baru boleh blogging dengan gembiranya :D

    BalasPadam
  27. Saya pun pernah update posting kat kaki lima kedai.

    Guna handphone buruk.

    Platform Opera mini.

    (ada kaitan ke dengan topik ni?)

    BalasPadam
  28. Saya dah buat beberapa posting menggunakan Samsung Tab dan aplikasi yang saya gunakan oalah Bloggerdroid. Boleh download dari Android market.

    BalasPadam
  29. Salam abg Mazidul.

    Saya dan bebrapa bulan menggunakan Galaxy Tab nih. Memang susah skit nak update kalau ikut browser seperti yg abg cakap tuh. Saya update blog saya menggunakan apps BLOG drp android dan juga menggunakan emel. Tapi saya lebih suka update blog menggunakan emel di G-tab kalau outstation.

    BalasPadam
  30. maaf saya nak mencelah topik lain boleh tak? saya ni buta komputer tapi minat ada nak belajar. saya batu beli galaxy tab seminggu yg lepas. bagaimana caranya saya nak paste and copy sesuatu perkataan contohnya alamat URL ke page yg lain. harap ada yg sudi membantu. terima kasih.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.